Monday, July 6, 2009

Keluar Pakatan, Belasah Orang dan Wacana Ilmu...

Senario politik negara yang berlaku sekarang semakin kelam kabut. Pakatan Rakyat pula sibuk dilanda ombak tsunami. Lepas satu hal selesai, timbul pula satu isu lain. Baru saja selesai isu 'bom atom' Unity Government sehingga PAS hampir-hampir jadi 2 team, DAP Kedah pulak buat "lawak bodoh". Apa tak bodohnya, pasal babi punya tempat sembelih pun dia orang boleh buat keputusan keluar dari Pakatan. Bukannya pimpinan DAP Kedah tak tahu yang pusat penyembelihan itu dah beroperasi lebih 30 tahun tanpa lesen yang sah.

Bukan setakat itu saja, kita yakin DAP Kedah menghasut masyarakat Cina di Alor Setar agar berhimpun di pasar bagi menghalang MBAS dari merobohkan pusat tersebut yang terletak di Pasar Mergong, Alor Setar. Tujuannya adalah semata-mata nak menunjukkan kepada masyarakat Cina bahawa Kerajaan Negeri yang diketuai PAS lansung tidak menghormati hak orang Cina ekoran tindakan meroboh itu.

DAP perlu sedar sepanjang lebih 30 tahun pusat tersebut beroperasi di bawah Kerajaan Negeri BN, pusat itu dengan sewenang-wenang membuang sisa najis dan bahan buangan babi ke dalam tong sampah biasa yang sama dengan buangan lain. Juga ada yang dilemparkan ke dalam sungai sehingga masyarakat Islam yang tinggal berdekatan menyatakan rasa tidak puashati mereka dengan tindakan tersebut.

Kita nak tanya DAP, selama ini siapa yang tak menghormati siapa ?

DAP perlu sedar bahawa persatuan yang mengusahakan pusat penyembelihan itu sendiri yang mengemukakan rayuan kepada MB PAS Kedah agar menangguhkan dulu proses meroboh dan memberikan mereka tempoh 1 bulan untuk mendapatkan tempat baru. Selaku MB yang perihatin, Ustaz Azizan mengutuskan surat kepada MBAS agar memenuhi permintaan mereka. Dan MBAS bersetuju memberi tempoh sehingga 30 JUn sebagaimana yang dipohon. Apabila tempoh yang diberikan itu tamat, maka wajarlah tindakan MBAS merobohkan pusat itu. Malah pejabat MB sendiri telah mengenalpasti satu kawasan baru bagi menggantikan pusat yang dirobohkan itu. Apa masalahnya ? Namun DAP sengaja nak "cari pasal" dengan mengekploitasikan isu ini. Lepas tu tuduh pulak Kerajaan Negeri Kedah yang diketuai PAS sebagai tak menghormati semangat rakan dalam Pakatan Rakyat.

Terbaru pula DAP Kedah membuat tuduhan liar dan biadap terhadap Kerajaan Negeri dengan mendakwa beberapa kuil dan tokong juga akan dirobohkan. Tuduhan sebegini jelas menunjukkan DAP Kedah sengaja mahu menimbulkan semula isu perkauman bagi meraih sokongan khususnya masyarakat Cina. Tindakan ini dilihat sebagai satu "back up plans" apabila percubaan pertama mereka gagal untuk menjatuhkan imej Kerajaan Kedah yang diketuai PAS. Kita yakin masyarakat Cina dan India di Kedah sudah semakin matang dalam menilai antara intan dan kaca.

Aku nak sarankan kepada YB Lim Guan Aik agar segera meletakkan jawatan sebagai ADUN Kota Darul Aman bagi membolehkan rakyat membuat pemilihan semula. Daripada sini nanti dia boleh menilai sendiri samada rakyat mahukan DAP ataupun Pakatan Rakyat. Tak habis-habis DAP ni nak tunjuk besar kepala. Kalau rasa dah bagus sangat, keluar saja dari Pakatan Rakyat. Biar tinggal PAS dan PKR saja. Tengok nanti dalam PRU13, siapa yang lebih banyak dapat kerusi.

Terkini pula kita dikejutkan dengan tindakan samseng 40 orang Pemuda UMNO Bukit Katil menyerang kaunter Pendaftaran Pemilih yang dibuka DAP dan PAS di sebuah pasar malam. Habis meja pecah dan ada yang tercedera. Takde apa yang kita nak hairankan dengan perangai 'iblis' Pemuda UMNO ni. Sejarah membuktikan berapa banyak kes jenayah dan bunuh yang melibatkan pimpinan UMNO tapi "disorokkan".

Dan dalam waktu yang sama, Ketua Pemuda PAS yang baru, Ustaz Nasruddin Tantawi bersama anggota exconya sedang bersiap-sedia untuk berwacana dengan Pemuda UMNO Malaysia ekoran kenyataan Mursyidul Am PAS bahawa UMNO sebuah parti sesat. Wacana ini bersifat ilmiah. Pada asasnya kita boleh beri sedikit pujian kepada Ketua Pemuda PAS yang baru ini ekoran inisiatif beliau untuk meneruskan wacana tersebut. Dan Khairy Jamaluddin selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia nampaknya macam bersetuju dengan jemputan dari Pemuda PAS Pusat.

Diharapkan dalam wacana itu nanti Pemuda PAS berjaya memberikan kesedaran kepada Pemuda UMNO Malaysia bahawa selama ini UMNO berpegang kepada satu fahaman yang sesat dan menyimpang jauh daripada dasar Islam. Akan tetapi jika hasrat Pemuda PAS lebih condong ke arah membincangkan masalah kepentingan bangsa Melayu dan kemelut politik yang sedang melanda negara, lebih baik tak payah diteruskan wacana ini. Buang masa saja. Serupa dengan pertemuan yang pernah dibuat oleh Presiden PAS dan timbalannya bersama Pak Lah dalam membincangkan idea Unity Government.

Aku teringat kepada kata-kata Mat Sabu yang pernah meluahkan kebimbangannya terhadap golongan pimpinan Ulama' muda yang ada dalam PAS hari ini. Aku harap Ustaz Nasruddin Tantawi tidak termasuk dalam kumpulan individu yang dimaksudkan oleh Mat Sabu.

Ini pun satu hal juga. Sepatutnya golongan pimpinan baru dan muda yang ada dalam PAS janganlah merasakan diri terlampau "hebat dan pandai" sehingga ketepikan pandangan dan nasihat "orang lama". Kita patut sedar sebagai "budak hingusan" dalam arena politik yang semakin mencabar ni adalah wajar kita merujuk kepada orang yang lebih berpengalaman. Jangan kita ingat dengan kelulusan ijazah atau master yang kita perolehi sudah merasakan diri terlampau bijak.

Ada setengah pimpinan pula bekas ahli UMNO. Oleh kerana sewaktu dalam UMNO dulu ada kedudukan, bila masuk PAS terus diberikan jawatan kerana 'merit' pengalaman politiknya sewaktu dalam UMNO. Kononnya bijak membaca politik. Bukannya bijak membaca politik tapi hanya pandai cakap saja. Ada setengahnya tu kawasan yang dipimpin langsung takde perubahan. Bagus kalau spesis orang macam ni boleh tarik ramai orang UMNO masuk PAS. Yang pasti perangai UMNO dibawa masuk ke dalam PAS sehingga berlaku pecah-belah.

Kadang-kadang bimbang juga dengan tindak-tanduk sesetengah pimpinan PAS mutakhir ini. Seolah-olah dah menjadi satu "trend baru" sejak demam Unity Government melanda. Terlalu ghairah nak berbincang dan bertemu UMNO. Wacana sana, wacana sini, muqabalah itu dan muqabalah ini. Bukannya PAS tak tahu dengan perangai pimpinan UMNO ni. Diharap jangan ada di kalangan pimpinan PAS yang diserang penyakit hanya nak cari "glomour" saja dalam persada politik tanahair. Tup-tup dalam PRU akan datang PAS semakin hilang banyak kerusi. Belajarlah dari apa yang pernah berlaku pada PAS dalam PRU11.

Kita tak boleh leka. Pihak musuh hanya menanti peluang untuk buat "counter attack".

Memanglah kita yakin dengan pertolongan Allah. Tapi kita juga perlu ingat syarat untuk mendapatkan pertolongan itu bagaimana ? Pernahkah kita terfikir mengapa PAS boleh hilang Terengganu dan hanya mengatasi BN dengan satu kerusi di Kelantan. Ingatlah, setiap apa yang berlaku sentiasa berada di dalam genggaman Allah. Jangan sekali-kali kita lupa akan hakikat ini.

Apa yang sedang melanda Pakatan Rakyat mutakhir ini boleh membawa kesan yang negatif dalam PRU13 akan datang jika tidak ditangani segera. Seluruh rakyat sedang memerhati dan membuat penilaian sejauh mana kemampuan Pakatan Rakyat menyelesaikan masalah dalaman mereka. Bagi pengundi Cina dan India, pendirian mereka boleh berubah-ubah dan tidak dapat diramalkan secara tepat. Manakala pengundi Melayu lebih statik.

Pengundi Melayu boleh dikategorikan kepada 4 kumpulan utama ;

1- Pengundi tegar Pakatan Rakyat.

2- Pengundi tegar UMNO/BN.

3- Pengundi atas pagar - kebanyakan mereka lebih condong kepada parti memerintah sebab takut telungkup periuk nasi bagi yang makan gaji dengan kerajaan. Lebih melucukan ada sesetengah peneroka juga takut nak sokong pembangkang kerana bimbang tak boleh cari makan. Punyalah benak hati bangsa Melayu ni sampai dah tak boleh fikir secara normal.

4- Pengundi yang langsung tak pernah keluar mengundi - ini kategori manusia yang langsung tak kisah samada negara nak telungkup ke atau apa saja. Ini pun masalah juga.

PAS perlu ambil perhatian serius dalam gerakerja untuk meraih semaksima mungkin sokongan pengundi Melayu sebab kawasan yang akan ditandinginya adalah majoriti pengundi berbangsa Melayu. Dalam konteks ini PAS masih dikira gagal. Sebab itulah UMNO masih tak bimbang. Secara purata, UMNO masih menguasai lebih 60% pengundi Melayu berbanding PAS. Kecuali di Kelantan saja PAS dilihat berjaya menguasainya.

Jazakallah.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger