Tuesday, May 10, 2011

Bukti UMNO semakin desperate

Sepanjang minggu ini, umum asyik memperkatakan tentang tajuk "Kristian agama rasmi? oleh akhbar Utusan Meloya milik UMNO. Penulis dah jangka UMNO akan mainkan kembali isu sentimen agama sebagai langkah terakhir untuk meraih kembali sokongan Melayu Islam menjelang PRU13 yang dijangka tahun ini.

Najib dan UMNO semakin tidak karuan bila kes video lucah dilihat gagal untuk menjatuhkan kredibiliti Anwar, malahan rakyat semakin simpati pada Ketua Pembangkang itu. Semakin cuba dihina dan diaibkan dengan pelbagai dakwaan dan fitnah, semakin ramai pulak yang hadir untuk dengar ceramah Anwar.

Selain konspirasi untuk menjatuh dan memenjarakan Anwar, UMNO terus menggunakan pelbagai cara untuk mengganggu rumahtangga PAS. Bermula dengan Unity Government tetapi digagalkan oleh ketegasan Nik Aziz, kemudian Yang Dipertuan Agong digunakan untuk mempertemukan 2 pimpinan tertinggi kedua-dua parti dalam satu jamuan makan di Istana Negara, namun usaha memujuk 2 pimpinan tertinggi PAS gagal, sebaliknya Najib dan Muhyiddin 'dibasuh' oleh Nik Aziz dan Hj Hadi di hadapan Sultan Mizan.

Setelah usaha melalui UG menemui jalan buntu, UMNO sekali lagi cuba 'mengganggu' PAS dengan mempersoalkan apa perlunya berkawan dengan DAP. Hal ini disuarakan sendiri oleh Najib di Terengganu selepas kejayaan DAP memenangi 12 dari 15 kerusi dalam PRN Sarawak.

UMNO sedar PAS adalah 'tulang-belakang' kepada Pakatan Rakyat. Sebab PAS sudah teruji sejak 1951 dan terbukti sebagai sebuah parti yang berprinsip dan paling diyakini kewibawaannya. Jika PAS bertindak meninggalkan PR, dengan sendirinya gabungan itu akan lumpuh.

Setelah usaha menggoda PAS gagal, kini DAP pula jadi sasaran mereka bila Utusan Munafiq menyiarkan tajuk "Kristian Agama Rasmi?" di muka depan hanya berdasarkan satu artikel oleh blogger UMNO.

Masyarakat Islam tanahair tidak usah terpedaya dengan berita fitnah berniat jahat itu. Sewajarnya kita sedar bahawa sudah termaktub dalam Perlembagaan "Islam sebagai agama rasmi Persekutuan" dan telah dipersetujui oleh semua pihak.

Yang sebenarnya Najib dan UMNO sudah terdesak ekoran segala dosa besarnya. Isu rasuah, penyelewengan, jenayah, Altantuya, kenaikan harga minyak dan barangan, hutang negara dan pelbagai lagi isu yang menimbulkan kemarahan rakyat.

Bagi mengalihkan tumpuan rakyat daripada segala pekong busuk itu, maka direkalah pulak isu Kristian bakal jadi agama rasmi. Semuanya ini mengarut namun itulah hakikat UMNO sebenarnya. Sebuah parti munafiq yang terbukti lebih sesat dari golongan kafir sendiri.

Najib dan UMNO tak usah sembanglah pasal nak bela Islam. Dah 52 tahun pun. Berhentilah daripada terus memperbodoh dan menyesatkan umat Islam tanahair. Manakala golongan agama dalam UMNO, segeralah bertaubat sebelum mampus. Berhentilah daripada kerja menyesatkan umat Islam tanahair.

Malah rakyat bukan Islam sendiri turut sedar UMNO memang jahat dan sesat. Yang masih dok bebal ialah orang Melayu UMNO.

Patutlah golongan munafiq ni ditempatkan di dasar Neraka. Nanti dalam Neraka berlaku soal-jawab antara ahlinya. George Bush, Obama, Netanyahu, Lee Kuan Yew, Tony Blair terkejut bila tengok Mahathir, Najib dan seluruh pimpinan UMNO duduk kat dasar Neraka. Mereka pun tanya "Hoi, macamana hangpa lebih teruk dari kami sedangkan dulu kat dunia hangpa semua kan orang Islam." Lalu dijawab oleh pimpinan UMNO "Memang, tapi kami hanya Islam di luar je. Hakikatnya kami lebih jahat dari kamu semua."

Renung-renungkanlah...

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger