Saturday, May 21, 2011

Sokong je UBN, biar cepat sikit negara ni lingkup

Bila bercakap di hadapan rakyat, semuanya bagus. Takde yang tak bagus melainkan bagus semuanya. Malaysia di bawah UMNO telah berjaya menjadi negara contoh kepada Zimbabwe, Vietnam, Somalia, Bangladesh, Sri Lanka dan negara-negara mundur yang lain. Lalu percayalah para Melayu UMNO bebal hingga tak sedar diri disesat dan diperbodohkan oleh pemimpin mereka yang terus-menerus mengumpul kekayaan melalui rasuah dan penyelewengan. Langsung tak sedar hak mereka sendiri pun dirampas satu-persatu. Namun demi UMNO, hidup merana di dunia dan masuk Neraka pun okay.

Soalnya kenapa pimpinan UMNO kerap membandingkan Malaysia dengan negara-negara yang disebut tadi? Sebab nak sembunyikan segala pekong bangsat mereka yang menyebabkan Malaysia hari ini dah jadi negara pariah di mata dunia.

Bukan susah untuk buat perbandingan. Bukannya jauh. Negara jiran kita, Singapura. Tak sampai 1 km menyeberang Tambak Johor dari Johor Bahru.

Penulis nak ambil satu contoh mudah. Yaitu syarikat penerbangan antara dua negara ni. Sebelum ini syarikat penerbangan antara Malaysia dan Singapura dikenali sebagai Malaysia Singapore Airlines (MSA). Kemudian pecah kongsi menjadi dua. MAS dan SIA. Bermaksud lahirnya MAS dan SIA pada tarikh yang sama. Ibarat kembar.

Lihat hari ini apa yang terjadi kepada MAS dan bandingkan dengan SIA.

Kita semua sedia maklum MAS terus-menerus mengalami kerugian ratusan juta setiap tahun sejak zaman Mahathir laknatullah. Kroni baik si mamak tua tu, Daim Zainuddin yang dilantik menjadi Menteri Kewaangan telah menjadikan MAS macam syarikat bapak dia punya. Ramai pimpinan utama UMNO dan para kroni Mahathir masa itu diberi saham MAS dengan harga murah. Harga tak masuk akal. Lepas tu mereka jual semula ikut harga semasa. Manakala Tajuddin Ramli adalah proksinya. Berbilion wang rakyat digunakan untuk bail-out syarikat penerbangan negara.

Hari ini, jumlah kerugian MAS mencecah RM 8,000,000,000 (RM8 bilion).

Bagaimana pula syarikat penerbangan Singapura, SIA?

Penulis pernah membaca laporan kewangan tahunan syarikat SIA tu dalam internet. Secara purata, SIA berjaya meraih keuntungan selepas cukai berjumlah kira-kira SGD200 juta (RM500 juta) setahun.

Soalnya, mengapa berlaku jurang yang begitu besar antara dua beradik kembar tu. Yang satu rugi ratusan juta setahun, manakala yang satu lagi boleh jana keuntungan ratusan juta setahun. Walhal kalau nak dikira jumlah destinasi penerbangan antarabangsa antara keduanya adalah hampir sama. Malahan MAS ada penerbangan domestik lagi berbanding SIA.

Untuk menjawabnya, sila lihat CPI Indeks antara Singapura dan Malaysian di sini.

Dan kejayaan AirAsia menjana untung ratusan juta setahun dalam keadaan mengenakan tambang murah lagi, benar-benar mengaibkan MAS dan secara tidak langsung 'mengejek' para pimpinan UMNO yang rakus, tamak dan rasuah.

Baru-baru ini Petrol RON97 dinaikkan 20 sen menjadi RM2.90 seliter. Jangkaan RON95 akan dinaikkan dalam bulan Jun.

Soalnya mengapa dalam keadaan Malaysia sebagai negara pengeluar minyak tapi harga minyak boleh mahal?

Sebenarnya kerajaan UMNO BN terpaksa menaikkan harga minyak ni sebab negara sudah tiada duit angkara pembaziran, rasuah dan penyelwengan yang dilakukan oleh mereka sendiri. Bukan soal harga pasaran minyak dunia naik atau jatuh. Namun itulah hakikat golongan MUNAFIQ KABIR yang sentiasa mencari helah dan membohongi rakyat bagi menyembunyikan pekong bangsat mereka sendiri.

Macam-macamlah dia kata. Sepanjang minggu ni, si Muhyiddin Yassin sibuk bercakap pasal kerajaan terpaksa membelanjakan berbilion ringgit untuk subsidi rakyat. Ni sorang lagi manusia celaka. Cuba tanya si Muhyiddin ni, sapa yang rampas tanah orang Melayu di Johor dan jual pada syarikat-syarikat besar. Tanya lagi pada TPM ni, siapa yang tukar cuti hari Juma'at kepada hari Ahad di Johor?

Di sini letak duduknya betapa celakanya pimpinan UMNO yang ada hari ni. Mereka ingat segala kekayaan negara ni milik mak bapak dia orang ke? Dah disamun segala kekayaan negara hingga hampir bankrap, lepas tu boleh cakap kerajaan terpaksa tanggung bebanan subsidi kepada rakyat.

Tapi kalau untuk syarikat kroni mereka, boleh pulak subsidi dinaikkan. Tak tahulah penulis apakah jenis manusia yang sedang menerajui negara masa ni.

Baru-baru ni penulis menjejakkan kaki ke negara Brunei Darussalam. Harga minyak petrol di negara itu ialah 52 sen seliter bagi RON97. Juga di Arab Saudi, hanya 52 sen seliter. Takde pulak kedua-dua negara pengeluar minyak ni menaikkan harga petrol walau harga minyak dunia naik.

Seluruh rakyat harus faham bahawa sudah menjadi tanggungjawab mana-mana kerajaan dalam dunia ini memberi subsidi kepada rakyatnya. Bukannya dikurang atau ditarik. Segala kekayaan negara anugerah Allah adalah untuk dinikmati oleh seluruh rakyat. Kerajaan hanya diamanahkan sebagai pengurus dan pentadbirnya saja. Bukan untuk disamun bagi kekayaan diri, keluarga dan kroni.

Sebelum menutup bicara, seluruh ahli dan penyokong UMNO harus sedarlah. Gunakanlah akal yang waras dan jangan jadi pak angguk je. Kita ni orang Islam, ada maruah dan harga diri. Hidup kat dunia ni hanya sementara saja. Bila mati, kita semua akan melalui satu penghidupan baru di alam Barzakh sebelum dibangkitkan semula dan dibicarakan di Mahkamah Allah SWT di Mahsyar kelak.

Tinggalkan segera UMNO yang berfahaman sesat barat tu. Yang dok percaya dengan fahaman politik lain, agama lain tu, sapa suruh. Ingatlah, Rasulullah s.a.w. sendiri berpolitik dan menjadi Ketua Kerajaan Negara Islam Pertama Madinah.

Sokong UMNO, Confirm Musyrik.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger