Wednesday, May 4, 2011

Osama Laden masih hidup

Dari awal lagi penulis sama-sekali tidak percaya dengan dakwaan Amerika bahawa mereka telah berjaya membunuh pemimpin utama Al-Qaeda, Syeikh Osama Laden. Malah antara pembohongan yang ketara bila seorang pegawai Amerika memberitahu bahawa mayat Osama akan dikebumikan dalam laut kerana Arab Saudi tidak mahu mengambil jenazahnya. Bertambah karut lagi, bila pegawai itu kata, "Adalah sukar untuk mendapatkan kebenaran mana-mana negara bagi mengebumikan mayat Osama. Justeru pihak kami buat keputusan untuk mengebumikannya dalam laut dengan segera kerana mengikut amalan dan tradisi Islam."

Berikut ialah beberapa fakta dan kenyataan yang membuktikan Syeikh Osama Laden masih hidup dan sihat;

1 - Kenyataan oleh Komandan Waliur Rahman, seorang komandan Mujahidin di Pakistan

“Aku tidak bertemu secara langsung dengan Syeikh Usamah, namun saya dapat mengesahkan dengan jelas bahawa Syeikh Usamah bin Ladin masih hidup dan dalam keadaan baik. Beliau masih berhubung dengan orang-orangnya dari seluruh organisasi Al Qaeda dan meneruskan aktivitinya seperti biasa."

2- Pendedahan Media Rusia

Media Rusia mendedahkan bahawa Inteligen Pakistan melaporkan bahawa Syeikh Usamah bin Ladin masih hidup dan berada dalam keadaan sihat. Selain itu, hingga kini AS belum memperlihatkan jasad Syeikh Usamah jika benar beliau telah meninggal.

3 - Kerajaan Pakistan tidak tahu tentang operasi AS di Abbottabad

Bagaimana pihak berkuasa Pakistan sendiri tidak tahu langsung pasal operasi yang dilancarkan itu. Pihak Pakistan hanya mengetahuinya setelah operasi selesai dan diumumkan oleh Presiden Obama. Bukankah ini merupakan suatu kejanggalan? Biasanya pihak AS akan berkerjasama dengan kerajaan bonekanya dalam melaksanakan operasi sedemikian. Malah Obama sendiri, dalam kenyataannya, menyebut kejayaan operasi itu atas kerjasama Pakistan.

4- Kenyataan Taliban Pakistan

Mujahidin Taliban Pakistan dalam satu kenyataannya yang dibuat selepas beberapa saat AS mengumumkan kematian Osama, menyatakan bahawa Syeikh Usamah masih hidup.

Wartawan TV Geo di Pakistan melaporkan kumpulan Taliban menyatakan Usamah masih hidup dan berita kematian itu sama-sekali tidak berasas. Pihak Mujahiddin Taliban turut menyarankan agar tidak mempercayai semua berita dari media sekular yang ada.

Penulis panjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana memanjangkan usia Osama Laden bagi membolehkan beliau meneruskan perjuangan menentang pengganas dunia Amerika-Israel serta sekutu-sekutu jahat mereka di seluruh dunia.

Takbir.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger