Saturday, January 31, 2009

UMNO Sebuah Parti Sekular dan Anti Islam

Almarhum Tunku Abdul Rahman pernah berkata bahawa UMNO adalah sebuah parti kebangsaan yang berfahaman sekular.

Apa itu sekularisma ?

Dari mana asal-usul fahaman sekular ini ? Di Eropah, dulunya pihak gereja yang diberi tanggungjawab memerintah negara. Sehingga ke satu waktu apabila masyarakat Eropah melihat pihak gereja tidak mampu membawa perubahan yang diharapkan dalam negara dari sudut pembangunan infrastruktur dan kemajuan ekonomi, akhirnya pemerintahan negara diambil-alih oleh rakyat biasa. Manakala pihak gereja hanya diberi tanggungjawab menjaga agama Kristian sahaja. Bermula dari sinilah agama dipisahkan daripada urusan pentadbiran negara. Sistem yang memisahkan agama dari politik (pemerintahan) ini yang dinamakan Sekular.

Seorang ulama' masyhur, Syeikh Mustafa Sabri (1869-1954) yang hidup di zaman Pemerintahan Khalifah Uthmaniyah pernah menyebut bahawa "Jalan paling mudah untuk menjadi KAFIR apabila memisahkan agama dengan politik."

UMNO telah disahkan sendiri oleh Almarhum Tunku (Presiden UMNO Pertama) sebagai sebuah parti yang berfahaman sekular. Memisahkan agama dengan politik. Oleh yang demikian, bagaimana pula kedudukan 'aqidah para pemimpin UMNO dan juga para pendokongnya ?

Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda dengan maksudnya ;

"Bukanlah di kalangan umatku barangsiapa yang berjuang atas dasar 'Assobiyah (kebangsaan)."

Sekarang ini telah terbukti bahawa UMNO memang sebuah parti yang berfahaman sesat. Sebab itulah sejak merdeka lagi para pemimpin UMNO dengan sengaja tidak pernah berusaha dan tidak mahu mengambil Al-Qur'an sebagai Perlembagaan Negara.

Bila ditanya mengapa tidak mahu melaksanakan Undang-Undang Allah (Al-Qur'an) ? Mereka menjawab kerana Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama (masyarakat majmuk). Ini semua adalah alasan yang biasa diberikan oleh golongan munafiq dan kafir.

Cuba tanya kat pimpinan dan penyokong UMNO ni dengan 2 soalan berikut;

S1- Kenapa Rasulullah mampu melaksanakan Pemerintahan Islam di Madinah yang penduduknya terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama ?

S2- Siapa yang ciptakan manusia yang pelbagai bangsa dan agama di dunia ni ?

Sedarlah wahai umat Islam yang masih menyokong UMNO. Sokongan yang anda berikan itu akan membawa padah kepada diri sendiri di Akhirat kelak. Berdasarkan Al-Qur'an, Hadis dan pendapat ulama', berani saya katakan di sini jika ada di kalangan orang Melayu yang masih setia menyokong UMNO sehingga ke akhir hayat, maka tempat kembali mereka adalah Neraka.

Terpulanglah kepada anda untuk memikirkannya. Niat saya ikhlas untuk memberitahu perkara yang sebenar demi menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim.

Kewajiban berada dalam Jamaah Islamiyyah

Adalah menjadi kewajiban terhadap seseorang individu muslim beramal dan berusaha hanya untuk Islam, demi untuk merealisasikan segala tuntutan Islam. Ia memastikan setiap anggotanya berusaha untuk menegakkan Daulah Islamiyyah. Oleh itu amal jama’i yang dijalankan oleh sesebuah Jamaah Islamiyyah mestilah tersusun, rapi dan utuh. Adalah suatu perkara yang mustahil untuk merealisasikan tujuan yang besar ini dengan cara perseorangan tanpa usaha ‘amal jama’i yang tersusun rapi.

Oleh kerana itu untuk merealisasikan tujuan yang besar ini merupakan satu kewajipan yang diwajibkan oleh Islam ke atas semua ummat Islam dan tujuan ini hanya dapat dilaksanakan dengan adanya jamaah dan ‘amal Islami, maka dengan sebab itulah ‘amal jama’i menjadi satu kewajiban.

Kewajiban berada di dalam satu Jamaah atau Harakah Islamiyyah ini dapat dilihat di dalam Al Qur’an, sebagaimana firman Allah Taala yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk menegakkan agamanya di dalam satu Jamaah yang tersusun rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh."

Di dalam hadis, Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud:

"Wajiblah kamu bersama-sama dengan jamaah Muslimin dan pimpinan mereka."

Di dalam hadis yang lain pula, baginda bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya syaitan itu serigala kepada manusia, seperti serigala kambing juga. Dia menangkap mana-mana yang jauh dan terpencil. Maka janganlah kamu memencilkan diri dan hendaklah kamu berjamaah dan mencampuri orang ramai serta menghadiri masjid."

Kaedah fiqh ada menerangkan tentang wajibnya menyertai Jamaah Islamiyyah. Antara lainnya ialah yang maksudnya :

" Sesuatu yang tidak sempurna yang wajib melainkan dengannya maka ianya juga menjadi wajib."

Daulah Islamiyyah hanya dapat ditegakkan dengan adanya Jamaah Islamiyyah dan ianya mustahil dapat ditegakkan secara individu. Oleh itu mewujudkan Jamaah Islamiyyah menjadi satu kewajiban ke atas ummat Islam dan menyertainya Juga adalah satu tuntutan yang mesti ditunaikan.

Marilah kita sama-sama menyertai Jamaah Islam PAS.

Jazakallah.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger