Tuesday, May 3, 2011

Nape Osama dikebumikan dalam laut?

Ada beberapa fakta pelik yang begitu meragukan berkaitan kematian Osama Laden sebagaimana didakwa oleh Washington bahawa pemimpin Al-Qaeda itu berjaya dibunuh pada Ahad lalu.

Selepas beberapa tahun pemburuan ke atas lelaki yang paling dikehendaki dalam dunia ini, kenapa Amerika begitu pantas mengebumikan Osama bin Laden di laut dalam tempoh 24 jam saja?

Alasannya kerana menurut amalan dan tradisi Islam. Dan amalan itu menuntut jasad Allahyarham mesti dikebumikan dalam tempoh 24 jam, menurut seorang pegawai Amerika yang becakap pada hari Isnin dengan syarat tanpa namanya disiarkan atas sebab keselamatan negara yang sensitif.

"Kami memastikan bahawa hal tersebut ditangani sesuai dengan amalan Islam dan tradisi," tegas pegawai itu. "Hal ini kita tangani secara serius. Dan kerana itu, ianya akan dilaksanakan secara betul."

Soalnya, mengapa di laut? Pegawai AS kata, untuk mencari negara lain yang bersedia menerima orang yang paling dikehendaki di dunia itu merupakan satu perkara yang sukar, justeru keputusan dibuat untuk mengebumikan bin Laden di laut.

Selain itu, ada pihak mendakwa bahawa pihak Amerika tidak mahu ada kubur Osama kerana bimbang akan dijadikan tempat ibadah oleh para pengikutnya. Malah wujud khabar angin kononnya pihak Amerika telah meminta Arab Saudi mengambil jenazah Osama, tapi dipercayai menolak.

Dipercayai ujian DNA telah dilakukan sebelum itu bagi mengesahkan jasad itu adalah Osama Laden, juga sebagai bukti terhadap sebarang dakwaan konspirasi yang menunjukkan kematiannya tidak berlaku.

Lokasi sebenar jenazah dikebumikan turut dirahsiakan.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger