Showing posts with label DAP. Show all posts
Showing posts with label DAP. Show all posts

Friday, December 3, 2010

Analisis : Matikan segera isu PAS pengampu DAP

Tidak dapat dinafikan bahawa Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU-13) akan diadakan dalam beberapa bulan lagi. Ada satu perkara yang amat penting yang perlu diberi penerangan oleh PAS iaitu fitnah Umno bahawa PAS ampu DAP. Jika PAS tidak berhempas-pulas memberi penjelasan yang bernas, kukuh dan berdasarkan fakta mengenai perkara ini, maka PAS akan kehilangan banyak kerusi di PRU-13 yang akan datang ini.

Fitnah Umno ini memang mampu menghakis sokongan yang diberi oleh orang Melayu kepada PAS dan seterusnya boleh menggugat kedudukan PAS. Tidak dapat dinafikan bahawa ini ialah senjata Umno yang amat efektif untuk menjatuhkan PAS.

Umno menggunakan fitnah ini untuk menggugat kedudukan PAS di Perak dimana mantan Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin telah dituduh menjadi boneka Ngeh dan Nga dari DAP. Sehingga sekarang tuduhan ini dilemparkan oleh Umno dan oleh itu orang Melayu di Perak merasa kurang senang untuk memberi sokongan kepada PAS Perak.

Di Pulau Pinang pula, PAS telah dituduh menyokong tindakan Lim Guan Eng memberi 'wang judi' kepada warga emas padahal wang yang diberikan itu bukannya datang dari Kelab Lumba Kuda. Walaupun Ustaz Salleh Man dari PAS telah memberi penerangan mengenai perkara tersebut, terdapat juga orang Melayu yang berasa was-was hendak menerima wang itu.

Manakala di Selangor pula, PAS telah dituduh sebagai sebuah parti yang tidak berani bersuara dan oleh itu telah tunduk kepada telunjuk DAP dalam Exco Selangor.

Semua fitnah, tohmahan dan tuduhan melulu ini telah memberi gambaran yang buruk kepada PAS dan merosakkan imej PAS di kalangan penyokongnya pada peringkat akar-umbi terutamanya di kampung-kampung dan kawasan pendalaman dimana maklumat yang benar sukar diperolehi.

Ini adalah juga satu sebab mengapa PAS kalah di pilihanraya kecil Galas, kerana PAS tidak memberi jawapan menangkis topik fitnah ini.

Selagi PAS tidak dapat membunuh topik ini, PAS akan mengalami kesusahan untuk mendapat sokongan kaum Melayu. Ini berbanding dengan Umno yang menjadi tuan besar dalam Barisan Nasional (BN). Apabila kaum Melayu tengok Umno tidak tunduk kepada MCA, mereka pun akan menyokong Umno kerana mereka telah terpedaya oleh kata-kata Umno bahawa PAS ampu DAP. Kaum Melayu akan menyokong Umno sebab Umno tidak tunduk kepada mana-mana pihak manakala PAS kelihatan dibawah telunjuk DAP. Ini ialah persepsi pengundi Melayu dan persepsi inilah yang boleh membunuh PAS.

Dalam Pakatan Rakyat, semua parti komponen mempunyai kuasa yang sama dan tidak ada sesiapa yang menjadi tuan besar.

Oleh itu, penulis ingin menggesa pemimpin-pemimpin PAS terutamanya Anggota Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS supaya dengan segera menangkis fitnah dan tohmahan yang tidak berasas, tidak logik dan tidak berakal ini dengan memberi penerangan yang jelas kepada para pengundi di kawasan Parlimen dan kawasan DUN mereka. Jika tidak, sokongan kaum Melayu untuk PAS akan menjadi kian terhakis dan ini akan membawa kesan yang amat buruk kepada PAS dalam PRU-13 nanti.

Penulis ingin memberi amaran kepada PAS supaya jangan leka dalam hal ini sebab topik 'PAS ampu DAP' ialah senjata Umno yang paling kuat untuk menumbangkan PAS dan sehingga kini senjata ini telah terbukti berkesan.

Pertempuran telah bertambah sengit. PAS mesti bertindak sekarang juga!

oleh Selena Tay - Ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS

- harakahdaily

Monday, August 10, 2009

DAP, Babi dan Arak...

Sikap biadap dan tak profesional yang ditunjukkan oleh beberapa kerat pemimpin DAP jelas menunjukkan betapa ceteknya minda mereka dalam nak meraih sokongan masyarakat Cina. Sedangkan banyak lagi isu yang boleh dibangkit dan dibincangkan secara bersama di meja Pakatan Rakyat. Ini tidak... pasal babi dan arak mereka nak tunjuk "taring" di khalayak umum.

Terkini berlaku di Selangor. Punya biadapnya si Ronnie Liu bertindak mengarahkan PBT memulangkan semula arak yang dirampas dari para peniaga yang melanggar peraturan yang ditetapkan. Begitu juga beberapa tindakannya jelas menimbulkan masalah kepada masyarakat umum. Ada sumber mengatakan Exco dari DAP ini ada terlibat dengan beberapa kumpulan samseng sehingga pejabatnya dijadikan tempat pertemuan mereka.

Sebagai umat Islam, kita bangga dan menyokong penuh tindakan YB Datuk Dr Hassan Ali selaku Pesuruhjaya PAS Negeri dan anggota Exco Selangor yang mendesak agar Ronnie Liu digugurkan segera daripada barisan Exco ekoran beberapa tindakannya yang agak melampau. Kita juga ucapkan syabas kepada Dr Hasan Ali yang tegas dalam mendesak agar Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor segera mengharamkan penjualan arak di kawasan majoriti penduduk Islam.

Sebenarnya tindakan Ronnie Liu mengarahkan PBT memulangkan semula arak yang telah dirampas adalah bertujuan untuk nak "menguji" barisan Exco dari PAS. Pada perkiraannya tentu Exco PAS tidak berani bertindak terhadapnya demi kepentingan politik. Malangnya "percaturan bodoh" Ronnie Liu tak menjadi. Kita nak habaq kat seluruh pimpinan DAP agar jangan sekali-kali berani mencampuri urusan hal-ehwal Islam.

Jika dilihat dari tindakannya yang mengarahkan arak dipulangkan semula, jelas menggambarkan sikap kurang ajarnya terhadap Islam.

Selama ini PAS tidak pernah mengganggu hak masyarakat Cina. Tindakan Dr Hasan Ali mendesak agar Kerajaan Negeri mengharamkan segera penjualan arak di kawasan majoriti penduduk Islam adalah wajar dan kena pada tempatnya. Dan desakan ini dibuat atas dasar tanggungjawab sebagai seorang Muslim yang mahu melaksanakan Amar Makruf dan Nahi Munkar. Tidak timbul persoalan mengganggu hak masyarakat Cina.

Kita nak tanya pada Ronnie Liu dan pimpinan DAP yang lain, adakah babi dan arak menjadi makanan dan minuman utama masyarakat Cina ?

Aku kira Ronnie Liu ada kepentingan peribadi berkaitan dengan arak yang dirampas itu. Tambahan pula dia sendiri dikaitkan dengan beberapa kumpulan samseng di Selangor. Inilah perangai DAP.

Dalam zaman IT yang serba maju ini rupanya DAP masih "jumud" dan tak habis-habis dengan sentimen perkaumannya. Hari ini DAP sibuk dengan politik babi dan araknya saja. Apa dia ingat orang Cina boleh mati ke kalau tak makan babi dan minum arak. Mereka ingat masyarakat Cina mahu ambil peduli dengan isu ini. Lihat saja bagaimana majoriti masyarakat Cina di Kedah yang menyokong tindakan perobohan pusat penyembelihan tersebut kerana jelas mengganggu kepentingan awam. Yang sibuk hanyalah orang DAP. Dah takde isu yang nak diketengahkan untuk meraih sokongan, maka isu roboh ni dijadikan "modal murahan" untuk cari pasal dengan PAS.

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mesti mengambil tindakan segera dengan mengeluarkan arahan pengharaman penjualan arak di kawasan majoriti penduduk Islam. Selaku Muslim, MB Tan Sri Khalid wajib utamakan arahan Allah. Ketepikan dulu soal kepentingan politik. Ingat bahawa hati seluruh manusia berada dalam genggaman Allah. Jika desakan yang dibuat oleh Dr Hasan Ali yang mewakili seluruh umat Islam di Selangor ini tidak dilaksanakan, dibimbangi akan mengundang kemurkaan Allah dan akhirnya Pakatan Rakyat akan hilang semula Selangor dalam PRU13 kelak.

Pedulikan dengan kerenah dan sikap "bodoh" beberapa kerat pimpinan DAP. Jika Lim Kit Siang nak bawa keluar DAP dari Pakatan Rakyat, silakan...

Sayonara.

Monday, July 6, 2009

Keluar Pakatan, Belasah Orang dan Wacana Ilmu...

Senario politik negara yang berlaku sekarang semakin kelam kabut. Pakatan Rakyat pula sibuk dilanda ombak tsunami. Lepas satu hal selesai, timbul pula satu isu lain. Baru saja selesai isu 'bom atom' Unity Government sehingga PAS hampir-hampir jadi 2 team, DAP Kedah pulak buat "lawak bodoh". Apa tak bodohnya, pasal babi punya tempat sembelih pun dia orang boleh buat keputusan keluar dari Pakatan. Bukannya pimpinan DAP Kedah tak tahu yang pusat penyembelihan itu dah beroperasi lebih 30 tahun tanpa lesen yang sah.

Bukan setakat itu saja, kita yakin DAP Kedah menghasut masyarakat Cina di Alor Setar agar berhimpun di pasar bagi menghalang MBAS dari merobohkan pusat tersebut yang terletak di Pasar Mergong, Alor Setar. Tujuannya adalah semata-mata nak menunjukkan kepada masyarakat Cina bahawa Kerajaan Negeri yang diketuai PAS lansung tidak menghormati hak orang Cina ekoran tindakan meroboh itu.

DAP perlu sedar sepanjang lebih 30 tahun pusat tersebut beroperasi di bawah Kerajaan Negeri BN, pusat itu dengan sewenang-wenang membuang sisa najis dan bahan buangan babi ke dalam tong sampah biasa yang sama dengan buangan lain. Juga ada yang dilemparkan ke dalam sungai sehingga masyarakat Islam yang tinggal berdekatan menyatakan rasa tidak puashati mereka dengan tindakan tersebut.

Kita nak tanya DAP, selama ini siapa yang tak menghormati siapa ?

DAP perlu sedar bahawa persatuan yang mengusahakan pusat penyembelihan itu sendiri yang mengemukakan rayuan kepada MB PAS Kedah agar menangguhkan dulu proses meroboh dan memberikan mereka tempoh 1 bulan untuk mendapatkan tempat baru. Selaku MB yang perihatin, Ustaz Azizan mengutuskan surat kepada MBAS agar memenuhi permintaan mereka. Dan MBAS bersetuju memberi tempoh sehingga 30 JUn sebagaimana yang dipohon. Apabila tempoh yang diberikan itu tamat, maka wajarlah tindakan MBAS merobohkan pusat itu. Malah pejabat MB sendiri telah mengenalpasti satu kawasan baru bagi menggantikan pusat yang dirobohkan itu. Apa masalahnya ? Namun DAP sengaja nak "cari pasal" dengan mengekploitasikan isu ini. Lepas tu tuduh pulak Kerajaan Negeri Kedah yang diketuai PAS sebagai tak menghormati semangat rakan dalam Pakatan Rakyat.

Terbaru pula DAP Kedah membuat tuduhan liar dan biadap terhadap Kerajaan Negeri dengan mendakwa beberapa kuil dan tokong juga akan dirobohkan. Tuduhan sebegini jelas menunjukkan DAP Kedah sengaja mahu menimbulkan semula isu perkauman bagi meraih sokongan khususnya masyarakat Cina. Tindakan ini dilihat sebagai satu "back up plans" apabila percubaan pertama mereka gagal untuk menjatuhkan imej Kerajaan Kedah yang diketuai PAS. Kita yakin masyarakat Cina dan India di Kedah sudah semakin matang dalam menilai antara intan dan kaca.

Aku nak sarankan kepada YB Lim Guan Aik agar segera meletakkan jawatan sebagai ADUN Kota Darul Aman bagi membolehkan rakyat membuat pemilihan semula. Daripada sini nanti dia boleh menilai sendiri samada rakyat mahukan DAP ataupun Pakatan Rakyat. Tak habis-habis DAP ni nak tunjuk besar kepala. Kalau rasa dah bagus sangat, keluar saja dari Pakatan Rakyat. Biar tinggal PAS dan PKR saja. Tengok nanti dalam PRU13, siapa yang lebih banyak dapat kerusi.

Terkini pula kita dikejutkan dengan tindakan samseng 40 orang Pemuda UMNO Bukit Katil menyerang kaunter Pendaftaran Pemilih yang dibuka DAP dan PAS di sebuah pasar malam. Habis meja pecah dan ada yang tercedera. Takde apa yang kita nak hairankan dengan perangai 'iblis' Pemuda UMNO ni. Sejarah membuktikan berapa banyak kes jenayah dan bunuh yang melibatkan pimpinan UMNO tapi "disorokkan".

Dan dalam waktu yang sama, Ketua Pemuda PAS yang baru, Ustaz Nasruddin Tantawi bersama anggota exconya sedang bersiap-sedia untuk berwacana dengan Pemuda UMNO Malaysia ekoran kenyataan Mursyidul Am PAS bahawa UMNO sebuah parti sesat. Wacana ini bersifat ilmiah. Pada asasnya kita boleh beri sedikit pujian kepada Ketua Pemuda PAS yang baru ini ekoran inisiatif beliau untuk meneruskan wacana tersebut. Dan Khairy Jamaluddin selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia nampaknya macam bersetuju dengan jemputan dari Pemuda PAS Pusat.

Diharapkan dalam wacana itu nanti Pemuda PAS berjaya memberikan kesedaran kepada Pemuda UMNO Malaysia bahawa selama ini UMNO berpegang kepada satu fahaman yang sesat dan menyimpang jauh daripada dasar Islam. Akan tetapi jika hasrat Pemuda PAS lebih condong ke arah membincangkan masalah kepentingan bangsa Melayu dan kemelut politik yang sedang melanda negara, lebih baik tak payah diteruskan wacana ini. Buang masa saja. Serupa dengan pertemuan yang pernah dibuat oleh Presiden PAS dan timbalannya bersama Pak Lah dalam membincangkan idea Unity Government.

Aku teringat kepada kata-kata Mat Sabu yang pernah meluahkan kebimbangannya terhadap golongan pimpinan Ulama' muda yang ada dalam PAS hari ini. Aku harap Ustaz Nasruddin Tantawi tidak termasuk dalam kumpulan individu yang dimaksudkan oleh Mat Sabu.

Ini pun satu hal juga. Sepatutnya golongan pimpinan baru dan muda yang ada dalam PAS janganlah merasakan diri terlampau "hebat dan pandai" sehingga ketepikan pandangan dan nasihat "orang lama". Kita patut sedar sebagai "budak hingusan" dalam arena politik yang semakin mencabar ni adalah wajar kita merujuk kepada orang yang lebih berpengalaman. Jangan kita ingat dengan kelulusan ijazah atau master yang kita perolehi sudah merasakan diri terlampau bijak.

Ada setengah pimpinan pula bekas ahli UMNO. Oleh kerana sewaktu dalam UMNO dulu ada kedudukan, bila masuk PAS terus diberikan jawatan kerana 'merit' pengalaman politiknya sewaktu dalam UMNO. Kononnya bijak membaca politik. Bukannya bijak membaca politik tapi hanya pandai cakap saja. Ada setengahnya tu kawasan yang dipimpin langsung takde perubahan. Bagus kalau spesis orang macam ni boleh tarik ramai orang UMNO masuk PAS. Yang pasti perangai UMNO dibawa masuk ke dalam PAS sehingga berlaku pecah-belah.

Kadang-kadang bimbang juga dengan tindak-tanduk sesetengah pimpinan PAS mutakhir ini. Seolah-olah dah menjadi satu "trend baru" sejak demam Unity Government melanda. Terlalu ghairah nak berbincang dan bertemu UMNO. Wacana sana, wacana sini, muqabalah itu dan muqabalah ini. Bukannya PAS tak tahu dengan perangai pimpinan UMNO ni. Diharap jangan ada di kalangan pimpinan PAS yang diserang penyakit hanya nak cari "glomour" saja dalam persada politik tanahair. Tup-tup dalam PRU akan datang PAS semakin hilang banyak kerusi. Belajarlah dari apa yang pernah berlaku pada PAS dalam PRU11.

Kita tak boleh leka. Pihak musuh hanya menanti peluang untuk buat "counter attack".

Memanglah kita yakin dengan pertolongan Allah. Tapi kita juga perlu ingat syarat untuk mendapatkan pertolongan itu bagaimana ? Pernahkah kita terfikir mengapa PAS boleh hilang Terengganu dan hanya mengatasi BN dengan satu kerusi di Kelantan. Ingatlah, setiap apa yang berlaku sentiasa berada di dalam genggaman Allah. Jangan sekali-kali kita lupa akan hakikat ini.

Apa yang sedang melanda Pakatan Rakyat mutakhir ini boleh membawa kesan yang negatif dalam PRU13 akan datang jika tidak ditangani segera. Seluruh rakyat sedang memerhati dan membuat penilaian sejauh mana kemampuan Pakatan Rakyat menyelesaikan masalah dalaman mereka. Bagi pengundi Cina dan India, pendirian mereka boleh berubah-ubah dan tidak dapat diramalkan secara tepat. Manakala pengundi Melayu lebih statik.

Pengundi Melayu boleh dikategorikan kepada 4 kumpulan utama ;

1- Pengundi tegar Pakatan Rakyat.

2- Pengundi tegar UMNO/BN.

3- Pengundi atas pagar - kebanyakan mereka lebih condong kepada parti memerintah sebab takut telungkup periuk nasi bagi yang makan gaji dengan kerajaan. Lebih melucukan ada sesetengah peneroka juga takut nak sokong pembangkang kerana bimbang tak boleh cari makan. Punyalah benak hati bangsa Melayu ni sampai dah tak boleh fikir secara normal.

4- Pengundi yang langsung tak pernah keluar mengundi - ini kategori manusia yang langsung tak kisah samada negara nak telungkup ke atau apa saja. Ini pun masalah juga.

PAS perlu ambil perhatian serius dalam gerakerja untuk meraih semaksima mungkin sokongan pengundi Melayu sebab kawasan yang akan ditandinginya adalah majoriti pengundi berbangsa Melayu. Dalam konteks ini PAS masih dikira gagal. Sebab itulah UMNO masih tak bimbang. Secara purata, UMNO masih menguasai lebih 60% pengundi Melayu berbanding PAS. Kecuali di Kelantan saja PAS dilihat berjaya menguasainya.

Jazakallah.

Sunday, September 14, 2008

Penahanan Teresa Kok Dirancang UMNO/BN

Sebelum ini saya mengutarakan tentang isu penangkapan 3 individu di bawah tahanan ISA. Mereka ialah Raja Petra Kamarudin, YB Teresa Kok dan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng (kini telah dibebaskan tanpa syarat).

Sebelum ini saya menyatakan bahawa penangkapan mereka ini dibuat dengan bukti yang direka oleh rejim UMNO/BN yang semakin tertekan ekoran peralihan kuasa 16 September ini semakin menjadi kenyataan.

Berhubung dengan penahanan Teresa Kok di bawah ISA ini, anda boleh membaca laporan berita yang disiarkan oleh Malaysiakini yang jelas menunjukkan bahawa penahanan ADUN Kinrara ini adalah satu perancangan licik oleh pihak tertentu.

Sila klik di sini

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger