Thursday, March 18, 2010

Ugutan Menteri bodoh UMNO nak tutup pekong

Mana-mana pemimpin yang berwibawa, mereka akan memastikan segala amanah rakyat yang dipikulnya akan dilaksanakan secara penuh dedikasi, amanah dan berintegriti. Apatah lagi tanggungjawab yang dipikul itu bukan setakat menjadi wakil rakyat tapi sebagai Menteri. Sudah tentu besar amanah yang terbeban di bahu.

Begitulah juga dalam soal keselamatan negara, sudah tentu Perdana Menteri, Menteri Pertahanan, Menteri Dalam Negeri dan seluruh anggota kabinet bertanggungjawab penuh atas keselamatan negara dari pelbagai jenis ancaman musuh dalaman maupun luaran. Jangan kita pandang soal keselamatan negara ini dalam skop yang sempit. Walhal ianya merangkumi segenap aspek bagi sesebuah negara.

Persoalannya, apakah tanahair ini benar-benar selamat ? Adakah susanana 'aman' yang sedang dinikmati pada hari ini boleh dijadikan sebagai kayu pengukur yang mana tahap keselamatan negara kukuh dan kebal ?

Zahid Hamidi tak usah nak mengugut dengan kenyataan bahawa kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang cuba menjejaskan sistem pertahanan negara termasuk menggunakan Dewan Rakyat untuk membocotkan maklumat ketenteraan demi kepentingan masing-masing. Kenyataan ini dibuat sewaktu menjawab soalan MP Kinabatangan dalam Parlimen semalam.

Bagi saya kenyataan 'paling bodoh' ini sebenarnya ditujukan kepada MP Pembangkang yang dilihat banyak mendedahkan segala penyelewengan yang berlaku dalam Kementerian Pertahanan sejak zaman Najib di Kementerian Pertahanan lagi.

Kita nak tanya beberapa soalan ;

- Selama ini siapa yang perintah negara ? UMNO atau Pakatan Rakyat ?

- Bagaimana boleh berlaku kecurian enjin jet F-5E sehingga berjaya dibawa lari sampai ke Uruguay ?

- Kenapa begitu mudah ratusan ribu pendatang tanpa izin boleh masuk ke Malaysia melalui perairan kita ?

- Kenapa sejak dulu lagi penyeludupan dadah ke dalam negara tidak dapat diatasi ?

- Bagaimana seorang KPN boleh menjaga kepentingan sendiket pelacuran, perjudian, dadah, ah long dan kongsi gelap ?

- Mengapa begitu mudah nilai Ringgit Malaysia menjunam jatuh dalam krisis 1998 ?

- Kenapa kerajaan UMNO diam saja bila Vincent Tan menjual 33 peratus sahamnya di dalam U Mobile kepada Syarikat Telekomunikasi Singapura (STT) dengan nilai RM625 juta ?

- Kenapa bekas PM Singapura Lee Kuan Yew boleh cakap "Dengan SGD 300 juta, saya boleh beli keseluruhan UMNO ?"

Beberapa fakta di atas sudah cukup membuktikan kepada kita yang 'dinding' keselamatan negara sudah lama roboh. Cumanya belum diserang dengan senjata je.

Kita sendiri boleh lihat betapa bodohnya puak-puak celaka Menteri UMNO ni. Ooops... saya terlupa pemimpin jahat dan bodoh memang dipilih oleh penyokong yang serupa.

Bila kita bercakap soal keselamatan negara, bukan setakat melibatkan sistem pertahanan dan peralatan ketenteraan negara saja malah lebih daripada itu. Ianya melibatkan semua aspek termasuk sistem pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi, kewangan, telekomunikasi, undang-undang, keselamatan dalam negeri dan kesejahteraan rakyat.

Mengapa pemerintah negara Cina hari ini mengarahkan seluruh pakar Software Developer tempatan mencipta sendiri perisian Operating System mereka sendiri bagi menggantikan OS Windows yang sedia ada ? Tujuannya adalah menjaga keselamatan negara. Sejak Cina berjaya menjadi salah sebuah gergasi baru ekonomi dunia, mereka tidak mahu pada masa akan datang sistem maklumat keselamatan, ekonomi dan kewangannya mudah diceroboh oleh pihak musuh khususnya Amerika. Justeru, mereka perlu membangunkan sendiri Sistem Operasi komputer dalam negara mereka.

Samada kita percaya atau tidak, semua rahsia negara kita ada dalam kocek kerajaan Singapura termasuklah soal kekuatan sistem pertahanan. Sebab itulah Singapura tidak pernah takut dengan kerajaan Malaysia di bawah UMNO celaka.

Mari kita bandingkan secara kasar di sudut peralatan ketenteraan antara Malaysia dengan Singapura. Memang saya bukan tentera tapi kita boleh dapat maklumat tentang kecanggihan peralatan tentera Singapura di website.

Negara kita ada 2 biji kapal selam, 8 buah jet F-18 Hornet, 18 biji Sukhoi, 16 biji MIG-29, kereta kebal Scorpion (bila tembak boleh terbalik), helikopter buruk Nuri (dah mengorbankan banyak nyawa), beberapa biji kapal perang Navy yang banyak dibeli second-hand. Hanya beberapa buah saja yang baru tapi tiada kualiti.

Singapura pula memiliki 2 pesawat AWACS, 2 biji pesawat F-117 Stealth yang tidak boleh dikesan radar, 143 buah jet pejuang pelbagai jenis seperti F-15S, F-16, F-5S, helikopter tempur Apache, 80 buah helikopter pelbagai tugas, beberapa buah kapal selam, aramda kapal Navy yang canggih, 162 biji kereta kebal Leopard dan pelbagai peralatan yang serba canggih. Sebenarnya singapura banyak merahsiakan tentang maklumat peralatan ketenteraannya yang terkini.

Memang saya tak nafikan dari segi kecekapan tentera darat, Singapura masih ketinggalan dengan Malaysia. Anggota tentera kita lebih handal dan cekap.

Yang membimbangkan kita, kaedah perang abad 21 ini lebih bergantung kepada kemampuan dan kecekapan peralatan yang dimiliki. Ringkasnya, Malaysia memang jauh ketinggalan di sudut peralatan ketenteraan dengan Singapura. Dahlah majoriti anggota tentera kita yang Islam bukannya dari golongan yang benar-benar kuat iman. Bukan nak tuduh tapi boleh nilai sendiri. Pendek kata, kalaulah berlaku perang... habis kita yop dikerjakan Singapura. Dan hari ini pengkalan tentera Amerika di Singapura hampir siap.

So, Zahid Hamidi yang pernah pukul anak orang ni... jangan cuba nak ugut mana-mana pihak yang cuba bocorkan maklumat pertahanan negara. Si Zahid kena sedarlah... sebenarnya UMNO yang meletakkan negara dalam bahaya. Tak usah nak menuding jari kepada pihak lain sedangkan diri sendiri yang buat salah.

Bodoh punya orang... Negara dah nak lingkup dek segala penyelewengan dan kerakusan kamu, itu pun masih nak mendabik dada merasakan diri pandai memerintah.

Patutlah Lee Kuan Yew cakap boleh beli UMNO dengan harga SGD300 juta.... sebab dia tahu seluruh pemimpin UMNO manusia hapraq dan bodoh. Boleh dibeli bila-bila masa saja.

Berikut adalah link maklumat kelengkapan tentera antara Malaysia dan Singapura. Sila bandingkan sendiri.

Tentera Darat Malaysia dan Singapore Army, TUDM dan RSAF, TLDM dan RSN.

Salam pagi Khamis.

1 comment:

Unknown said...

en blogger jangan kata semua askar dimalasia kurang iman, ini menyinggung prasaan semua anggota tentera malaysia. hati2 dalam menulis

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger