Tuesday, July 7, 2009

PRK Manek Urai : Rasuahhhhhh .... Itulah UMNO !

Ibarat kata pepatah "Kalau dah bangkai tu, disorok macamana pun pasti berbau". Itulah UMNO yang memang sudah terkenal seantero dunia sebagai sebuah parti yang korup. Tanpa duit, dah lama UMNO berkubur. Demi untuk memenangi kerusi DUN Manek Urai, UMNO tetap dengan rentaknya seperti biasa. Rasuahhhhhh....

UMNO dan duit sudah tidak boleh dipisahkan. Ibarat irama dan lagu. Tanpa irama, rosaklah lagu. Begitulah juga dengan parti hapraq orang Melayu ni. Masih mampu hidup walau sudah tenat kerana masih ada "vitamin haram" yang digunakan untuk memperbodohkan bangsa sendiri. Masih dikira bernasib baik kerana majoriti orang Melayu dalam negara ini berada dalam kategori buta hati dan politik.

Bahasa apa lagi yang boleh kita gunakan untuk menyedarkan orang Melayu UMNO yang mengaku Islam ini. Dah berpuluh tahun ditipu, diperbodohkan dan dibuai dengan janji-janji golongan munafiq UMNO, namun si Melayu ini tetap setia dan taat pada parti yang telah membuang segala hak orang Melayu.

Satu masalah lagi bila kita kata UMNO munafiq atau kafir, mereka marah. Tetapi mereka lupa yang kita bercakap berlandaskan hujah Al-Qur'an dan Hadis. Kita nak tanya kepada seluruh orang Melayu yang masih menyokong UMNO, ke manakah pergi akal fikiran yang waras sehingga langsung tak boleh menilai betapa buruk dan sesatnya parti yang kamu sokong selama ini. Mana pergi akal selama ini jika sudah jelas di depan mata yang UMNO sendiri mengkhianati agama Islam, negara dan bangsa Melayu.

Mari kita senaraikan semula segala macam kekejian yang dilakukan oleh UMNO selama ini ;

Aqidah Islam - UMNO memang jelas berfahaman sesat. Almarhum Tunku Abd.Rahman sendiri mengesahkan bahawa UMNO sebuah parti kebangsaan berfahaman sekular. Fahaman Kristian yang memisahkan agama dengan politik. Confirm sesat.

Sejak merdeka lagi pemimpin UMNO dengan sengaja tidak pernah berusaha untuk menukar Perlembagaan yang sedia ada hari ini kepada Perlembagaan Al-Qur'an. Mereka masih lagi mengekalkan Undang-Undang Penjajah Inggeris. Ini satu bukti lagi menunjukkan UMNO memang parti sesat dan menyesatkan orang lain. Dalam Al-Qur'an, Allah menegaskan golongan pemimpin seperti UMNO ini sebagai kafir, zalim atau fasiq.

Surah Al Maa-idah (5) : ayat 44 - 47 yang bermaksud :

44. Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu Nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu Dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.

45. dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam Kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

46. dan Kami utuskan Nabi Isa Ibni Maryam mengikuti jejak langkah mereka (Nabi-nabi Bani Israil), untuk membenarkan Kitab Taurat Yang diturunkan sebelumnya; dan Kami telah berikan kepadanya Kitab Injil, yang mengandungi petunjuk hidayah dan cahaya yang menerangi, sambil mengesahkan benarnya apa yang telah ada di hadapannya dari Kitab Taurat, serta menjadi petunjuk dan nasihat pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.

47. dan hendaklah ahli Kitab Injil menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah di dalamnya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.

Murtad - lebih 250 ribu orang Melayu yang didedahkan oleh Mufti Perak dan statistik ini disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Selama ini UMNO tidak pernah membela dan memelihara kedaulatan Islam.

Rasuah dan Penyelewengan
- Dah terlampau banyak bukti didedahkan oleh DSAI yang juga bekas Timbalan Presiden UMNO yang difitnah dan dipecat kerana menentang rasuah dan kronisma yang berlaku dalam UMNO.

Jenayah - Pembunuhan dalam Peristiwa Memali, pembunuhan Mustaskizah, pembunuhan Altantuya, pembunuhan Norita Samsuddin, pembunuhan Dato' Taha dan pelbagai lagi kes jenayah yang "disenyapkan". Kes pukul anak orang sampai separuh mati (tanya Zahid Hamidi).

Merampas Hak Orang Melayu - Biasiswa untuk anak orang Melayu yang dijamin oleh Perlembagaan itu pun dihapuskan. Hari ini anak-anak orang Melayu yang melanjutkan pelajaran ke IPTA dan IPTS terpaksa menanggung hutang sepanjang hayat. Manakala tanah milik orang Melayu semakin hilang dari genggaman. Di Johor saja, tanah milik orang Melayu hanya tinggal 11% saja. Itu pun termasuk tanah Felda dan Felcra. Mana perginya hilang tanah orang Melayu di negeri yang disebut sebagai Darul UMNO. Lama-kelamaan orang Melayu akan menumpang di tanah orang lain di negeri sendiri.

Inilah akibatnya jika memilih golongan MUNAFIQ sebagai pemimpin yang memerintah negara. Pelbagai bala' dan segala macam masalah berlaku.

Kepada seluruh orang UMNO dan para penyokongnya, lain kali jangan setakat baca Al-Qur'an saja. Itu pun kalau masih membacanya. Berusahalah untuk membaca tafsirnya sekali. Belajarlah dari golongan Ustaz dan Ulama' yang jujur dengan ilmunya. Bukan daripada kumpulan Ustaz dan Ulama' pengampu UMNO.

Kalau dah dibawa dengan hujah Al-Qur'an dan Hadis pun masih tak percaya juga, tak tahulah betapa sesatnya pemimpin dan seluruh ahli UMNO yang ada hari ini. Bagi yang dah mati tu, esok jawablah sendiri di hadapan Allah SWT.

Jazakallah.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger