Wednesday, July 8, 2009

PPSMI : Habis Begitu Saja Duit Rakyat RM 5 Bilion

Inilah yang dikatakan try and error. Dulu bila Mahathir mengarahkan perlaksanaan PPSMI, semua pemimpin UMNO di seluruh peringkat menyokong kehendak beliau termasuk Ketua Cawangan UMNO yang "bodoh" Inggeris pun bersetuju.

Sedangkan dalam waktu yang sama seluruh pimpinan pembangkang, pakar bahasa, tokoh pendidikan Cina menentang idea tersebut kerana menyedari ianya bukanlah satu cara yang berkesan bagi meningkatkan keupayaan dan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar sekolah.

Bukan setakat itu saja malah beberapa orang Professor yang terdiri daripada pakar Bahasa dan Linguistik pergi menemui Mahathir untuk menyuarakan pendapat mereka agar tidak dilaksanakan dasar PPSMI tersebut. Namun, siapalah mereka pada pandangan Mahathir yang terkenal dengan sikap diktatornya. Khabarnya, Mahathir hanya dengar saja penjelasan mereka tanpa sebarang komen. Setelah selesai, Mahathir hanya cakap "I want to do that".

Kerajaan telah membelanjakan kira-kira hampir RM5 bilion untuk perlaksanaan tersebut. Kos ini termasuk mencetak buku teks baru, membeli kelengkapan ABM seperti laptop, LCD Projector dan Screen, mengadakan kursus intensif kepada guru Matematik & Sains, pembayaran elaun dan pelbagai lagi kos berkaitan.

Hari ini Menteri Pelajaran, Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan telah mengambil keputusan untuk memansuhkan PPSMI ini yang akan berkuatkuasa pada tahun 2012. Keputusan ini dibuat ekoran kajian terperinci yang dibuat sepanjang 6 tahun dan mendapati perlaksanaan PPSMI ini tidak sepertimana yang diharapkan. Muhyiddin juga memberitahu Parlimen bahawa para pelajar gagal menunjukkan sebarang peningkatan dalam kedua-dua subjek tersebut sepanjang 6 tahun ianya dilaksanakan.

Kita tak nafikan bahawa penguasaan Bahasa Inggeris juga amat penting. Malah Nabi kita sendiri menyuruh umatnya menguasai pelbagai bahasa asing. Namun apa yang kita kesalkan apabila kaedah yang dibuat ini sebenarnya tidak akan mampu meningkatkan keupayaan pelajar dalam menguasai bahasa tersebut. Tak tahulah macamana Mahathir boleh terfikir idea paling bodoh ni. Inilah susahnya bila ada PM yang terlampau 'taksub' dengan Bahasa Inggeris sehingga dah tak boleh nak berfikir secara waras.

Cuba kita tanya kat Mahathir, anaknya sendiri Mirzan yang fasih Inggeris tu pun gagal dalam business sehingga nak pakai duit rakyat untuk kambus hutang syarikat perkapalannya yang berjumlah RM 400 juta. Sebab Mahathir pernah cakap, kalau nak berjaya dalam apa jua bidang mestilah menguasai bahasa Inggeris. Inilah cakap orang tua nyanyuk yang tidak berpijak di bumi nyata. Pi tanya kat dia, mengapa Jepun boleh berjaya menjadi sebuah negara pengeluar kereta utama dunia tanpa sibuk-sibuk dalam hal bahasa Inggeris ni. Mereka tetap dengan bahasa ibundanya.

Yang kita kat Malaysia ni dah terbalik. Bahasa sendiri nak dibuang kemudian bahasa orang lain pulak kita nak agung-agungkan. Tak tahulah macamana bercelarunya kepala otak si mamak tua ni. Lepas tu Malaysia bukan semakin maju malah dah ketinggalan jauh dengan Singapura dan Korea Selatan.

Sebenarnya Mahathir buat PPSMI ni hanya untuk bagi projek pada kroni. Itu yang sebenarnya. Dia peduli apa samada berjaya ataupun tidak.

Lepas ni berbilion ringgit lagi wang rakyat akan dibelanjakan ekoran pemansuhan ini.

Berikut laporan berita the malaysianinsider dan malaysiakini berhubung PPSMI ;

1- Government scraps teaching of maths and science in English

2- Pakatan asks why PPSMI dropped

3- Mansuh PPSMI "kejayaan rakyat"

4- PPSMI dimansuhkan mulai 2012

from the land below the wind

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger