Friday, January 16, 2009

PRK P036 : Najib dan Ahmad Said Umpama Gangster

Sekarang tepat jam 10.09 malam. Masa berkempen hanya tinggal lebih kurang 1 jam 51 minit. Esok rakyat Kuala Terengganu akan keluar mengundi bagi memilih siapakah calon terbaik pilihan mereka untuk ke Parlimen.

UMNO/BN jelas berada di dalam situasi yang terdesak sehingga Najib Razak berkata at all cost (apa jua harganya) BN mesti menang. Manakala MB Terengganu, Ahmad Said pula dilaporkan membuat kenyataan berbau ugutan kepada para pengundi dengan menyebut "Jika BN kalah, kerajaan negeri akan membawa dana tempat mereka ke Kemaman." Kenyataan ini ditujukan kepada pengundi yang berada di kawasan Pulau Kambing, Bandaran dan Kampung Cina.

Dalam satu jamuan yang dihadiri para pegawai dan kakitangan kerajaan, mereka mengugut dengan memberitahu bahawa "undi tidak sulit, kita tahu apa yang kamu undi."

Senario yang berlaku ini merupakan indikator jelas siapa sebenarnya golongan manusia yang sedang memerintah negara hari ini. Segala tindakan mereka tidak ubah seperti Firaun dan Namrud. Jika Firaun, dia akan membunuh semua bayi lelaki yang lahir kerana takut apabila dewasa kelak akan menentangnya dan merampas kuasa. Manakala Namrud pula, semua rakyat jelata mesti mengakui dia sebagai tuhan dan tunduk patuh kepadanya. Rakyat yang engkar akan dibunuh.

Apa bezanya dengan pemimpin UMNO/BN. Bukan kita memfitnah tetapi ini adalah satu kenyataan yang tak boleh dinafikan lagi. Lihat saja apa tindakan mereka sebelum ini bagi memastikan kemenangan di K.Terengganu. Mula-mula tawaran RM 500, kemudian dinaikkan kepada RM 1,000. Mungkin disebabkan tawaran ini tidak mendapat perhatian dari pengundi, datanglah si Najib memberi amaran bahawa dengan apa jua harganya, BN mesti menang.

Kenyataan ini menunjukkan UMNO/BN akan melakukan apa jua cara sekalipun walaupun berupa tindakan illegal bagi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka. Mungkin tak salah juga sangkaan saya sebelum ini bahawa UMNO/BN akan merancang satu modes operandi terkeji dalam sejarah piliharaya negara.

Memang benarlah apa yang pernah disebut oleh sesetengah pihak bahawa Malaysia akan jadi sebuah "Negara Gangster".

Nasihat saya kepada seluruh kakitangan kerajaan supaya jangan takut untuk mengundi calon PAS. Jangan dihiraukan segala ugutan. Memang dah perangai puak-puak UMNO/BN macam tu. Lebih-lebih lagi sudah merasakan bahang kekalahan dan kuasa memerintah negara bakal hilang.

Yakinlah bahawa rezeki, senang dan susah serta hidup dan mati kita di dalam genggaman Allah.

Firman Allah dalam Surah As-Saff (61) : ayat 10 - 12 yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih ? (Yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui, nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosa mu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga 'Adn. Itulah keuntungan yang besar."

Mengundi PAS adalah jihad.

Takbir !




No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger