Wednesday, March 3, 2010

Najib lancarkan 'Shopping Spree' beli MP PR

Bila Anwar sebut PM Najib dan bininya Rosmah adalah orang yang bertanggungjawab di sebalik tindakan MP PKR yang melompat ni, sebenarnya dakwaan Anwar adalah benar. Lelaki di sebalik 'shopping spree' untuk membeli Ahli Parlimen pembangkang ialah Hamdan, sepupu Najib sendiri, yang telah diberi IPP Kudat sebagai 'cash cow' untuk membiayai pembelian ini.

Pembelian MP Pakatan Rakyat secara besar-besaran sedang berjalan masa ini. Dijangka MP dari PKR menjadi sasaran utama UMNO ekoran beberapa kejayaan sebelum ini membeli 5 ekor 'katak puru'. Jamaludin Md.Razi, Osman Jailu, Dato' Zahrain, Mohd.Fairus dan Tan Tee Beng.

Sebelum ni saya ada sebut segala alasan yang diberi oleh mereka yang keluar PKR hanyalah rekaan semata-mata demi nak tutup pekong sebenar. Tuduh Guan Eng tak bela Melayu dan meminggirkan wakil rakyat PKR. Cakap kepimpinan PKR lemahlah dan seribu macam lagi alasan untuk bela diri sendiri yang sebenarnya bermasalah.

Nah ! akhirnya terdedah juga... Rupanya antara wakil rakyat PR yang paling lumayan dapat 'habuan' kerana melompat ialah Hee Yit Fong, Adun DAP Perak yang meninggalkan partinya dibayar RM25 juta kerana peranan beliau untuk menjatuhkan kerajaan negeri Perak.

Manakala Tan Tee Beng, MP PKR yang baru saja meninggalkan parti itu hanya dapat RM 2 juta je. Rupanya Tan Tee Beng ni memang ada masalah peribadi yang kronik. Dia ada hutang judi dan 'along'. Dengar ceritanya along sampai 'berkhemah' di luar rumahnya untuk menagih hutang. Nampaknya si Tan Tee Beng ni tiada pilihan melainkan menerima saja 'tawaran' daripada UMNO.

Woh.. bahaya beb, kalau dah sangkut dengan along ni nyawa sendiri dan keluarga boleh terancam. Inilah yang menyebabkan MP PKR Tan Tee Beng tak boleh tahan lagi.

Dan seorang lagi MP dari DAP dijangka akan turut mengikut jejak langkah 5 'katak puru' ni.

Masalah Wee Choo Keong (MP Wangsa Maju) ni lagi besor dan rumit. Melibatkan 2 orang perempuan simpanan dan seorang darinya dah melahirkan anaknya. Choo Keong juga berhadapan dengan masalah tindakan undang-undang melibatkan pinjaman berjumlah RM35 juta dengan Ambank dan kalau ini boleh diselesaikan 'di luar mahkamah', maka MP Wangsa Maju ini akan menjadi orang yang seterusnya sebagai Ahli Parlimen bebas dalam waktu yang terdekat.

Pembelian untuk persempadanan semula

Projek besar-besaran UMNO ini diihat sebagai langkah untuk mendapatkan kembali sokongan dua pertiga dalam Parlimen bagi membolehkan proses persempadanan semula kawasan pilihanraya dibuat sebelum menjelang PRU13.

Akhbar Singapura The Straits Times melaporkan

BN memerlukan 148 kerusi untuk dua pertiga mejoriti. Dengan sokongan sedia ada 3 MP Bebas (Zahrain, Ibrahim Ali dan Tan Tee Beng), ianya jelas menuju ke arah itu dengan hanya memerlukan penyeberangan 8 orang lagi MP Pakatan Rakyat. Majoriti dua pertiga ini bukan setakat pendorong psikologi, tapi ia juga perlu untuk melancarkan perjalanan pilihan raya akan datang yang dijangka pada tahun depan.

UMNO memang perlukan sangat majoriti dua pertiga bagi membolehkan proses persempadanan semula mendapat kelulusan Dewan Rakyat. Sebenarnya Najib cukup takut la ni dengan pengaruh Pakatan Rakyat di seluruh negara. Jadi, bagi memastikan UMNO/BN terus memerintah selepas PRU13, maka cara terbaik dengan membuat penipuan melalui proses persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Bila Anwar sebut PM Najib dan bininya Rosmah adalah orang yang bertanggungjawab di sebalik tindakan MP PKR yang melompat ni, sebenarnya dakwaan Anwar adalah benar. Lelaki di sebalik 'shopping spree' untuk membeli Ahli Parlimen pembangkang ialah Hamdan, sepupu Najib sendiri, yang telah diberi IPP Kudat sebagai 'cash cow' untuk membiayai pembelian ini.

Komisyen yang Hamdan dapat dari IPP Kudat ni berjumlah RM50 juta. Dan duit RM50 juta ini juga akan digunakan untuk membayar Ahli Parlimen pembangkang yang sedia untuk melompat. Hamdan berkerja rapat dengan SB Polis dan Perisik Tentera. Orang hubungannya di Bukit Aman adalah Akril Sani sementara dalam Perisikan Tentera ialah Datuk Salleh.

Malangnya Hamdan dah buat silap bila berhubung dengan 'orangnya' di SB Polis dan Perisikan Tentera dengan menggunakan telefon bimbitnya sendiri. Justeru, pihak pro PR berjaya mengesan panggilannya dan mengetahui apa yang dibuat selama ini.

Itulah aku dah kata UMNO ni memang celaka laknat. Habis dikerjakan duit pembayar cukai untuk membuat 'pembelian terkutuk' ni.

Habis... duit rakyat dikerjakan oleh pasangan iblis No.1 negara.

Salam jam 12.10 tengah malam

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger