Saturday, January 10, 2009

Pengalaman Bertemu Presiden Iran

Pertemuan yang tak disangka ini berlangsung sewaktu aku melawat Tehran, ibunegara Iran. Sebenarnya secara tak dirancang aku diajak oleh sahabat, seorang warga Iran untuk menghadiri satu majlis yang dianjurkan oleh penuntut Universiti Tehran.

Apabila sampai, aku dan sahabat tadi terus masuk ke dalam dewan besar dan mendapati masih banyak kerusi yang kosong. Lalu aku dan sahabat mengambil tempat duduk di ruang belakang. Mata aku berkeliaran memerhati suasana di dalam dewan tersebut. Apa yang paling aku kagumi ialah semua para penuntut wanita berjubah dan berpurdah. Dan sudah pastinya tempat duduk muslimin diasingkan dengan muslimat.

Sambil duduk aku pun bertanya pada sahabat program apakah yang dianjurkan oleh pelajar ni. Kami berinteraksi dalam bahasa Inggeris. Dia memberitahu bahawa Presiden Iran akan menyampaikan ucapannya kepada para pelajar sebentar lagi. Selang beberapa minit, kedengaran juruacara majlis mempersilakan Mahmoud Ahmadinejad untuk berucap. Rupanya dia sudah berada di kerusi hadapan sewaktu aku sampai. Manalah aku nampak sebab duduk kerusi jauh di belakang.

Terkejut aku melihat seorang insan yang mengetuai Republik Islam Iran ini hanya memakai pakaian yang sangat sederhana sekali. Kot yang dipakainya macam dibeli di kedai "bundle". Aku tak ambil kisah pun apa yang diucapkan oleh Presiden Iran tu sebab manalah aku faham bahasa Iran. Aku cuma merenung tepat ke arahnya. Kagum dengan kesederhanaannya dan wajahnya tenang dan bersih. Lama juga dia berucap.

Setelah selesai ucapannya, beliau mengambil kesempatan bertemu dengan para pelajar. Sahabat aku pun ajak sama join sekali dengan para pelajar tersebut. Aku ikut je. Aku lihat sikap Mahmoud Ahmadinejad ini sangat 'low profile'. Dia menunjukkan satu sikap 'friendly' dengan rakyatnya. Aku benar-benar kagum. Tak ada jurang antara Presiden dengan rakyat marhain.

Mata aku tidak terlepas dari memandang ke arahnya. Aku mesti nak bersalam dengan seorang ketua sebuah negara Republik Islam. Bila dia sampai saja di tempat aku berdiri, aku terus menghulurkan tangan untuk bersalam sambil memandang tepat ke arah matanya sambil mengucapkan salam. Dia menjawab salam aku sambil sahabat aku tadi memaklumkan bahawa aku daripada Malaysia dalam bahasa Iran. Serta-merta dia terus berbahasa Inggeris dengan aku. Tergamam juga aku dibuatnya berhadapan dengan seorang Presiden yang digeruni oleh Amerika.

Yang paling mengejutkan aku bila beliau bertanya adakah aku seorang ahli PAS dan bagaimana perkembangan PAS di Malaysia. Tak sangka betul aku rupanya PAS ni terkenal di mata dunia. Aku pun memberitahu beliau bahawa PAS semakin mendapat tempat di hati rakyat dan dalam waktu yang sama kerajaan yang sedang memerintah Malaysia sekarang adalah kerajaan yang rasuah. Mahmoud Ahmadinejad memberitahu pada aku bahawa dia yakin satu hari PAS akan memerintah Malaysia. Jelasnya lagi sambil menggelengkan kepala bahawa dia kesal dengan sikap pemimpin Malaysia yang sedang memerintah hari ini kerana terlampau korupsi dan anti Islam serta bersekongkol dengan Amerika.

Lama juga kami berbual sambil diperhatikan yang lain. Sebelum meninggalkan dewan tersebut, dia mempelawa aku ke rumahnya. Aku menolak pelawaannya dengan cara yang paling beradab. Aku dan sahabat serta para pelajar mengiringi beliau ke keretanya. Sekali lagi aku terkejut bila melihat kereta beliau. Sebuah kereta lama yang aku anggarkan sudah berusia belasan tahun. Hampir menitis airmata aku melihat kezuhudan seorang pemimpin besar dunia Islam.

Sebelum dia masuk ke keretanya, dia sempat lagi menegur aku dengan berkata "We will meet again next time. Coming back soon." Aku jawab "Insya-Allah sir. I'm very lucky to meet you today and never forget it." Jawabnya "Me too. Assalamualaikum" dan terus beredar dari situ.

Aku rasa macam tak percaya dapat bertemu dengan seorang hamba Allah yang beriman dan bertaqwa serta zuhud. Juga seorang Presiden bagi sebuah Negara Islam yang berdaulat dan digeruni musuh.

Walaupun pertemuan aku ini hanya dalam mimpi namun ianya sangat bererti bagi aku.

Jazakallah.

Coretan jam 12.30 malam







1 comment:

*min-qalil* said...

Assalamualaikum wahai ahli mimpi...

Masya Allah...sungguh indah peristiwa ni.Saya masa mula baca, ya Allah, hanya Tuhan yg tahu betapa bangganya saya,bangga dpt bertemu, bangga bila PAS dikenali, seperti sy pulak yg dpt bertemu...Tapi.... :( sedihnya, hanya mimpi... Saya pulak rasa frust,rasa mcm taknak bangun dr tidur, biar terus bermimpi...sbb sedih la bila itu hanya mimpi... Semoga mimpi pakcik jd kenyataan!!!

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger