Wednesday, May 18, 2011

Wahai ahli UMNO, sedarlah...

Mungkin pembaca beranggapan penulis membenci UMNO kerana dipengaruhi sentimen parti sebab penulis sendiri ahli PAS. Ini bukan soal parti tapi soal prinsip, maruah, integriti dan yang terpenting adalah 'Aqidah kita sebagai orang Islam. Seharusnya diingat, Allah tidak pernah sebut "Wahai orang Islam" dalam Al Qur'an. Yang disebut ialah "Wahai orang yang beriman". Jika disebut orang Islam, itu secara umum. Sebab orang Islam terbahagi kepada 3 golongan utama, yaitu beriman, fasiq atau munafiq (kafir). Yang diterima oleh Allah hanyalah golongan yang beriman.

Sebagai warga Malaysia, di mana harga diri dan maruah kita sebagai rakyat yang hanya berdiam diri saja melihat segala penyelewengan, rasuah, penindasan, fitnah dan kezaliman yang berlaku di depan mata.

Apakah hidup ini sekadar pergi dan balik kerja, kemudian cukup bulan pergi ATM ambil gaji dan pergi bercuti sama keluarga tanpa langsung memikirkan apa yang berlaku dalam negara. Walhal kita semua bertanggungjawab terhadap masa depan negara. Sebab negara ini bakal diwarisi oleh anak cucu selepas ketiadaan kita.

Persoalannya, apakah kita sanggup mewariskan sebuah negara yang rosak kepada generasi akan datang.

Lihat saja apa yang sedang melanda negara mutakhir ini. Saban hari rakyat dihidangkan dengan perbicaraan fitnah liwat terhadap DSAI. Rakyat dipaksa percaya dengan segala tuduhan yang direka agar lupa pada isu sebenar seperti penyelewengan dan rasuah pimpinan UMNO BN selama ini.

Tak cukup dengan konspirasi keji itu, ditambah pula dengan kes video lucah yang bertujuan untuk terus mengaibkan Ketua Pembangkang itu dan seisi keluarganya. Malah telah terbukti si pelaku dalam video itu bukan Anwar (pengesahan Polis) tapi dibiarkan saja penyebaran video itu kepada umum tanpa sebarang sekatan.

Ke mana pergi pegangan Islam orang Melayu UMNO selama ini. Tidak belajarkah dari konspirasi fitnah liwat 1998. Begitu jelas sekali bila Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Augustine Paul menjatuhkan hukuman penjara terhadap Anwar bukan atas kes liwat tapi atas kesalahan kononnya dia menyalahguna kuasa sebagai TPM bila meminta pihak Polis menyiasat buku '40 Dalil Kenapa Anwar Tak Layak Jadi PM." Walhal Anwar berbuat demikian atas nasihat Peguam Negara.

Yang dibicarakan kes liwat tapi dihukum penjara atas sebab lain. Bukankah nampak sangat Hakim yang dah kojol itu hanya mengikut skrip PM masa tu, Mahathir. Lebih menyakitkan hati bila Mahathir sendiri mengakui bahawa Anwar memang tidak bersalah. Segala tuduhan liwat sengaja direka bagi menyingkirkannya.

Soalnya sekarang, mengapa kita boleh jadi bodoh dan bulat-bulat percaya dengan segala fitnah tersebut tanpa membuat sebarang penilaian waras.

Sayugia diingat, sesiapa saja di kalangan umat Islam tanahair yang terus-menerus memberi undi pada UMNO BN selama ini, bermakna mereka terus redha dengan hal-hal berikut;

- Redha dengan sistem pemerintahan sekular Kristian amalan UMNO selama ini yang memisahkan agama dengan politik.

- Redha dengan segala penyelewengan dan rasuah yang dilakukan oleh pemimpin UMNO BN.

- Redha dengan fitnah dan kezaliman yang dilakukan terhadap DSAI dan keluarga.

- Redha dengan Akta ISA yang zalim dan tak berperikemanusiaan.

- Redha dengan penolakan UMNO terhadap hak Al-Hakimiyyah Allah (Al Qur'an sebagai Perlembagaan).

Akibatnya?

Firman Allah dalam Surah Al Ahzab (33) : ayat 66 - 68 yang bermaksud;

Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah. Dan mereka berkata lagi: "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. "Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya."

Tinggalkan toghut dan berhijrah menuju cahaya kebenaran (Iman dan Taqwa).

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger