Wednesday, March 3, 2010

Sorang lagi MP PKR keluar parti....

Alfulus sufid dunya, wal mampus fil akhirat... Duit punya pasal, manusia sanggup buat apa saja. Tipu orang, bunuh orang, jual maruah diri, khianat kawan dan yang paling dahsyat lagi hingga ada yang murtad. Dan termasuklah juga dalam kes lompat beberapa kerat Ahli Parlimen pembangkang. Dan hari ini seorang MP PKR mengumumkan keluar parti. Mohsin Fadzli Samsuri, 65 tahun. Dah tua pun tapi masih tak boleh tahan dengan habuan jutaan ringgit. Seperti biasa alasan yang diberi sudah kita jangka. Tidak puashati dengan kepimpinan parti atas isu itu dan ini....

Sehingga tarikh 3 Mac ini, sudah 3 MP PKR lompat jadi bebas (lepas tu join UBN). Dato' Zahrain (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai).

Inilah padahnya jika Anwar tidak berhati-hati dalam membuat pemilihan calon-calon partinya dalam PRU12. Di tambah pulak PKR itu sendiri merupakan sebuah parti yang tiada Aqidah perjuangan. Hanya bergantung penuh pada semangat dan faktor Anwar itu sendiri. Semangat bila-bila saja boleh luntur. Tak usah sembanglah soal prinsip perjuangan dengan manusia '3 katak puru' ni. Mereka ni sebenarnya bukan 100% ikhlas berjuang untuk rakyat tapi lebih kepada kepentingan peribadi sendiri.

Kalau nak dikira dari sudut logiklah... mereka dah jadi Ahli Parlimen atas undi rakyat di kawasan masing-masing. Ada beberapa keistimewaan yang mereka dapat sebagai MP. Elaun lebih kurang RM 7,000 sebulan, diberi 1 permit AP dan lesen senjata. Apa nak lagi. Sepatutnya jalankanlah tugas sebagai wakil suara rakyat di Dewan Rakyat. Bukannya dok sibuk buat masalah dalam Pakatan Rakyat.

Kalau nak keluar PKR, mereka bertiga wajib letak jawatan sebagai Ahli Parlimen juga sebab rakyat mengundi mereka atas tiket PKR dan Pakatan Rakyat. Bukan sebagai calon bebas. Di sudut syarak, haram hukumnya mereka mengambil elaun Parlimen setelah keluar dari PKR dan mengistiharkan diri sebagai bebas.

Hanya Perlu 7 orang lagi

Setakat ni UMNO dah ada 4 orang MP bebas termasuk Ibrahim Ali alkataki. Hanya perlu 7 orang lagi bagi mencukupkan jumlah dua pertiga majoriti (148 kerusi). PKR dab DAP perlu bertindak segera bagi memastikan tiada lagi calon mereka yang nak lompat si katak lompat. Kalau tidak, memang padah besar akan menimpa Pakatan Rakyat dalam PRU13 nanti.

Anwar kena ingat, jika gerakerja partinya tidak tersusun sebagaimana binaan yang kukuh, percayalah PKR akan lenyap dari persada politik tanahair selepas PRU13. Lihat saja bagaimana orangnya begitu mudah diumpan dengan duit oleh UMNO. Jangan diingat tidak ada lagi MP PKR yang akan lompat selepas ini.

Bukan diminta tapi bila melihat senario 'menyeberang' oleh MP PKR mutakhir ini, nampak gayanya bukan setakat 10 orang yang akan keluar PKR malah lebih dari itu. Kita sama-sama tunggu dan lihat.

Sebelum tu, aku nak pesan sikit kat Anwar agar bersihkan hati dulu dari perasaan yang tak baik terhadap Islam. Anwar perlu insaf betapa Allah Maha Mengetahui apa yang tersirat dalam hatinya.

Jazakallah.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger