Saturday, January 17, 2009

PRK P036 : Polis Bawa 'Phantom Voter'

Sebelum ini, 'instinct' saya merasakan bahawa Polis akan digunakan oleh UMNO/BN untuk mengiringi pengundi hantu sehingga selamat sampai ke pusat pembuangan undi. Sila baca laporan berita berikut yang disiarkan oleh malaysikini.com dan anda buat penilaian sendiri ;

Kereta disyaki bawa pengundi hantu diserbu.

Sekumpulan penyokong Pakatan Rakyat telah menahan sebuah kereta daripada memasuki kawasan Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman di Batas Baru, dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang, kerana disyaki membawa pengundi hantu.

Timbalan Ketua PKR Terengganu, Razali Alias berkata kumpulan penyokong Pakatan itu menahan kereta tersebut pada kira-kira jam 3.30 petang tadi.

Beliau berkata, kereta tersebut membawa tiga orang penumpang ketika hendak memasuki kawasan sekolah berkenaan.

Razali berkata, mereka menyerbu ke arah kereta itu ketika ia berhenti di pintu pagar sekolah, kerana ia membawa tiga orang penumpang.

Ditanya mengapa mereka menyerbu kereta tersebut, Razali berkata, mereka berbuat demikian kerana mengesyaki penumpang itu mungkin pengundi hantu.

"Kami terdengar pemandunya memberitahu pengawal di situ yang dia anggota polis dan menunjukkan kad kuasa polis," katanya ketika dihubungi.

Katanya, anggota polis itu juga memberitahu pengawal tersebut dan orang ramai di situ yang polis berhak membawa pengundi masuk untuk mengundi.

Selepas itu, kata Razali, kereta tersebut dibenarkan oleh pengawal itu masuk ke kawasan sekolah.

"Kami tidak dibenarkan masuk dan terus memerhati kereta dari luar pagar sekolah," jelas Razali.

Bila sampai di dalam, katanya, ketiga-tiga penumpang kereta tersebut bertemu dengan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bertugas.

Bagaimanapun, kata Alias, pegawai kelihatan tidak membenar masuk ke bilik pengundian.

"Selepas kira-kira 30 minit, mereka beredar dari situ dengan menaiki kereta yang sama," katanya.

source : http://www.malaysiakini.com/bm/

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger