Thursday, May 26, 2011

Hoi Najib, naikkanlah harga petrol RON95

Sebelum ni harga RON97 dah dinaikkan sebanyak 2 kali menjadi RM2.90 seliter. Sekali naik 20 sen. Nape RON95 tak naik-naik. Naikkanlah... Apa nak takut. Kan selama ini semua Presiden UMNO dan PM tak takut pada Allah dan Rasul-Nya. Bukan takat tak takut, malah dilawannya Allah secara terang-terang. So, nape pula si Najib dan UMNO teragak-agak nak naikkan harga RON95.

Nak buat apa takut dengan rakyat, khususnya Melayu UMNO. Bukankah selama ini telah diketahui umum bahawa seluruh orang Melayu UMNO dah kaya raya dan hidup mewah. Rumah besar, bini besar, kereta mewah. Paling koman pakai Alphard. Sebab tu mana ada ahli UMNO yang marah walau harga petrol melambung tinggi sebab dah kaya.

Nak buat apa takut kalah dalam PRU13. Bukankah seluruh jentera kerajaan dah jadi cawangan UMNO, termasuk SPR, JPN, Polis, Rela, ATM. Bukankah Najib dan UMNO melalui Jabatan Pendaftaran Negara sedang bertungkus-lumus melaksanakan Projek MyKad di seluruh negara bagi membolehkan mereka menjadi Phantom Voter dalam PRU13.

Selain Projek IC Palsu, khabarnya Rela dan Jururawat pun akan diletakkan sebagai pengundi pos.

Laa... kalau dah macam tu, apa nak takut... Naikkan je harga petrol RON95 tu sekarang. Kan seluruh ahli dan penyokong UMNO BN dalam negara ni semuanya kaya-kaya belaka. Yang miskin adalah rakyat yang bersama Pakatan Rakyat.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger