
Nah, apa yang berlaku di Bukit Katil, Melaka membuktikan betapa samsengnya Pemuda UMNO Bukit Katil yang bertindak memecahkan meja Kaunter Pendaftaran Pemilih yang dibuka oleh DAP dan PAS.
Apa masalahnya sehingga menyerang orang tak tentu pasal. DAP dan PAS bukannya berkempen pada pengunjung pasar malam agar mengisi borang ahli tetapi mereka membuka kaunter pendaftaran pemilih. Apa salahnya. Dan terbukti ianya tidak menyalahi undang-undang apabila terdapat beberapa orang wakil Majlis Bandaraya dan anggota Polis yang bertugas di situ tidak menghalang pun kaunter tersebut untuk dibuka.

Bukan setakat orang DAP dan PAS saja yang dimaki malah wakil Majlis Bandaraya dan anggota Polis yang berada di situ pun turut sama dimaki oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bukit Katil.
Berikut adalah laporan berita yang disiarkan oleh malaysiakini ;
1- Pemuda UMNO Akui Pecah Meja DAP
2- PAS Melaka : Pemuda UMNO 'ganas'
Hari demi hari semakin terserlah kebobrokan UMNO. Sebuah parti yang sudah jauh menyimpang dari tujuan asal penubuhannya. Melayunya ke mana, Islamnya pula jauh sekali.
Yang pasti UMNO sedang menuju kehancuran.
Adios.
No comments:
Post a Comment