Friday, March 12, 2010

2 orang anak diancam murtad !!!

Terkedu hati saya bila Mahkamah Tinggi Ipoh menyerahkan hak penjagaan 3 orang anak yang Islam kepada ibunya yang beragama Hindu. Untuk yang seterusnya keputusan mahkamah telah memberikan 'kemenangan' kepada bukan Islam.

3 orang anak yang bernama Ummu Salamah 13 tahun, Abu Bakar 12 tahun dan Ummu Habibah 2 tahun, kesemuanya telah diIslamkan oleh bapa mereka Mohd Ridzuan Abdullah pada April 2009 apabila dia memeluk Islam.

Apa yang amat mendukacitakan bagaimana seorang Hakim beragama Islam boleh membenarkan permohonan ibu yang kafir untuk menjaga ketiga-tiga anak ini. Setakat ini hanya 2 orang saja yang tinggal bersama ibu mereka di Ipoh. Ummu Salamah dan Abu Bakar. Manakala yang bongsu tinggal bersama bapanya di Kelantan.

Kita sendiri boleh bayangkan bagaimana 2 orang anak yang Islam ini sedang berhadapan dengan ancaman murtad daripada ibunya yang Hindu. Sudah tentu si ibu tidak akan berdiam diri dan akan terus berusaha agar kedua anaknya ini kembali kepada agama asal mereka.

Semasa Hakim membuat keputusan semalam, 2 daripada 3 anak ini yang hadir. Yang bongsu, Ummu Habibah tidak dibawa oleh bapanya.

Sebelum ini Mahkamah Syariah telah mengeluarkan perintah hak penjagaan ketiga-tiga anak ini kepada bapa mereka yang Islam. Namun si ibu yang kafir mencabar keputusan Mahkamah Syariah ini di Mahkamah Tinggi Sivil Ipoh.

Akhirnya, keputusan semalam telah membatalkan keputusan Mahkamah Syariah.

Kenapa boleh jadi begini ?

Sebab sistem pemerintahan dan undang-undang sekular Kristian yang diguna-pakai oleh UMNO sejak merdeka.

Pernahkah kita terfikir bagaimana halus dan liciknya penjajah Kristian British sewaktu membuat draf Perlembagaan Tanah Melayu sebelum memberikan kemerdekaan pada tanahair. Penjajah sejak awal sudah merancang agar mana-mana negara umat Islam yang dijajah akan diberikan kemerdekaan secara percuma bila mana mereka begitu yakin orang yang bakal menjadi pemerintah di tanahair sendiri akan meneruskan segala agenda dan undang-undang mereka.

Dan inilah yang berlaku dalam negara kita. Memanglah dalam perlembagaan persekutuan ada dinyatakan bahawa Islam sebagai agama rasmi Tanah Melayu. Yang dimaksudkan agama rasmi di sini hanyalah terhad kepada upacara-upacara rasmi kerajaan yang mana kita sendiri boleh lihat ada bacaan doa' dilaksanakan. Itu saja.

Juga ada disebut, mana-mana undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan ini, maka secara automatik terbatal. Maksudnya, undang-undang Islam juga turut terbatal dengan sendirinya bila bercanggah dengan perlembagaan yang didraf oleh penjajah kafir laknatullah.

Sebab itulah keputusan Mahkamah Tinggi Sivil dalam kes ini boleh membatalkan keputusan Mahkamah Syariah.

Adakah Kita Turut Berdosa ?

Sebagai umat Islam, memang kita turut sama menanggung dosa besar bila mana kita terus redha dan membiarkan undang-undang sekular Kristian sebagai perlembagaan negara.

Disebabkan undang-undang toghut ini, Nur Aishah Hj Bukhari, Hartina Kamaruddin, Lina Joy dan 250,000 lagi orang Islam telah berjaya dimurtadkan oleh musuh.

Dan hari ini 3 orang anak yang Islam sedang menghadapi bahaya ancaman murtad akibat sistem yang ada dalam negara.

Kita wajib tegakkan Daulah Islamiyyah dalam negara. Anda sebenarnya tahu bagaimana caranya...

Semuga Allah melindungi Aqidah Ummu Salamah, Abu Bakar dan Ummu Habibah.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger