Wednesday, March 10, 2010

TQ Polis kerana naikkan nama Mazlan dan ANAK !

Kalau orang pembangkang, cepat saja anak buah Musa Hasan ni bertindak ekoran satu laporan Polis yang menyebut Presiden ANAK, Mazlan Aliman menceroboh FELDA. Sejak bila pulak si Mazlan ni menceroboh Felda. Kalau diselami maksud ceroboh Felda ni, ianya melibatkan satu ketumbukan pasukan besar. Hebat juga si Mazlan dan 'bala tenteranya' menawan Felda di Pahang yang begitu luas. Patutlah Polis Diraja UMNO cepat bertindak kerana bimbang Panglima Mazlan dan hulubalangnya menawan Felda.

Rupa-rupanya 'dosa' Mazlan hanyalah mengadakan sesi dialog dengan peneroka semalam. Dan ini disebut sebagai penceroboh dalam laporan Polis yang dibuat oleh 'pecacai angkat najis' UMNO di Felda terbabit.

Aku tak faham jenis apakah manusia yang boleh tergamak buat laporan Polis terhadap seorang insan yang ikhlas mahu membela nasib peneroka. Apa yang Mazlan perjuangkan adalah hak-hak mereka yang semakin hari dirampas oleh golongan rakus dan pelahap di Kuala Lumpur sana.

Takkanlah sekerat dua kumpulan manusia pecacai ni tak boleh fikir secara rasional. Ini bukan persoalan PAS atau UMNO tapi ini masalah yang sedang dihadapi oleh golongan peneroka Felda di seluruh negara. Janganlah dek kerana fahaman sempit dan kuno UMNO itu hingga hilang pertimbangan waras dan tak boleh nak beza antara yang haq dan bathil.

Sebenarnya penahanan Mazlan ini bermotifkan politik ekoran laporan yang dibuat berserta bukti kepada SUHAKAM tentang penipuan Felda (salah satu cawangan UMNO).

Biasalah, di mana saja kawasan Felda memang ada orang UMNO yang kow-kow. Pendek kata kalau ditoreh lengannya, darah yang mengalir keluar akan membentuk lambang UMNO. Dan orang-orang inilah yang jadi 'pecacai angkat najis' kepada UMNO bagi menghalang sebarang usaha mana-mana pemimpin pembangkang yang ikhlas hati untuk memperjuangkan nasib dan hak anak-anak peneroka yang semakin hari dirampas dan ditipu secara halus.

UMNO juga takut segala penipuan dan penyelewengan mereka dalam Felda akan terus dibongkar oleh Mazlan dan ANAK. Dan yang paling menakutkan pimpinan UMNO bila mana dilihat majoriti warga Felda sudah semakin rapat dengan Pakatan Rakyat.

Bukan Mazlan saja, hatta kalau kita sendiri yang jadi anak peneroka, tentulah marah bila mana hak milik tanah keluarga di Felda akan hilang selepas ketiadaan orang tua kita. Tak kiralah apa jua fahaman politik, kita mesti mempertahankan hak milik bila mana ianya tergugat. Jangan diikut perangai samseng sekerat dua orang UMNO yang ada di Felda tu. Mereka ni jadi bebal kerana dapat sedikit 'habuan' berupa projek-projek kecil dan bolehlah dikira hidup senang sikit berbanding orang lain. Tapi mereka tak sedar perbuatan bodoh mereka itu menyebabkan anak-cucu berada di ambang kesusahan selepas ini.

Inilah negara jakun Malaysia di bawah UMNO. Segala rasuah dan penyelewengan mereka dilindungi oleh pihak berkuasa. Di mana saja usaha pihak pembangkang yang dilihat boleh menggugat pengaruh dan kuasa UMNO, maka di situlah juga Polis akan bertindak pantas sebagaimana yang dilakukan terhadap Mazlan.

Macam kes rasuah si Khir Toyo laknatullah. Yang ditahan dan disoal-siasat bukannya si bekas MB ni tapi si Lutfi Othman yang buat laporan kepada BPR pulak yang kena siasat.

Sspatutnya yang dilapor itu mesti disiasat. Manakala pelapor pula akan dipanggil sebagai saksi dalam perbicaraan. Tapi ini tak berlaku dalam negara sebab undang-undang rimba yang diguna-pakai.

Waima apa pun, penahanan Mazlan ni sebenarnya menaikkan lagi nama dan imej Mazlan dan ANAK yang dipimpinnya. Insya'Allah, jika takde aral melintang, rakyat akan menghantar Mazlan ke Parlimen dalam PRU13 nanti.

Berikut adalah berita tentang penahanan Mazlan.

"Selamatkan Hak Anak Peneroka"

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger