Tuesday, January 13, 2009

UMNO Di Ambang Kehancuran

Malam semalam hati ini berdetik dan benar-benar dapat merasakan satu keyakinan bahawa PAS dan Pakatan Rakyat berada di ambang kemenangan di dalam PRK Kuala Terengganu. Keyakinan ini semakin kuat apabila Penasihat PKR, DS Anwar Ibrahim membuat kenyataan terbuka bahawa PKR menyokong hasrat PAS untuk melaksanakan Hukum Hudud di dalam negara ini. Sebenarnya hati ini benar-benar merasa gembira dan bersyukur ke hadrat Allah apabila membaca laporan berita kenyataan Anwar ini di laman web tranungkite.

Saya yakin seluruh rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat juga turut merasa gembira dengan penjelasan Anwar ini. Segala kesangsian dan prasangka yang timbul selama ini samada PKR akan menyokong perlaksanaan Hudud ini ataupun sebaliknya telah pun terjawab. Semuanya ini adalah di dalam jadual dan perancangan Allah SWT. Apa yang pasti segalanya ini akan mematang dan mengeratkan lagi gabungan Pakatan Rakyat yang sedia terjalin. Harapan rakyat Malaysia yang mahu melihat Pakatan Rakyat memerintah negara semakin cerah.

Macamana pula dengan UMNO ? Para pemimpin UMNO sekarang sudah macam cacing kepanasan. Mereka semua tidak menyangka sama-sekali bahawa PKR menyokong penuh hasrat PAS untuk melaksanakan Hudud dalam negara. Selama ini puak-puak UMNO berkeyakinan bahawa gandingan Pakatan Rakyat tidak mampu bertahan lama atas Isu Hudud ini. Mengikut perkiraan dan teori mereka, PKR dan DAP sudah tentu menentang hasrat murni PAS ini. Malang tidak berbau bagi UMNO. Segala sangkaan mereka meleset.

Inilah pembalasan Allah secara tunai terhadap UMNO ? Busuk dan kejinya UMNO kerana para pemimpinnya. Selama ini para pemimpin UMNO begitu berani dan biadap mempermain-mainkan Isu Hudud dengan mengatakan "Ini Hudud PAS". Bila menjelang pula PRK Kuala Terengganu, si budak hingusan dan bebal Khairy Jamaluddin menggunakan isu Hudud ini sebagai bahan kempen UMNO untuk menakutkan para pengundi bukan Islam. Beginilah perangai barisan pimpinan UMNO yang mengaku Islam tetapi dalam waktu yang sama mereka begitu berani mempermain-mainkan Hukum Allah.

Hari ini segala pekong kemunafiqan pimpinan UMNO didedahkan oleh Allah satu persatu. Kita jangan lupa bahawa di dalam Al-Qur'an, Allah telah memberitahu kita semua agar berhati-hati bila berhadapan dengan golongan munafiq ini. Allah menegaskan bahawa golongan ini sangat pandai berbicara sehingga boleh menarik hati orang yang mendengarnya. Sebab itulah kita diajar supaya jangan sekali-kali mempercayai golongan paling jahat ini. Bila mereka membawa sesuatu berita, hendaklah diperiksa terlebih dahulu kesahihannya.

Selama ini golongan bukan Islam di dalam negara telah ditakut-takutkan oleh puak-puak munafiq UMNO berhubung dengan Hudud ini. Mereka dengan sengaja memberikan gambaran yang salah berhubung Perlaksanaan Hukum Hudud agar masyarakat bukan Islam takut untuk menyokong PAS.

Wanita MCA Pusat pernah membuat kunjungan hormat ke negeri Terengganu sewaktu di bawah pemerintahan PAS. Dalam satu majlis khas, Tuan Guru Hj Abd.Hadi Awang selaku Menteri Besar telah memberikan penjelasan khusus kepada rombongan Wanita MCA berhubung Perlaksanaan Hukum Hudud. Setelah mendengar penjelasan tersebut, Wanita MCA memberitahu bahawa mereka berpuashati dan faham serta tiada halangan jika PAS mahu melaksanakannya. Mereka turut mengakui bahawa selama ini UMNO memberikan gambaran yang salah tentang Hudud.

Yang haq pasti menang dan yang bathil pasti musnah. Itulah yang sedang dialami oleh UMNO hari ini. Pelbagai propaganda yang dibuat selama ini bagi mengaburi mata rakyat. Bermula dengan Bersih, Cekap, Amanah (BCA), Penerapan Nilai-Nilai Islam, Kerana Mu Malaysia, Malaysia Boleh dan yang terbaru Cemerlang, Gemilang, Terbilang di bawah Islam Hadhari. Semuanya ini hanyalah gimik semata-mata untuk memperbodohkan rakyat. Tanpa disedari habis segala harta milik negara dan rakyat dirompak satu-persatu. Tak salah kalau UMNO ini ditukar saja nama daripada Parti Kebangsaan Melayu Bersatu kepada Parti Kebangsatan Melayu Bersatu.

Tidak mustahil jika MCA dan MIC hari ini sedang menunggu masa saja untuk "menuntut cerai talak tiga" daripada UMNO. Sebenarnya MCA dan MIC pun dah naik meluat dengan UMNO ni. Cuma mereka gunakan jalan selamat. Just wait and see what will happen between themselves. I'm quite sure that UMNO is going to die.

Jazakallah.














No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger