Thursday, January 15, 2009

Hudud : Karpal Singh Nak Bawa DAP Keluar Pakatan

Pelik aku tengok situa Singh ni. Tak habis-habis dengan kepala batu dia. Yang dia sibuk sangat nak melenting tak tentu pasal berhubung dengan Hudud ni, kenapa ? Apa yang dia dok takut sangat dengan Hukum Hudud ini. Bukannya dia tak tahu yang Hudud ni hanya untuk orang Islam. Dah berapa kali pimpinan PAS menjelaskan bahawa Hukum Hudud dan Qisas ini hanya dilaksanakan kepada umat Islam sahaja. Bagi orang bukan Islam, mereka boleh menggunakan Undang-Undang Sivil yang sedia ada.

Lepas tu dia buat kenyataan akhbar dengan lagak sombongnya berkata "Jika PAS laksanakan Hukum Hudud dalam negara, saya akan bawa keluar DAP daripada Pakatan Rakyat. PAS mesti menghormati dasar DAP."

Si Singh ni ingat dia mempunyai kuasa veto dalam DAP. Sebagai pengerusi, dia merasakan seluruh kepimpinan dan ahli DAP akan akur dengan kehendaknya. Mungkin sikap kepala batu dan bongkaknya itu menyebabkan dia terlupa bahawa apa pun keputusan yang akan diambil oleh DAP mestilah melalui mesyuarat Majlis Tertinggi. Aku merasakan si tua ni dah tak lama lagi hidup kat dunia. Mungkin dia buang tabiat kot.

Kami umat Islam dalam negara ini mahu memberi amaran kepada Karpal Singh agar jangan sekali-kali masuk campur dalam urusan agama kami. Selama ini kami tidak pernah mengganggu atau mempertikaikan agama lain yang ada dalam negara. Islam sendiri menjamin hak kebebasan beragama bagi setiap individu yang mahu mengamalkan agama nenek moyang mereka.

Sebenarnya tindakan si tua ni hanyalah semata-mata mahu mendapatkan 'political mileage' untuk dirinya sendiri. Kenyataan yang dibuatnya itu merupakan 'personal statement'. Bukan kenyataan rasmi DAP. Memang kita semua sedia maklum sejak dari dulu lagi Karpal Singh memang sangat anti dengan Hudud ni. Sparing partner dia Lim Kit Siang. Satu lagi faktor yang menyebabkan egonya terlampau tinggi sekarang apabila DAP berjaya memenangi banyak kerusi Parlimen dan DUN dalam PRU12 yang lalu.

Karpal Singh perlu sedar bahawa sudah semakin ramai masyarakat bukan Islam dalam negara ini yang faham tentang Hudud. Mereka sudah 'tidak takut' lagi bila mendengar orang menyebut Hukum Hudud. Jangan sampai satu hari nanti, si tua ni 'melalak' sorang-sorang bencikan Hudud sedangkan orang lain sudah jauh ke hadapan serta merasa selamat tinggal dalam sebuah negara yang melaksanakan Undang-Undang Islam yang sebenar.

Aku nasihatkan agar si Karpal ni tarik nafas panjang-panjang. Jangan emosi. Sebagai orang tua sepatutnya lebih rasional dan berfikiran terbuka. Tak perlu nak melenting. Dia juga perlu ingat bahawa DAP hari ini bukan lagi macam dulu. Sekarang banyak golongan muda dan profesional dalam DAP. Golongan sebegini tidak mudah terpengaruh dengan tindakan-tindakan yang boleh merugikan parti. Karpal kena sedar hakikat ini. Sudah sampai masanya dia patut berundur dan beri laluan kepada yang lebih muda dan berwibawa. DAP bukannya milik dia maupun Lim Kit Siang seorang.

Sekian.














No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger