Friday, January 16, 2009

PRK P036 : RM 1,000 Dijanjikan Kepada Pengundi BN

Tawaran telah dinaikkan kepada RM 1,000 kepada para pengundi yang mengundi BN di dalam PRK Kuala Terengganu pada 17 Januari ini. Sebelum ini 'agen-agen puaka' BN menawarkan RM 500 sahaja.

Duit RM 1,000 ini kononnya akan diberi kepada para pengundi setelah mereka menyerahkan bukti gambar kertas undi yang telah dipangkah untuk calon BN. Pengundi dikehendaki menggunakan kamera telefon bimbit untuk mengambil gambar kertas undi sebagai bukti sahih bagi mendapatkan 'sogokan' tersebut.

Malaysia Boleh ! Memang tepat betul cogankata ini. Dalam UMNO, semua yang dibuat adalah halal, takde yang haram. Bagi mereka, rasuah halal, riba' halal, penjarakan orang tanpa bicara pun halal, bunuh orang halal, letupkan mayat Altantuya halal, fitnah orang halal, zina halal, rompak duit rakyat dan negara halal, menentang Hudud pun halal. Pendek kata semuanya mereka buat demi menuruti hawa nafsu iblis.

Pemberian sogokan RM 1,000 ini jelas membuktikan bahawa BN sudah terdesak dan mula merasakan bahang kekalahan. Cuba bayangkan berapa banyak wang rakyat yang 'dirompak' untuk membeli undi ini. Katakanlah 7,000 orang pengundi yang diberikan wang sogokan ini, bermakna RM 7 juta duit rakyat digunakan sewenang-wenangnya untuk membeli undi.

Saya nasihatkan kepada seluruh pengundi Kuala Terengganu agar jangan sekali-kali terpedaya dengan tawaran wang RM 1,000 ini. Percayalah, ini semua adalah tipu helah BN untuk mendapat 'undi haram' bagi mencapai kemenangan. Para pengundi diharap berfikir secara rasional dan jangan terpengaruh. Yakinlah, RM 1,000 ini hanyalah janji-janji manis puak-puak munafiq UMNO. Kalau mereka dah menang, jangan diharaplah untuk mendapat 'habuan' ini.

Tak tahulah apa dah nak jadi dengan Malaysia ni. Rasuah sudah menjadi darah daging pemimpin UMNO/BN. Ini menjelaskan lagi bahawa para pemimpin UMNO seolah-olah macam 'tiada agama' lagi. Bagi mereka "matlamat menghalalkan cara". Sebenarnya inilah ajaran Yahudi. Sebab itulah bila berlaku serangan Yahudi Zionis terhadap Gaza, para pemimpin UMNO tidak menunjukkan kesungguhan dalam membela rakyat Palestin. Ringkasnya perangai pimpinan UMNO memang tidak ada beza dengan Yahudi.

Kepada seluruh umat Islam yang mengaku beriman kepada Allah dan Rasul, tolonglah tinggalkan UMNO sebelum terlambat. Percayalah, jika terus menerus memberikan sokongan kepada UMNO/BN dalam pilihanraya, maka balasan Neraka Jahannam menanti. Samada mahu percaya ataupun tidak, terpulanglah. Sekurang-kurangnya saya telah tunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim dengan memberitahu perkara yang haq.

Sudah terlampau banyak bukti tentang 'perangai keji' para pimpinan UMNO. Takkanlah masih tak nampak dan tak boleh fikir.

Seperkara yang perlu diingat oleh ahli-ahli dan penyokong UMNO bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud "Bukanlah dari kalangan umat aku sesiapa yang berjuang atas dasar assobiyah (kebangsaan)."

Almarhum Tunku Abd.Rahman sendiri mengakui bahawa UMNO adalah sebuah parti kebangsaan yang berfahaman sekular. Sekular ini pula merupakan fahaman Kristian yang memisahkan agama dari politik. Satu fahaman yang merosakkan 'aqidah. Jelas di sini bahawa UMNO sebuah parti sesat. Sanggupkah semua ahli dan penyokong UMNO menerima hakikat bahawa di Akhirat kelak mereka tidak diakui oleh Rasulullah sebagai umatnya. Fikirkanlah...

Akhir sekali saya menyeru kepada seluruh umat Islam yang masih menyokong UMNO, sila buka Tafsir Al-Qur'an dan rujuk kepada Surah Al-Ahzab (33) : ayat 66 - 68, sila baca maknanya. Dalam ayat ini, Allah menegaskan barangsiapa yang menyokong dan bersama dengan pemimpin yang sesat, mereka akan dihumbankan ke dalam Neraka bersama para pemimpin.

Marilah kita semua kembali kepada Al-Qur'an dan Sunnah. Hanya ini saja jalan yang selamat untuk kita kembali kepadaNya.

UNDILAH PAS

Jazakallah.







No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger