Wednesday, July 22, 2009

Kematian Teoh 'Menyusahkan' UBN

Kematian Teoh Beng Hock yang jatuh dari bangunan SPRM minggu lalu masih hangat diperkatakan sehingga saat ini. Seluruh rakyat tanpa mengira agama dan kaum pastinya turut merasa sedih dan tertanya-tanya bagaimana pemuda yang berusia 30 tahun itu boleh jatuh dari bangunan tersebut setelah selesai sesi soal-siasat yang dilakukan oleh pegawai SPRM.

Hanya ada satu kemungkinan yang boleh kita perkatakan di sini yaitu terpaksa 'bunuh diri'.

Akibat tekanan perasaan yang dialami hasil dari soal-siasat yang dijalankan secara 'jahat' oleh para pegawai SPRM, maka Teoh mengambil keputusan untuk 'menamatkan' penderitaan tersebut dengan terjun dari bangunan tersebut.

Pendedahan oleh Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Hwa yang mencerita pengalaman perit yang dilaluinya ketika disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuktikan bahawa Teoh juga melalui proses soal-siasat yang menggunakan tektik jahat seperti mengugut, memaksa dan menekan. Tektik ini serupa dengan kaedah Polis melakukan soal-siasat terhadap tahanan mereka. Malah sehingga ada yang mati dalam tahanan.

Siapa pun di kalangan kita yang tidak mempunyai kekuatan mental dan jiwa akan mengalami 'trauma akut' apabila menghadapi satu sesi soal-siasat yang panjang dengan menggunakan tektik jahat dan keji. Trauma akut ini boleh menyebabkan mangsa merasa begitu tertekan sehingga ke tahap hilang upaya untuk berfikir secara rasional dan waras. Akibatnya mangsa sudah tidak nampak "jalan keluar" dan bertindak menamatkan hidupnya.

Sejurus selesai sesi soal-siasat, kita yakin mendiang Teoh ada menghubungi individu tertentu untuk memberitahu "sesuatu". Cuma kita tak tahu siapakah individu tersebut. Ini ada "password" kepada misteri kematian beliau.

Apakah kesan pada UBN ?

Kematian misteri ini sudah tentu memberikan impak negatif yang cukup besar kepada UBN. Kesan yang akan berlanjutan sehingga PRU13 akan datang. Semua pihak menyedari bahawa dakwaan penyalahgunaan wang peruntukan ini sengaja dibuat atas arahan UBN bagi memburukkan dan menggugat imej Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Dan perlu diingat SPRM itu sendiri bertindak atas arahan UMNO.

Kita bukan menuduh tetapi persoalannya kenapa sehingga ke hari ini SPRM hanya mendiamkan diri saja dan langsung tidak menyiasat skandal PKFZ yang melibatkan penyelewengan wang rakyat berbilion ringgit. Semua orang tahu skandal PKFZ ini melibatkan pemimpin UBN. Pasal tulah SPRM tak berani nak siasat. Kena tunggu arahan "orang atas". TAPI bila ada sebarang dakwaan terhadap pemimpin Pakatan Rakyat, bukan main cepat lagi SPRM bertindak.

Inilah bangsatnya SPRM...

Rakyat yang cerdik dan celik hati sudah tidak percaya lagi dengan sistem keadilan yang ada hari ini. Selagi UBN yang perintah negara ini, maka selagi itulah tiada keadilan yang wujud. "Keadilan" hanya untuk mereka. Manakala musuh politik akan menjadi mangsa kezaliman Undang-Undang Rimba. Sudah terlampau banyak bukti kezaliman, jenayah dan penyelewengan yang dilakukan.

Berapa banyak lagi "nyawa" yang akan terkorban angkara "permainan" UMNO/BN ini ???

Sejarah bukti kezaliman UMNO demi gila kuasa

Jika DSAI sendiri selaku Timbalan Presiden UMNO sendiri pun boleh fitnah sebegitu rupa malah mahu dibunuh, apatah lagi mereka di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat. Manakala rakyat biasa dianggap macam "sampah".

Lihat saja apa yang terjadi pada Altantuya ? Hancur berkecai tubuhnya diletupkan dengan C4. Apa perlunya dia dibunuh. Dia datang ke Malaysia hanya mahu menuntut haknya saja sebagaimana dijanjikan.

Kita tak pernah lupa bagaimana Ustaz Ibrahim Libya dan 13 lagi rakannya dibunuh dengan kejam tanpa sebab di Memali. Mereka bukannya penjenayah yang perlu diperlakukan sebegitu. Ustaz Ibrahim hanyalah seorang mudir di sebuah Madrasah Islam dan mengajar anak-anak muridnya agar berjaya menjadi hamba Allah yang beriman dan bertaqwa serta memperjuangkan Islam.

....... dan banyak lagi kematian misteri yang berlaku dalam negara ini yang melibatkan VIP dalam UMNO. Semuanya disenyapkan. Jika dibawa juga ke mahkamah, maka adalah yang terpaksa dijadikan "kambing hitam".

Enough is enough.

Artikel Berita Berkaitan ;

1- Inkues cari punca kematian Teoh

2- Wanita MCA desak daftar bayi sebagai anak Teoh

3- Kes Teoh: Ahli BN demo sokong SPRM, polis

4- Tunang: Teoh, selamat tinggal sayang

5- Pakar lawat lagi lokasi Teoh mati

6- SPRM disaman berhubung prosedur soal siasat

7- Kempen 'keadilan untuk Teoh' di internet

8- 'Teoh mati 4-5 jam sebelum ditemui'

9- Kesayuan selubungi pengkebumian Teoh

Kembali online setelah 3 hari menghilang....

Sayonara.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger