Saturday, May 21, 2011

Jangan dilayan golongan MUNAFIQ KABIR

Saban hari di kaca TV dan di dada akhbar milik UMNO menyiarkan berita dan propaganda bahawa dalam dunia ini hanya UMNO sajalah yang terbaik. Pendek kata semua kata-kata pemimpin UMNO tu ibarat firman atau hadis yang wajib dipercayai dan diimani. Selain UMNO, muncul pula pertubuhan munafiq kedua terbesar, Perkasa, yang kononnya nak jadi hero Melayu dan menjadi pembela agama.

Wahai UMNO dan Perkasa, dah 52 tahun pun negara ini diperintah dan diketuai oleh sebuah parti yang mendakwa diri sebagai pembela bangsa, agama dan negara. Parti Kebangsatan Melayu Bersatu (UMNO).

Apa yang UMNO dah buat pada bangsa Melayu, agama dan negara?

- UMNO membuang hak biasiswa anak Melayu Bumiputera yang dijamin oleh perlembagaan. Kini mereak terpaksa menanggung hutang pengajian melalui pinjaman PTPTN.

- UMNO merampas hak imuniti Raja-Raja Melayu.

- UMNO meminda Akta Kanun Tanah Negara bagi membolehkan tanah milik Melayu diambil dan dijual kepada kompeni besar para kroni mereka.

- UMNO menipu para peneroka Felda.

- UMNO sengaja membiarkan golongan Melayu Bumiputera terus miskin agar mudah diugut dan diperbodohkan demi kepentingan kuasa politik.

Apa pula jasa UMNO terhadap agama?

- UMNO terus-menerus menyesatkan orang Islam dengan fahaman sekular Kristian yang memisahkan agama dengan politik.

- UMNO terus menindas dan menekan Sekolah Agama Rakyat yang terbukti berjaya melahirkan para pelajar yang berakhlak, kuat pegangan Islamnya serta menjadi pendokong perjuangan Islam.

- UMNO membiarkan saja gejala murtad berlaku dalam negara. Mengikut statistik Jabatan Pendaftaran Negara, sejumlah 150,000 permohonan pertukaran nama kepada nama bukan Islam telah lulus, baki 100,000 permohonan dalam proses.

- UMNO menggalakkan hiburan dan pergaulan bebas. Gejala sosial yang melanda remaja Islam hari ini semakin kronik. Perzinaan berlaku di kalangan pelajar sekolah, universiti dan kolej. Kes pembuangan bayi meningkat.

- UMNO meluluskan lesen judi dan arak.

- UMNO menggunakan khidmat nasihat APCO, konsultan milik Zionis Yahudi bagi mengekalkan kuasa dalam negara.

- UMNO memperalatkan golongan Ulama' Celaka (Pengampu) bagi melindungi kemunafiqan mereka agar umat Islam terus percaya.

Apa jasa UMNO pada negara?

- UMNO terus-menerus merompak dan menyamun kekayaan negara hingga hutang negara terus meningkat dan rakyat pula dijadikan mangsa menanggung kenaikan harga barang.

- UMNO membiarkan negara ini terdedah kepada ancaman luar bila syarikat Yahudi (APCO) dilantik sebagai penasihat kepada kerajaan.

- UMNO telah berjaya menjadikan negara ini sebagai negara hapraq dengan pelbagai skandal penyelewengan, rasuah dan jenayah berprofil tinggi. Jangan lupa kes pembunuhan Altantuya sebagai bukti betapa UMNO sanggup melakukan apa saja demi kepentingan kuasa politik.

- UMNO berjaya meletakkan Malaysia sebagai salah sebuah negara yang kuat rasuah hingga Ketua Audit Negara sendiri mengesahkan sejumlah RM26 bilion wang negara hilang akibat rasuah dalam tahun 2010.

- UMNO berjaya menjadikan sistem Kehakiman dan Keadilan negara ini dipandang lekeh oleh negara luar.

- UMNO berjaya menakutkan para pelabur asing daripada masuk melabur ekoran perbicaraan mangarut kes Anwar. Ini diakui sendiri oleh Sir Richard Branson (pemilik Syarikat Virgin) ketika berucap di Kuala Lumpur. Mana ada pelabur asing yang berani masuk melabur ke dalam negara perasuah, tiada jaminan keselamatan dan sistem keadilan yang telah dilacurkan oleh pemerintah. Hanya pelabur yang bodoh saja buat begitu.

Penulis menyeru kepada seluruh umat Islam agar segera meninggalkan UMNO sebelum terlewat. Seruan ini bukan atas dasar sentimen parti tapi atas DASAR 'AQIDAH ISLAM.

Samada mahu percaya atau tidak, terpulang. Tapi ingin penulis tegaskan sekali lagi, mana-mana orang Islam yang menyokong UMNO sehingga mati dan tak sempat bertaubat, maka mereka mati dalam Musyrik.

Nak lebih jelas lagi, sila cari buku bertajuk 'Aqidah Yang Menggoncang Dunia'.

Islam For All

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger