Thursday, July 2, 2009

DAP Kedah Keluar Pakatan Pasal Babi ...

Punyalah hebat "pengaruh Babi" ni sehingga DAP Kedah mengambil keputusan keluar dari Pakatan Rakyat. Tindakan keluar dari Pakatan ini diambil ekoran rasa tidak puashati terhadap tindakan Kerajaan Negeri Kedah merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Pasar Mergong, Alor Setar.

Sebenarnya isu pusat penyembelihan ini adalah isu lapuk. Bukannya DAP tak tahu pusat itu sudah beroperasi lebih 30 tahun tanpa lesen yang sah. Tindakan meroboh ini diambil setelah tamat tempoh sebulan yang dipohon oleh persatuan yang menguasai pusat penyembelihan itu.

Sepanjang 30 tahun beroperasi, pusat penyembelihan ini telah bertindak membuang sisa babi ke dalam tong sampah yang sama dengan bahan buangan lain. Bukan setakat itu saja malah najis dan bahan buangan babi itu ada yang dibuang ke dalam sungai sehingga masyarakat Melayu yang tinggal berdekatan datang ke pasar tersebut membuat bantahan.

Sebelum itu MBAS telah mengarahkan agar pusat itu ditutup tetapi persatuan yang menguruskan pusat tersebut telah membuat rayuan kepada Menteri Besar Kedah agar memberi mereka tempoh sebulan untuk mendapatkan tempat baru. Ekoran rayuan tersebut, Ustaz Azizan selaku MB Kedah telah meminta MBAS menerima rayuan mereka dan memberikan mereka tempoh sehingga 30 Jun.

Satu kawasan baru telah dikenalpasti untuk dijadikan tempat penyembelihan babi ini yang terletak di satu kawasan di Kampung Cina, Pendang. Pejabat MB sendiri telah bersetuju dengan kawasan baru ini jika mendapat kelulusan khususnya dari Jabatan Veterinar. Satu surat juga telah dihantar kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Pendang agar permohonan itu diluluskan jika mendapat sokongan dari jabatan-jabatan lain.

Nah sekarang kita nak tanya DAP. Siapa yang tak hormat siapa ?

Tak tahulah aku betapa bodohnya Pengerusi DAP Kedah/Perlis ni. Macam dah takde benda lain lagi ke nak dijadikan isu. Mungkin juga si Thomas Su ni ada kepentingan peribadi dalam pusat penyembelihan tersebut. Demi nak pertahankan keputusan dungu yang mereka ambil, maka si bodoh ni menyebut tindakan Kerajaan Negeri yang diketuai PAS ini tidak menghormati semangat setiakawan dalam Pakatan Rakyat.

Sebenarnya DAP sengaja nak "cari pasal" dengan PAS. Sebenarnya DAP mula bimbang dengan sokongan mendadak masyarakat Cina terhadap PAS sejak kebelakangan ini. Mereka mula risau senario ini apabila melihat Kelab Penyokong PAS tumbuh dengan begitu pesat sekali mutakhir ini.

Perlu diingat masih terdapat beberapa orang pimpinan kanan DAP memang tidak mahu PAS mengetuai kerajaan Malaysia jika Pakatan Rakyat berjaya mengusai Parlimen kelak. Mereka lebih rela jika PKR yang mengetuainya. Salah satu cara untuk menghalang kemaraan PAS daripada memenangi lebih banyak kerusi Parlimen adalah dengan mempengaruhi minda pengundi Cina agar tidak menyokong PAS.

Ekoran tindakan meroboh ini, DAP dilihat mengambil peluang untuk mewujudkan rasa tidak puashati masyarakat Cina terhadap PAS.

Percayalah... sebenarnya tindakan DAP Kedah ini akan menikam diri mereka sendiri. Just wait and see.

DAP tak perlu nak bersandiwara dalam isu lapok ini. Kalau benar nak keluar dari Pakatan, silakan. Takde sapa yang menyuruh dan menghalang.

Adios.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger