Monday, March 8, 2010

PKR akan berkubur ?

In person, sejak awal lagi aku dah jangka PKR akan berhadapan dengan pelbagai masalah. Inilah akibatnya jika dasar partinya membelakangkan Islam. Dan aku sendiri memang tak berapa berkenan dengan PKR ni dalam banyak aspek. Dan perlu diingat barisan kepimpinan PKR ini terdiri dari pelbagai fahaman. Ada berfahaman sekular, sosialis, pragmatis, nasionalis, liberal, orientalis dan entah apa jadah lagi fahaman yang bertentangan dengan Islam.

Aku ni bukanlah pandai sangat 'membaca' politik. Juga tak sehebat MSO dan para pimpinan politik tanahair. Juga tak secekap para penganalisa dan pakar-pakar strategi politik yang ada. Namun setiap blogger Pro PR berhak menyuarakan pandangan masing-masing. Bak kata orang, lain orang lain pulak persepsinya namun matlamat mereka satu yaitu mahu mengajak seluruh warga Malaysia melakukan perubahan dalam PRu13 nanti.

OKlah... kang kalau terlampau berjela aku punya induksi, boring pulak orang nak baca.

Jom kita flashback balik ribut yang melanda PKR sehingga ke hari ini. Setakat ini sudah 3 ADUN dan 3MP mereka belot. Yang paling menyakitkan sehingga Perak hilang dari genggaman Pakatan Rakyat ekoran tindakan 2 ADUN-nya.

Dan 2 hari lepas, kita dikejutkan dengan keputusan PKR memecat Zul Noordin dari parti ekoran tindakannya membuat laporan Polis terhadap MP PAS Shah Alam, Khalid Samad. Laporan Polis itu dibuat ekoran tindakan Khalid Samad yang meminta pindaan dibuat terhadap Enakmen Undang-Undang Islam Selangor berhubung penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Secara peribadi, aku sendiri pun tak setuju dengan tindakan Zul buat laporan Polis tu. Tindakan ini memang tak wajar sama-sekali sebab dilihat kurang bijak dan lebih didorong kepada emosi. Sepatutnya sebagai seorang peguam dan Ahli Parlimen, Zul patut menunjukkan kematangan dan mengambil pendekatan yang lebih hikmah walaupun mungkin biat dia ikhlas mahu pertahankan Islam.

Segala masalah ini bermula apabila Mahkamah Tinggi KL membenarkan Herald, akhbar mingguan Katholik menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya.

Dan kita sendiri boleh lihat pelbagai versi kenyataan dibuat oleh pemimpin politik, NGO, Ulama' dan individu berkaitan isu kalimah Allah ini.

Persoalannya sekarang, apa perlunya PKR bertindak 'bodoh' memecat Zul Noordin dari parti dalam keadaan parti sendiri sedang bermasalah ekoran beberapa wakil rakyatnya bertindak keluar dan menjadi bebas. Lepas itu mengarahkan peguam ni agar segera mengosongkan kerusi Parlimen Kulim Bandar Baru yang dimenanginya

pada 8 Mac 2008. Dan PKR tidak berhak meminta Zul meletakkan jawatan sebagai MP kerana bukan dia yang keluar parti tapi dipecat. Biarlah Zul jadi MP Bebas dan para pengundinya tentu boleh memahami.

In person, sejak awal lagi aku dah jangka PKR akan berhadapan dengan pelbagai masalah. Inilah akibatnya jika dasar partinya membelakangkan Islam. Dan aku sendiri memang tak berapa berkenan dengan PKR ni dalam banyak aspek. Sebagaimana yang pernah aku sebelum ini yang barisan kepimpinan PKR ini terdiri dari pelbagai fahaman. Ada berfahaman sekular, sosialis, pragmatis, nasionalis, liberal, orientalis dan entah apa jada lagi fahaman yang bertentangan dengan Islam.

Bagi yang kuat Islamnya pasti akan 'bertempur' dengan golongan berfahaman toghut itu.

Aku tidak hairan jika pimpinan PKR yang bukan Islam berfahaman sedemikian. Malangnya apa yang berlaku bila sebahagian pimpinan utama PKR dilihat 'tunduk' pada kehendak mereka. Inilah masalahnya.

Dan Anwar sendiri sebenarnya tidak banyak berubah dari segi perwatakannya. Janganlah hairan bila Anwar dijemput untuk memberi ucap utama dalam persidangan Islam di sana-sini. Perlu kita sedar persidangan Islam yang dihadiri oleh Anwar itu dianjurkan oleh puak-puak pimpinan Arab yang 'tunduk' pada Amerika. Dan puak-puak Arab yang kaya-raya ini jugalah yang 'suka' melihat rakyat Palestin terus dibunuh dan didera oleh rejim Zionis.

Aku teringat Mat Sabu pernah sebut "Kalau tengok perangai puak-puak Arab ni, 100 tahun lagi pun mereka tak akan dapat kalahkan Israel. Yang boleh mengalahkan rejim Zionis ini hanyalah golongan yang beriman dan bertaqwa saja."

Siapa di sebalik pemecatan Zul ?

Bila PKR membariskan 3 panel bukan Islam dan hanya seorang saja Islam untuk membicarakan Zul, maka tidak sukar untuk kita menelah siapa yang menguasai PKR hari ini.

Perlu diingat, Zul dipanggil untuk membela diri ekoran tindakannya membuat laporan Polis terhadap Khalid Samad apabila MP Shah Alam itu mendesak agar dibuat pindaan terhadap Enakmen Undang-Undang Islam Selangor agar penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dibenarkan.

Jelas di sini ianya memang berkaitan dengan isu kalimah Allah. Bila Zul dapati 3 panel MPP bukan Islam dilantik oleh PKR untuk mengadilinya, sudah tentulah ianya tidak wajar. Sebab itulah beliau terus keluar meninggalkan prosiding tersebut.

Dan tindakan PKR ini jelas menghina Islam. Ada kebenarannya juga apa yang disebut oleh Zul pasal 'Firaun-firaun kecil' yang wujud dalam PKR memang mahukan beliau dipecat.

Mungkin ada benarnya juga kata seorang sahabat, juga seorang yang tajam fikirannya dalam memerhati dan mengulas senario politik tanahair. Katanya, hanya PAS dan DAP saja yang kekal sebagai pembangkang yang kuat. PKR akan berkubur juga akhirnya.

Adakah Zul akan kembali pada PAS ?

Diyakini Zul akan terus menjadi MP Bebas sehinggalah Parlimen dibubarkan. Rasanya PAS buat masa ini tidak akan membuka pintunya demi nak jaga hati dan semangat setiakawan dalam Pakatan Rakyat. Dan gambaran awal tentang pendirian PAS boleh diukur dari kenyataan Naib Presidennya, Mahfuz Omar.

Waima apa pun, Zul memang ahli PAS. Dia bertanding di Parlimen Kulim Bandar Baru pun sebagai calon 'last-minute' kerana menggantikan calon asal yang sakit kencing manis.

Benarkah tuduhan sesetengah rakan pimpinan dalam PR yang menyebut Zul menggunakan Islam untuk mencari populariti dan kepentingan survival politiknya ?

Aku kira tuduhan seperti ini kurang tepat. Kita semua tahu Zul adalah peguam yang banyak mengendalikan kes murtad. Antaranya kes Nur Aishah Hj Bukhari, Hartina Kamaruddin dan banyak lagi. Sudah tentu orang sepertinya cukup sensitif dan marah bila Mahkamah Tinggi membenarkan majalah Herald menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya. Begitu juga dengan pedirian Dr Harun Din dalam isu ini. Kita kena sedar, Dr Harun bercakap atas kapasitinya sebagai seorang Ulama'. Niatnya adalah untuk menyelamatkan Aqidah umat Islam dari tergelincir ekoran isu tersebut.

Dan jangan lupa fakta 250,000 orang Islam telah murtad dalam negara.

Sebagai seorang Muslim, memang kita jadikan agama sebagai panduan hidup samada dalam urusan duniawi maupun ukhrawi. Sebab itu Islam yang memandu kita. Bukannya kita yang pandu Islam. Begitulah juga dalam soal politik, ekonomi, undang-undang dan apa jua permasalahan ummah, semuanya wajib berpandukan kepada Al-Qur'an dan Sunnah.

Jangan kita pandang isu kalimah Allah ini di sudut politik semata-mata.

Penilaian rakyat terhadap PKR ?

Sudah tentu rakyat boleh menilai sejauh mana kekuatan PKR dalam menelusuri liku-liku politik mutakhir ini. Apa yang berlaku semuanya sebagai bukti betapa PKR sebenarnya tiada kekuatan dalaman dan rapuh. Hanya bergantung pada faktor Anwar. Sebelum ini dah ramai orang argued pasal PKR.

Merupakan satu perkara yang amat malang dan mengecewakan bila mana kita yang Muslim lebih tunduk kepada kehendak golongan bukan Islam kerana bimbang akan kehilangan sokongan dari mereka. Lupakah kita siapa sebenarnya yang memegang hati manusia ?

Apakah hari ini kepentingan politik sudah mendahului kepentingan Islam itu sendiri ?

Alfulus sufid dunya, wal mampus fil akhirat....

Adios.

1 comment:

ISAC said...

Salam bro,

Tulisan yang baik dan ikhlas. Jika ramai blogger Pas yang macam saudara mungkin sengketa alam cyber akan semakin reda.

Kawan tertarik dengan tulisan saudara, "Harun Din bercakap dalam isu kalimah Allah atas kapasitinya sebagai seorang ulamak". Sayangnya ramai "ulamak" Pas yang bercakap politik lebih politik daripada pemimpin-pemimpin Umno.

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger