Tuesday, January 20, 2009

Palestin : Fakta Serangan Terhadap Gaza

Hari Sabtu yang lepas (17 Jan), semua rakyat Malaysia yang menyokong PAS dan Pakatan Rakyat baru saja meraikan kemenangan PAS dengan majoriti 2,361 undi di Parlimen Kuala Terengganu. Pada hari yang sama, pihak Israel bersetuju untuk menandatangani perjanjian gencatan senjata dengan kerajaan Hamas.

Kedua berita ini memang melegakan kita. Namun di sebalik gencatan senjata yang berkuatkuasa pada hari Ahad di Gaza, rakyat Palestin yang berada di sana "terpaksa membayar harga yang paling mahal" dalam hidup mereka. Sungguhpun begitu, mereka tidak pernah mengeluh malah mengakui ini adalah kemenangan Hamas dan rakyat Palestin.

Ketabahan dan sokongan yang diberikan kepada kerajaan Hamas tidak pernah berbelah bahagi walaupun mereka berhadapan dengan bahaya, maut, kehilangan ahli keluarga, rumah dan hartabenda musnah. Jiwa mereka kental dan tabah. Semangat juangnya terlampau tinggi. Tidak takut mati dan cintakan syahid. Ini adalah hasil tarbiyyah dan didikan yang dipelopori oleh mantan pimpinan tertinggi Hamas, Assyahid Syeikh Ahmad Yasin dan diteruskan oleh para pimpinan Hamas yang lain setelah ketiadaannya sehinggalah ke hari ini.

Pihak Zionis Yahudi laknatullah beranggapan bahawa dengan matinya Syeikh Yasin, maka berakhirlah perjuangan Hamas. Namun segala sangkaan mereka meleset. Hari ini, Hamas semakin popular, disegani dan digeruni oleh pihak kawan maupun lawan. Segala tindakan biadap dan pengecut pihak Yahudi selama ini untuk menghancurkan Hamas sama-sekali gagal. Malahan Hamas terus berada di hati rakyat Palestin sehingga berjaya menguasai Parlimen Palestin dan membentuk kerajaan.

Berikutan dengan tindakan biadap dan kejam rejim Yahudi menyerang Gaza baru-baru ini, beberapa negara telah menghentikan semua bentuk hubungan diplomatik dan perniagaan dengan Israel. Antaranya Qatar, Mauritania, Bolivia dan Venezuela. Senario ini sebenarnya memberi satu tamparan kepada negara haram Israel. Kita mengharapkan agar semua negara Liga Arab akan mengambil tindakan yang sama dalam waktu terdekat ini.

Kesan yang ditinggalkan ekoran serangan rejim Israel terhadap Wilayah Gaza ini bukanlah sedikit. Berikut adalah fakta dan angka yang dilaporkan ;

Lebih 1,300 rakyat Palestin terkorban syahid.

5,300 cedera termasuk 1,900 kanak-kanak dan 800 wanita.

Sekurang-kurangnnya 100,000 rakyat Palestin terpaksan meninggalkan kediaman mereka.

Di pihak Israel, 13 tenteranya terbunuh, termasuk 3 orang awam.

Kita bersyukur kepada Allah kerana baru-baru ini dalam satu mesyuarat di Kuwait, kerajaan Arab Saudi telah berikrar akan menghulurkan sumbangan USD 1 billion bagi membangunkan semula wilayah Gaza yang telah musnah.

Apa pula tindakan kita sebagai umat Islam di sini ? Marilah kita terus menghulurkan sumbangan derma jihad bagi membantu Kerajaan Hamas dan rakyat Palestin untuk membangunkan semula rumah kediaman dan bandar Gaza.

Hulurkanlah sumbangan anda kepada Tabung Palestin yang ditubuhkan oleh PAS melalui Akaun Maybank : 564070 703248 atas nama Parti Islam SeMalaysia.

Jazakallah.









No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger