Monday, May 23, 2011

Ha ha ha... UMNO 'gila talak'

Biasanya orang yang gila talak ni bila dia terceraikan isterinya dengan talak tiga. Lalu menyesal tak sudah kerana tak boleh rujuk semula. Hanya boleh rujuk jika jandanya berkahwin dengan lelaki lain. Kalau tak, jangan haraplah nak dapat balik. Akhirnya meroyan dan sasau.

Dan apa yang berlaku pada UMNO kini lebih teruk dari orang gila talak. Sepatah kata Ustaz Ismail Kamus "Ini bukan lagi gila babi tapi babi gila pun tak buat macam ni."

Sebelum ni Najib mempersoalkan PAS sewaktu berucap di Terengganu. Katanya, "Nak buat apa PAS berkawan dengan DAP. Sudah-sudahlah tu. DAP bukan nak perjuangkan Islam..."

Nah! hari ini Utusan Melayu sendiri mengesahkan UMNO memang berusaha tarik DAP ke dalam Barisan Nasional.

Dalam konteks ini, dah jelas kepada kita bahawa UMNO sanggup melakukan apa saja demi survival kuasa politiknya dalam pesada tanahair.

Selanjutnya di sini.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger