Wednesday, January 21, 2009

YB Salahuddin Yang Aku Kenali

Gambar YB Salahuddin ini aku rakamkan secara spontan sewaktu aku menghadiri seminar di Markaz Tarbiyyah PAS Pusat, Tmn Melewar. Aku datang bersama dengan Ketua Penerangan PAS Kawasan Batu Pahat, Hj Md.Raos.

YB Hj Salahuddin Ayub ini mula aku kenali sewaktu aku bertugas sebagai Setiausaha Kerja di Pejabat Badan Perhubungan PAS Johor dalam tahun 1997. Dari situlah, aku mula mengenalinya dengan lebih dekat. Waktu itu beliau memegang jawatan sebagai Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat.

Secara peribadi, dia seorang yang 'low profile', mudah mesra, pemurah hati, penampilannya sentiasa dengan berpakaian kemas dan ketokohannya sebagai pemimpin memang ada dalam dirinya secara semulajadi. Secara tidak langsung namanya sendiri sama dengan nama seorang pemimpin dan pejuang Islam yang agung, Sultan Salahuddin Al-Ayubi. Memang Allah berikan ilham kepada ayahandanya, Cikgu Ayub untuk memberi nama tersebut.

Sikapnya yang tidak pernah melupakan sahabat-sahabat lama walaupun telah bergelar YB, menjadikan dia seorang yang disenangi dan disayangi. Banyak kenangan bersama beliau sewaktu aku menetap di Batu Pahat.

Aku selalu mengiringinya sebagai 'personal pilot' bila dia ada ceramah di negeri Johor. Pernah sekali aku bersama Hj Mutalib menemaninya pergi berceramah di Bandar Muazzam, Pahang dalam bulan puasa. Waktu tu kami berbuka puasa di rumah Ustaz Nasruddin Tantawi, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat sekarang

YB Salahuddin selalu berpesan kepada aku agar jangan lupa untuk menegurnya jika ada kekurangan dan kesilapan dalam ceramahnya, hatta sikap dan tindak-tanduknya. Inilah yang menyentuh jiwa aku. Aku tidak nafikan bahawa beliau memang bersungguh-sungguh untuk laksanakan Sunnah Rasulullah sebab Baginda sendiri bersedia untuk menerima teguran dan pendapat dari para sahabatnya.

Sebenarnya YB Salahuddin ni ada 'unofficial political advisor'nya, Imam Khailani yang juga merupakan YDP PAS Kawasan Batu Pahat sekarang. Jika dia bertemu dengan Pak Imam ni, sudah tentu banyak komen dan nasihat yang dimintanya. Pak Imam ni adalah orang lama dalam PAS Johor dan merupakan seorang yang bijak membaca suasana politik tanahair. Aku sendiri turut mengkagumi kebolehannya dan banyak juga belajar daripadanya.

Walaupun sekarang aku menetap di Sabah, namun YB Salahuddin tidak pernah lupa pada sahabatnya. Walaupun sibuk dengan tugasnya sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, namun kadang-kadang dia sempat juga meluangkan masa untuk menghubungi aku di Sabah bertanyakan khabar.

Doa' aku semuga beliau dan keluarganya sentiasa berada di dalam hidayah dan petunjuk Allah.

Jazakallah.






No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger