Monday, March 29, 2010

Waspada ! Sentimen perkauman digendang semula....

BERHATI-HATI dengan sentimen perkauman 'ala Nazi' yang sedang 'digendang' oleh Perkasa ketika ini. Beberapa kenyataan yang dibuat begitu jelas mahu 'menyalakan' semula api perkauman dalam negara. Antaranya 'Jangan tunduk desakan, ugutan parti Cina'.

Begitu jelas kebodohan Ibrahim Ali dan Perkasa pimpinannya. Si Raja Katak dan barisan pimpinan Perkasa harus sedar dirilah sikit. Jangan asyik mengekploitasi isu Melayu tak habis-habis. Dah 52 tahun beb orang Melayu masih dok takuk lama. Jika UMNO sendiri yang mendakwa dirinya sebagai pembela Melayu pun boleh mengkhianati bangsa sendiri, inikan pula sebuah NGO yang terhegeh-hegeh nak tunjuk jantan nak bela Melayu. Geli geleman hamba tengkok drama meloya ni.

Apakah selama ini Perkasa buta mata hati atau sengaja buat bodoh ? Lupakah mereka siapa yang memerintah negara sejak merdeka ? Persoalannya ;

- Apa yang kamu buat sewaktu Mahathir Mohamed membuang biasiswa anak Melayu dan Bumiputera sedangkan ianya dijamin oleh Perlembagaan ?

- Apa yang kamu buat bila ramai anak orang Melayu dimurtadkan ?

- Mengapa kamu berdiam diri bila UMNO merampas hak royalti minyak rakyat Terengganu dan Kelantan sedangkan lebih 80% penduduk kedua-dua negeri ini orang Melayu.

- Kenapa senyap bila para peneroka Felda ditipu ?

- Di mana kamu dalam isu setinggan ?

Udah-udahlah tu. Tak usah jadi sang munafiq. Perjuangan bangsa tiada dalam kamus Islam.

Pelik sungguh aku melihat telatah si Raja Katak ni. Nak kata bodoh, belajar sampai universiti. Nak kata bebal, pernah jadi Timbalan Menteri. Yang dok sibuk tak habis-habis dengan sentimen perkauman ni pasal apa ? Apakah Ibrahim Ali dah hilang pedoman atau memang gila kuasa kerana dah mula merasakan karier politiknya di Pasir Mas akan terus berkubur selepas ini.

Bukannya si Ibrahim Ali tak tahu yang umat Melayu hari ini jauh ketinggalan dalam segala bidang dek perbuatan UMNO sendiri. Yang tak pasal-pasal nak marahkan parti orang Cina tu pasai apa ? Habis tu MCA dan Gerakan yang jadi rakan UMNO dalam BN tu bukan parti Cina ? Yang hang dok marah sangat dengan DAP tu pasal apa sehingga buat demo kat Penang bakar patung Guan Eng hanya kerana sebiji dua gerai Melayu yang tidak dibenarkan berniaga kerana tiada lesen dari PBT. Lepas tu tiada sebarang memorandum ditandatangani dan diserahkan kepada KM Penang. Kenapa tak berani turunkan signature ?

Kerajaan DAP-PR baru je 2 tahun memerintah, tapi bukan main lagi UMNO dan Perkasa mendakwa orang Melayu Pulau Pinang dipinggirkan oleh DAP. Kenapa hangpa tak menyalak sewaktu Gerakan-BN memerintah selama berbelas tahun ? Dan apa yang telah UMNO perbuat untuk bela Melayu Balik Pulau sepanjang tempoh itu ?

Isu sebenarnya bukan kerana Melayu tapi dek kerana hati sakit dan gila kuasa. UMNO/BN tak boleh terima hakikat rakyat Penang menolak mereka dalam PRU12.

Lebih menyiatkan hati para pemimpin UMNO bila mana kerajaan DAP-Pakatan Rakyat memerintah secara telus, amanah dan berintegriti. Segala projek kerajaan negeri dibuat secara tender terbuka dan banyak syarikat kontraktor Melayu yang berjaya dapat kerja. Tiada sebarang tol atau rasuah.

Umat Melayu perlu sedar dan insaf akan segala tektik kotor UMNO dan juga pecacainya Perkasa dalam 'memanaskan' semula sentimen perkauman ini. Segala tindak-tanduk Perkasa mutakhir ini sebenarnya tidak lebih daripada menjadi alat UMNO untuk memulihkan kembali sokongan orang Melayu terhadap parti itu dalam PRU13 nanti.

Sampai bilakah kita mahu terus diperbodohkan dengan permainan politik sempit ini ? Lupakah kita di mana saja negara dunia ini pasti terdiri dari pelbagai lapisan bangsa dan agama. Memang tak boleh dielakkan kerana ianya adalah Sunnatullah. Justeru, ianya tidak perlu dipersoalkan lagi.

Dalam konteks Melayu ketinggalan dalam segala bidang, kita nak salahkan siapa ? Kalau parti Cina yang memerintah dan orangnya jadi PM, bolehlah juga kita kata mereka sengaja mengenepikan orang Melayu. Persoalannya sekarang bukan mereka yang perintah negara sejak merdeka tetapi UMNO, parti Melayu hapraq. Patutnya marahlah kat UMNO, bukan pada parti Cina. Yang tak pasal-pasal melenting salahkan Cina tu pasai apa ? Bebal sungguhlah Perkasa ni macam kaptennya jugak.

Bukan setakat gagal, malah umat Melayu dan Bumiputera terus ditipu hidup-hidup dengan pelbagai aneka propaganda. Lebih malang lagi bila mana orang Melayu sendiri terus merelakan diri mereka diperalatkan semahunya oleh UMNO sehingga ke hari ini.

Yang pasti, tindakan Perkasa ini akan merugikan UMNO sendiri sebab umum melihat gelagat Ibrahim Ali dan NGO-nya hanyalah semata-mata untuk memberi 'nyawa' pada bosnya.

Kembali kepada Islam

Dalam sejarah tamaddun manusia, tiada bukti menunjukkan perjuangan bangsa ini mampu mencapai kejayaan hakiki malah akan mengundang permusuhan kaum dan peperangan. Sejarah pemerintahan Nazi-Hitler yang memusuhi Yahudi, akhirnya pupus begitu saja mengikut Hitler ke dalam kubur. Peperangan antara Bosnia-Serbia yang berpunca daripada permusuhan etnik dan berakhir dengan kemusnahan nyawa dan harta-benda. Begitu juga Dasar Apartheid di Afrika yang membezakan warna kulit sehingga menimbulkan api permusuhan yang begitu kuat dan berlaku pembunuhan namun ianya berkubur begitu saja. Dan banyak lagi bukti kegagalan fahaman dan doktrin Assobiyah ini. Semuanya gagal dan meninggalkan parut yang dalam.

Heran sungguh melihat Perkasa ni. Anggotanya semua Islam tapi sayang masih dok jahil gitu jugalah. Macam UMNO juga. Agaknya orang Perkasa ni sejak lahir masih dok tak faham Al-Qur'an dan Sunnah. Yang peliknya tu kalau dalam bab sambut Maulidul Rasul, bukan main lagi mereka berarak dan berselawat. Kalau di Johor sampai berbulan lamanya majlis sambutan ini dibuat di seluruh pelusuk masjid dan surau namun masih juga tak faham-faham apa yang Rasulullah S.A.W. perjuangkan sepanjang 23 tahun.

Apakah Perkasa lupa Al-Qur'an yang diturunkan oleh Allah merupakan panduan dan Undang-Undang lengkap bagi seluruh umat manusia di dunia ini. Dan Rasulullah sendiri diperakui oleh Allah sebagai insan yang tinggi budi pekertinya serta menjadi contoh ikutan yang terbaik. Segala tingkah-laku dan akhlak Baginda adalah Al-Qur'an.

Sapa yang dok ajar Perkasa ni perjuangkan bangsa ? Takkan dok tak sedaq-sedaq lagi segala kepincangan dan kelemahan bangsa Melayu hari ini berpunca daripada fahaman sesat Assobiyah bawaan UMNO sejak dulu lagi. Sebab itulah Allah SWT hinakan umat Melayu yang ada hari ini kerana terus-menerus bersama UMNO yang menolak Islam. Disebabkan dasar pemerintahan sekular Kristian yang menjadi pilihan majoriti orang Melayu di tanahair, maka terimalah saja akibat daripada kesalahan sendiri.

Janganlah dok menuding jari ke pihak lain sedangkan diri sendiri yang salah.

Kembalilah kepada Islam yang syumul, nescaya semua masalah akan sirna. Itulah janji Allah yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui.

Jazakallah.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger