Wednesday, May 11, 2011

Cubaan bunuh Anwar gagal

Setelah cubaan membunuh Anwar pada 1998 gagal, hari ini sekali lagi cubaan serupa dilakukan oleh pihak tertentu, hanya kaedahnya saja berbeza. Hal ini didedahkan oleh Abdullah Sani Said yang telah berkhidmat selama 28 tahun dengan Anwar.

Menurut Abdullah Sani, beliau mengesyaki terdapat usaha jahat mensabotaj kenderaan yang lazimnya digunakan Anwar hingga berlaku kemalangan pada 19 April lalu.

Justeru satu laporan Polis telah dibuatnya di Balai Polis Merchant Square, Petaling Jaya pada jam 3.30 petang semalam.

Tambahnya, tindakan merosakkan kenderaan Mercedes Benz S350 itu jelas berniat jahat dan boleh mengancam keselamatan Anwar.

Menceritakan kemalangan kira-kira dua minggu lalu, Abdullah Sani berkata, di petengahan jalan ketika membawa Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan SU Politik MB Selangor, Faekah Husin daripada program parti di Chemor, Perak, kereta Mercedes S350 yang dipandunya terhuyung-hayang.

Selepas itu, sebuah lori memotongnya dan kereta terus bergoyang dan kedengaran letupan datang dari sebelah belakangnya sehingga memaksa beliau menghentikan kereta itu secara mengejut di lorong kecemasan di Lebuhraya Utara-Selatan itu.

Beliau dapati beberapa bahagian cakera brek (disk brake) di merata-rata tempat, sekali gus menjadikan kereta itu tidak boleh bergerak lagi.

Yang paling mengejutkan Abdullah bila mekanik memaklumkan bahawa pin pada nat untuk menyokong cakera brek itu telah dikeluarkan. Kata Abdullah, adalah mustahil pin tersebut boleh terkeluar sendiri tanpa dilakukan oleh seseorang.

Berdasarkan fakta tersebut, penulis yakin memang ada usaha untuk membunuh Anwar secara terancang. Kalau Anwar mati dalam kemalangan jalanraya, nescaya rakyat tidak akan mengesyaki apa-apa. Hanya kemalangan je.

Seharusnya diingat, negara pernah dikejutkan dengan pembunuhan Ust Ibrahim Libya dan 13 sahabatnya dalam Peristiwa Memali atas arahan UMNO. Dan juga kes bunuh berprofil tinggi melibatkan pimpinan UMNO. Altantuya dibunuh kerana ada hubungan dengan Najib, Norita Samsudin dicekik hingga mati kerana ada affair dengan Shahidan Kassim dan Mustakizah Jaafar pula ditembak dan mayatnya dibuang ekoran hubungannya dengan Megat Junid.

Pimpinan UMNO sanggup melakukan apa saja demi mempertahankan kuasa politik. Dalam kamus UMNO, sudah tiada lagi soal halal maupun haram. Yang ada hanyalah matlamat menghalalkan cara. Serupa macam Zionis Yahudi.

Kita wajib lakukan perubahan dalam PRU13.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger