Friday, January 23, 2009

Najib Tidak Layak Jadi PM

Hari ini Najib Razak sedang menghitung hari untuk menduduki takhta kerusi No. 1 negara. Rosmah pula sedang dilamun khayalan menjadi 'First Lady' Malaysia. Tak tahulah apa akan jadi dengan negara ini kalau Najib jadi PM.

Sebelum jadi PM pun dah terlampau banyak kes dan skandal yang melibatkan pasangan ini. Kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene dan jet Sukhoi yang melibatkan wang rakyat RM 945 juta. Skandal rasuah yang didedahkan oleh DSAI ini bukannya fitnah tetapi ada bukti dokumen yang melibatkan Najib selaku Menteri Pertahanan ketika itu.

Mengapa Ketua Pengarah BPR tidak berani membuat siasatan ? Jawapannya mudah saja. Rasuah, rasuah, rasuah... Semua individu yang mengetuai jabatan Peguam Negara, Polis dan BPR, semuanya telah 'disuap' dengan sekenyang-kenyangnya. Bagi mereka, wang dan kekayaan adalah segala-galanya. Halal dan haram sudah tidak dipedulikan lagi.

Dalam kes Altantuya, memang Najib dan Rosmah terlibat secara langsung. Hal ini tidak boleh disembunyikan lagi. Blogger No.1 Malaysia, Raja Petra Kamaruddin sendiri membuat pengakuan bersumpah bagi mendedahkan penglibatan Najib dan bininya dalam kes pembunuhan kejam ini. Akuan bersumpah ini bukan perkara main-main. Jika tiada bukti dan maklumat dari sumber yang boleh dipercayai kesahihannya, apa bodohnya RPK mahu membuat akuan bersumpah ini.

Sebelum RPK di tahan di bawah ISA, beliau ada menceritakan dalam blognya http://blog4pro.blogspot.com tentang pertemuannya dengan Dato' Syed Abd.Rahman Al-Habsyi, Konsulat Mongolia di Malaysia.

Dalam pertemuan yang diadakan di Bangsar, Dato' Syed Abd.Rahman memberitahu RPK bahawa Rosmah yang memberi arahan pembunuhan Altantuya termasuk meletupkan mayat mangsa dengan C4. RPK juga diberitahu bahawa ada 7 individu yang berada di tempat mangsa diletupkan. Rosmah, Lt. Kol Aziz Buyong, Lt. Kol Norhayati Hassan dan 4 orang lagi yang tidak dimaklumkan. Siapakah 4 orang ini ?

Sehari sebelum pertemuan ini, Dato' Syed Abd.Rahman ada membuat kenyataan di TV3 berkenaan keluarga Altantuya disembunyikan. Kita yakin beliau terpaksa membuat kenyataan media ini. Beliau juga ada memberitahu bahawa Ketua Polis Negara ada menghubunginnya dan menasihatinya agar berpindah ke luar negara jika Najib jadi PM.

Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara ini, kita sama-sekali tidak boleh membiarkan orang macam Najib menjadi PM. Memang terbukti Najib mengenali Altantuya namun dia tetap meneruskan pembohongannya kepada rakyat dengan mengatakan tidak mengenali mangsa.

Dalam prosiding pembelaan diri, Ketua Inspektor Azilah Hadri yang menghadapi tuduhan membunuh Altantuya telah memberitahu mahkamah bahawa dia telah diarahkan oleh pegawai atasan untuk membantu Abd.Razak Baginda. Pegawai atasan tersebut ialah DSP Musa Safri, bekas pembantu peribadi TPM, Najib Razak.

Selain daripada kes Altantuya, Najib dan bininya ada menggunakan khidmat seorang bomoh Hindu yang dikenali sebagai Mr. Ji. Pendedahan ini dibuat oleh Thagarajoo a/l Thangavelu dalam pengakuan bersumpahnya bertarikh 22 Ogos 2008. Sila klik di sini untuk paparan salinan asal akuan sumpah tersebut. Untuk terjemahan dalam Bahasa Malaysia, klik di sini.

Ini adalah satu perkara yang serius. Sebagai seorang Muslim, kita melihat hal yang sebegini sebagai satu perkara yang amat serius. Bagaimana boleh kita membiarkan orang macam Najib ini jadi PM. Jika dia dan bininya sanggup melakukan perbuatan 'SYIRIK JALI' dan boleh membawa kepada MURTAD, jangan diharap manusia iblis ini boleh memerintah dengan baik. Jauh sekali mahu membela Islam.

Diharap agar orang Melayu yang dok sokong UMNO selama ini sedar dan insaf. Pemimpin yang kamu puji dan sokong selama ini adalah dari spesis manusia iblis.

Insaf-insaflah wahai orang UMNO.


















No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger