Showing posts with label Minda Tok Guru. Show all posts
Showing posts with label Minda Tok Guru. Show all posts

Wednesday, October 20, 2010

Kuburkan Fasis : Tegakkan Keadilan Untuk Semua

Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

Allah SWT berfirman di dalam al-Quran (Surah al-Qashash, ayat 4-5) bermaksud : Sesungguhnya Fir'aun telah berbuat sewenang-wenang di muka bumi dan menjadikan penduduknya berpecah belah, dengan menindas segolongan dari mereka, menyembelih anak laki-laki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka.

Sesungguhnya Fir'aun termasuk orang-orang yang berbuat kerosakan. Dan kami hendak memberi kurniaan kepada orang-orang yang tertindas di bumi (Mesir) itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (bumi).

Fasis ditakrfikan sebagai penganut faham nasional yang didasarkan kepada pemerintahan yang bertindak atas keekuasaan daripada hak-hak demokratik.(1) Manakala fasisme pula merujuk kepada sistem (pandangan) politik puak pelampau yang berhaluan kanan.(2) Di dalam al-Quran, ada menceritakan bagaimana pemerintahan puak pelampau dengan kebanggaan keturunan yang telah mengorbankan ribuan nyawa penentangnya. Kisah Firaun yang menyembelih anak-anak lelaki Bani Israil kerana tidak sedarah dengan bangsanya iaitu Qibti merupakan kisah yang diulang-ulang di dalam al-Quran.

Demikian juga kisah Namrud iaitu raja di zaman Nabi Ibrahim AS yang terkenal dengan dasar pemerintahan yang zalim dan kezaliman telah dilakukan oleh ashabul ukhdud ke atas orang-orang yang mentaati ajaran Tuhan (mereka yang beriman). Ini menunjukkan bahawa fasis atau fasisme tidak hanya bermula pada zaman sejarah moden tetapi telah bermula semenjak tamadun awal manusia lagi. Justeru Islam datang kemudiannya adalah untuk mengkuburkan amalan dan fahaman fasis/fasisme dengan formula yang tersendiri.

Islam menolak fasisme

Islam adalah agama dari langit, diturunkan Allah melalui wahyu. Penyampai wahyunya adalah malaikat Jibrail dan disampaikan kepada Nabiu Muhammad SAW. Dua kandungan besar dalam ajaran Islam, iaitu pertama dunia ini diciptakan oleh Allah SWT dan bukan milik manusia dan manusia hanyalah bertaraf seorang penumpang di bumi.

Sehebat manapun seorang penumpang atau tetamu, dia tidak boleh melakukan apa sahaja yang disukainya. Ibarat seorang pemimpin yang bertamu di rumah orang lain, tentu sekali hanya boleh naik jika dijemput naik. Duduk pula di ruang tamu dan tidak boleh meredah masuk kecuali dengan keizinan. Begitulah penumpang di bumi Allah SWT. Mana mungkin seorang penumpang yang datang bertamu di bumi ini boleh melakukan apa sahaja yang dikehendaki olehnya? Nabi Muhammad SAW telah bersabda (dalam Sahih Bukhari) yang bermaksud "Jadilah kamu di dunia seolah-olah kamu bertamu atau bersinggah (di dalam perjalanan)."

Kedua, Islam mengajar penganutnya bahawa selepas hidup ini akan ada kematian dan dibangkitkan pula untuk hidup di akhirat. Hidup ini tidak akan tamat sahaja setakat di dunia, tetapi ia akan bersambung dengan hidup di alam akhirat. Hidup di akhirat ialah hidup yang berkekalan. Oleh sebab itu, akan berlaku proses pengadilan selepas dibangkitkan nanti. Ketika itu setiap orang akan melalui penghakiman atas apa yang dia buat semasa hidup di dunia. Atas nilai ajaran Islam yang sebeginilah seorang Islam sama ada bertaraf pemimpin atau rakyat biasa adalah tidak boleh melakukan amalan fasis dengan menzalimi orang lain.

Dengan perkataan lain, Islam melarang seseorang pemimpin itu melakukan kezaliman terhadap rakyatnya. Jauh sama sekali bagi pemimpin itu untuk menjadi seorang pemimpin fasisme. Maka tidak perlu khuatir apabila seorang pemimpin Islam memerintah, dia tidak mungkin menzalimi rakyatnya. Namun, dukacitanya ada pemimpin yang berlagak Islam, tetapi gaya memerintahnya adalah fasis, maka pemimpin itu mungkin pelampau yang hanya berwajah Islam. Pemimpin sedemikian merupakan menifestasi kekosongan hati dan jiwa yang tidak takut kepada Allah SWT, Tuhan yang menciptakan sekalian manusia!

Islam mampu mencegah fasis

Kekuatan ajaran Islam adalah berupaya memupuk keyakinan terhadap wujudnya hari pembalasan di akhirat kelak. Islam boleh menjadikan seorang itu patuh kepada ajaran agama dan gerun untuk melakukan dosa walaupun di dalam situasi tidak ada seorang pun melihatnya. Walaupun di situ tidak ada anggota penguatkuasa atau kamera litar tertutup (CCTV).

Ajaran Islam memberitahu setiap penganutnya, bahawa setiap masa akan ada pencatat ghaib (tidak nampak) yakni Malaikat sentiasa berada di bahu kanan dan kiri yang tugasnya sentiasa menulis apa sahaja yang kita lakukan. Catatan itu akan dibentangkan di hari penghakiman, maka berat timbangan atas perbuatan buruk balasannya siksaan neraka, sebaliknya berat timbangan atas perbuatan baik balasannya syurga. Ajaran ini sepatutnya menghalang setiap pemimpin bertindak fasis ke atas rakyat, malah akan gerun untuk melakukan menindas, merampas dan tidak beramanah dengan amanah rakyat dan negara.

Justeru, Allah SWT memberi ingatan kepada manusia betapa Dia sedia melaksanakan Pemantau ke atas setiap tindak-tanduk manusia. Dalam al-Quran, Allah SWT menyatakan (Surah al-Hadid, ayat 4) yang bermaksud: Dan dia bersama kamu di mama saja kamu berada, dan Allah Maha melihat apa yang kamu kerjakan.

Fasisme di Malaysia

Asas kuasa dan amalan pemerintahan UMNO dan Barisan Nasional (BN) adalah sekularisme yang berorientasikan semangat kebangsaan perkauman sempit. Ia tidak bersandarkan kepada mana-mana ajaran agama, meskipun dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan ada menyebut tentang Islam agama persekutuan dan agama-agama lain bebas diamalkan.

Ia bermakna, roh beragama tidak diamalkan dalam kerajaan BN, maka logiknya berlaku kezaliman, penindasan, rampasan hak dan ketidakadilan kepada rakyat tertentu. Justeru pemimpin BN tidak nampak asas dosa dan pahala mengikut acuan Allah SWT. Oleh kerana itu mereka menggunakan undang-undang tahanan tanpa bicara (Akta Keselamatan Dalam Negeri - ISA), menyekat kebebasan bersuara dengan pelbagai akta dan tidak memberikan permit (akhbar, radio, TV) untuk pembangkang, di samping berlaku persepsi serong beberapa agensi kerajaan (SPR, Polis, Mahkamah, Kehakiman).

Maka kita melihat pihak UMNO begitu gahirah menggunakan kuasa yang ada demi mmengekalkan kuasa sehingga berlaku amalan pemerintah fasis. Munasabahnya kerana fasis itulah, agama mereka tidak ikut, perlembagaan mereka tak patuh dan hak rakyat mereka rampas. Berlakulah seperti mana di Perak (rampasan kuasa) menggulingkan kerajaan yang dipilih secara sah.

Pengalaman Kelantan

UMNO turut melakukan kezaliman terhadap rakyat Kelantan yang boleh dianggap fasis. Sejak 1990, sebaik sahaja PAS mentadbir Negeri Kelantan, hak-hak dan lunas federalisme mereka langgar. Mereka lambatkan pemberian Wang Geran Tahunan yang termaktub dalam perlembagaan. Sehingga kini sebanyak 118 projek pembangunan untuk Negeri Kelantan telah disekat dan dibekukan. Pernah suatu ketika pemimpin Umno mengaku di dalam Dewan Negeri, bahawa merekalah yang menyekat dan menangguhkan projek-projek yang telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia.

Atas karenah fasis itu, sehingga kini Kerajaan Negeri telah dinafikan lebih daripada RM 200 juta kerana pemimpin UMNO tidak membayar Wang Royalti Minyak. Maka kita bertekad menuntut hak Wang Royalti Minyak dan pada bulan lepas Kerajaan Negeri telah membuat tuntutan melalui Mahkamah agar Petronas dapat membayar wang itu kepada Kerajaan Negeri. Kami yakin dengan pertolongan Allah SWT, bahawa apa yang kami lakukan demi melaksanakan amanah Allah untuk menentang fasis dan ke arah mewujud keadilan untuk semua.

Fasisme akan berkubur, yakinlah

Perlulah diyakini bahawa fasisme dalam apa jua bentuk sebenarnya sedang menuju kepada kehancuran. Kesedaran rakyat dan tahap celik maklumat yang dimiliki semakin menyusahkan UMNO dan BN - pemerintah yang fasis. UMNO mesti dihalang untuk terus memperkudakan nilai-nilai keadilan yang sepatut dinikmati oleh rakyat. Hari ini, fasisme yang pernah wujud di dalam sejarah dan sering dirujuk kepada pemerintahan Mussolini di Itali telah lama berkubur, tetapi benihnya mengakar dan berkembang ke seluruh dunia dalam pelbagai bentuk. Penafian hak-hak untuk berpolitik secara demokrasi yang telus juga termasuk di dalam kategori fasis. Demikian juga laungan-laungan perkauman yang melampau serta seruan-seruan rasis juga boleh membawa kepada amalan berteraskan fasisme.

Apa yang utama kini, masyarakat perlu dipertingkatkan kesedaran untuk menentang amalan fasis yang dibawa oleh UMNO dan BN. Kebenaran pasti akan terserlah. Umpama gelap pekat pada waktu malam, ia akan berakhir apabila terbitnya matahari. Natijahnya, fasisme ialah tiang kezaliman yang sedang reput dimamah anai-anai, ia akan tumbang bila tiba masa dan ketikanya.

Sekarang, masanya untuk Pakatan Rakyat memperkasakan gerakan memberi kesedaran kepada rakyat dan semua lapisan pengundi - di bandar, luar bandar dan pendalaman. Di sana-sini sudah ada tugas masing-masing pemimpin, dan pemimpin seharusnya membuktikan integriti dengan menunjukkan kepimpinan berakhlak berteraskan agama. Jangan sesekali mengenepi ajaran agama. Sebagaimana agama Islam meletakkan tanggungjawab ke atas setiap pemimpin, maka akan disoal di akhirat kelak atas kepimpinannya ke atas rakyat yang dipimpinnya.

Sekian.

(1) Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007, Kamus Dewan Edisi Keempat, Kuala Lumpur, hal. 408.
(2) Ibid.

*Artikel ini dibentang dalam Forum "Menentang Pemerintahan Kuku Besi, Kuburkan Rejim UMNO" anjuran Jawatankuasa Kerja Sahabat SUARAM (FOS) Johor pada 17 Oktober 2010.

- merdekareview

Friday, March 12, 2010

Minda Tok Guru - PR ruang PAS sampai kebaikan Islam

Mungkin ada di kalangan kita umat Islam tertanya-tanya mengapa PAS menolak perpaduan dengan UMNO sedangkan majoriti pemimpin UMNO dan ahlinya orang Islam. Sebelum kita meneruskan persoalan ini, pernahkah kita tanya atau terfikir mengapa UMNO sejak merdeka lagi beriman dan beramal dengan sistem sekular Kristian yang memisahkan agama dengan politik. Dan fatwa Ulama' Muktabar menegaskan barangsiapa yang memisahkan agama dengan politik, maka kafirlah orang itu. UMNO bukan setakat berkiblatkan sekular, malah menolak Hudud. Jelas di sini, pemimpin UMNO sebenarnya lebih jahat dari bukan Islam. Yaitu munafiq.

Disebabkan kita telah lama disekularkan UMNO sejak lahir, maka kita sendiri tanpa sedar sudah jauh menyimpang dari ajaran Al-Qur'an dan Sunnah. Kita hanya faham Islam secara ikutan, bukan berdasarkan ilmu yang sebenarnya. Sebab itulah UMNO dengan begitu mudah menyesatkan kita dengan fahaman sesat sekular ini.

Kenapa kita perlu marah bila ada orang kata UMNO kafir ? Cuba tanya diri sendiri, tak kafir lagikah namanya jika mengaku diri Islam tapi dengan nyata menolak sebahagian besar Al-Qur'an. Tolak Hudud, menghalalkan judi (keluarkan lesen), menghalalkan riba' (sistem kewangan konvesional), menghalalkan arak (keluar lesen), menggalakkan maksiat dengan memberi ruang seluas-luasnya kepada program hiburan, memberi lesen pusat hiburan, menghalalkan rasuah, merompak harta rakyat dan pelbagai macam jenis kerosakan yang diredhai oleh UMNO.

Lepas tu UMNO tuduh pulak PAS lebih suka berkawan dengan golongan kafir DAP bila PAS menolak perpaduan dengan mereka. Tuduhan seumpama ini menampakkan lagi kebodohan UMNO sendiri. UMNO lupa yang mereka bergabung dengan MCA, MIC dan Gerakan tu tak salah pulak. Malah PAS tak pernah sebut pun.

Punya celakanya UMNO ni bila mana mereka dengan sengaja memberikan gambaran yang salah tentang Islam pada rakan komponennya. Rakan komponen ditakut-takutkan dengan Hukum Hudud agar terus membenci PAS. Kecelakaan UMNO ini terbongkar bila rombongan Wanita MCA membuat lawatan ke Terengganu sewaktu PAS memerintah dulu. Setelah mendengar penjelasan MB TG Hj Hadi tentang Negara Islam dan Hudud, lalu Wanita MCA berpuashati dan mengakui bahawa mereka tiada masalah jika Islam dan Hudud dilaksanakan dalam negara. Juga mendedahkan selama ini UMNO telah menipu mereka tentang Negara Islam dan Hudud yang akan dilaksanakan oleh PAS.

Seterusnya, mari kita selami dan fahami minda TG Nik Aziz mengapa PAS bersama Pakatan Rakyat.

Dua tahun Pakatan Rakyat — Nik Abdul Aziz Nik Mat

Selama ini kita tidak berfikir untuk menyebar Islam kepada bukan Islam.

Selama ini tok-tok guru pondok kita hanya menyebar Islam sesama orang Islam.

Meskipun PAS menolak pendekatan perpaduan dengan Umno, bukan bermakna PAS mengenepikan tanggungjawab menyebar Islam.

Sebenarnya, perpaduan melalui Pakatan Rakyat telah membuka ruang bagi PAS menyampaikan kebaikan Islam kepada pemimpin dan ahli parti Pakatan Rakyat yang bukan Islam.

Sebaliknya, PAS ada alasan dan sebab-musababnya kenapa menolak perpaduan dengan Umno. Antaranya,

1) Perjuangan Umno sebenarnya amat dhalalah (sesat sesesatnya), kerana menolak Islam dan mengasingkan politik dengan agama. Kesan menolak Islam itulah, banyak pihak tidak faham Islam, termasuk rakan kita yang bukan Islam.

2) Tindak tanduk Umno jelas mengkhianati perjuangan Islam, khususnya terhadap PAS. Berpandukan pengalaman lepas, PAS pernah membuat persetujuan masuk BN, maka ada yang menyokong dan menentang, sehingga ada kecelaruan dan munculnya golongan yang menentang kemasukan PAS dalam BN, seperti mana munculnya Bebas Bersatu sebagai serpihan PAS.

Akibatnya lagi muncul pula Berjasa ketika PAS diambang kekalahan selepas diganyang Umno melalui peristiwa darurat 1977. Semuanya adalah nilai dan kesan pengorbanan besar PAS atas semata-mata ingin bersama Umno.

Namun, pengorbanan itu tidak dihargai oleh Umno. Malah, PAS telah ditendang keluar. Ia sungguh perit bagi PAS untuk berbaik semula dengan Umno atau masuk balik BN.

3) Oleh sebab itu, PAS rela dan menyatakan komitmen tinggi bersama mengukuhkan perpaduan Pakatan Rakyat.

4) Begitu pula, semenjak pilihan raya umum 2008 lalu sampai ke hari ini, Umno menuduh PAS sebagai boneka DAP. Sedangkan apa yang berlaku di Pulau Pinang sebelum ini, Umno yang mendapat kuasa majoriti.

Pun begitu, pemimpin parti Gerakan yang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Jelas, dalam keadaan itu, meletakkan kedudukan Umno sebagai parti yang menjadi kuda tunggangan (boneka) parti Gerakan.

Di samping tidak kurang pula, ada sejumlah kerusi yang sepatutnya Umno bertanding (di kawasan majoriti Melayu), tetapi secara tidak beradab telah menyerahkan kepada pemimpin Gerakan, MCA dan MIC bertanding dengan alasan, kononnya ia simbol permuafakatan kuasa dalam BN.

5) Sekarang PAS dilihat berjaya bersama Pakatan Rakyat. Ia suatu perkembangan baik, memandangkan dulu PAS sendiri rela tidak berkawan dengan DAP, kerana ada pemimpinnya yang menyerang Islam. Sebaliknya sekarang, para pemimpin DAP termasuk Karpal Singh tidak lagi menyerang Islam.

Malah berlaku perkembangan yang agak baik apabila sudah ada kalangan pemimpin Pakatan Rakyat (termasuk DAP) sudah mula pandai baca Al-Quran dan kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan DAP di Pulau Pinang sudah berani berikrar mengambil contoh gaya pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. Sedangkan Gerakan, MCA dan MIC begitu lama (sejak merdeka) bersama Umno dalam BN, mereka itu tetap tidak faham-faham agama Islam.

Jadi, bersempena dengan dua tahun usia Pakatan Rakyat ini, sukacita kiranya para pemimpin dan pendukung perjuangan Pakatan Rakyat dapat menguatkan lagi tekad ke arah membina perpaduan dan persefahaman serta keyakinan agar terus utuh di atas prinsip keadilan untuk semua rakyat.

Ini kerana prinsip tersebut adalah sejajar dengan ajaran Islam yang mengutamakan keadilan untuk semua kaum di negara.

Sehubungan dengan itu, demi mengukuhkan lagi Pakatan Rakyat dan bagi mempersiapkan diri mendepani banyak lagi cabaran mendatang, maka pihak PAS sewajarnya mengadakan satu seminar atas isu “hak-hak bukan Islam di dalam pemerintahan berteraskan Islam” bersempena Muktamar PAS akan datang.

Ada baiknya seminar itu dapat menjadikan tulisan As-Syeikh Dr. Yusoff al-Qaradhawi, bertajuk “Ghairul muslimin fil mujtama’ul-Islami” sebagai bahan rujukan penting untuk perbincangan. Mungkin dengan penganugerahan tokoh Maal Hijrah 1431 oleh kerajaan Malaysia kepada as-Syeikh Dr. Yusoff adalah suatu titik persetujuan awal kita bagi menerima idea-idea baik daripada beliau untuk difahami dan diamalkan dalam kerajaan.

Sekaligus ia boleh diajak bersama para pemimpin politik bukan Islam menyertai seminar tersebut.

Sebenarnya, melalui seminar sedemikian, PAS boleh melakukan pendekatan yang baik dalam menghubungkan kefahaman antara pemimpin Islam dengan bukan Islam. Di samping PAS tidak seharusnya lupa terhadap jasa dan pengorbanan para ulama’ dan pemimpin Islam terdahulu.

Dan sesungguhnya, pemimpin PAS sekarang begitu terhutang budi kepada para ulama’ terdahulu, kerana berkat hasil usaha mereka jugalah, sekarang ‘orang Kelantan’ sudah berada di mana-mana sahaja dalam pelbagai sektor pembangunan Negeri dan Negara.

Dan, apa yang telah dilaksanakan di Kelantan hari ini adalah suatu simbol kejayaan politik Pakatan Rakyat. Maka, PAS dan kerajaan Kelantan hari ini sudah membuat banyak penambahbaikan kepada kedudukan dan kefahaman Islam itu sendiri. Ia turut merangkumi kehendak politik rakyat pelbagai kaum.

Semuga akan datang, akan lahir kalangan pemimpin Islam yang mewakili pelbagai kaum — kalangan orang Cina atau India — layak menyambung sejarah Islam. Ini kerana sejarah awal Islam membuktikan orang Cina dan India terlebih dahulu menerima Islam daripada orang Melayu. Ia bermakna, orang Cina dan India layak dan mustahak turut sama menyebarkan Islam di negara ini.

Apa yang utama, penglibatan semua kaum dalam politik dan dakwah akan menyuburkan lagi nikmat persaudaraan di sebalik Allah Subhanahu wa taala jadikan manusia itu pelbagai kaum. Firman-Nya,

Maksudnya, “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu). [al-Hujuraat, 49: 13]

Semuga amalan dan kebajikan yang kita lakukan mendapat keredhaan Allah Subhanahu wa taala. Panjang usia Pakatan Rakyat, panjanglah keadilan untuk semua rakyat.

Salam Juma'at

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger