Sunday, July 12, 2009

Apa Agama UMNO Selama Ini ?

Terkejut ada, marah ada. Yang pasti kalau aku ada di hadapan orang yang berkata "Tukar Agama Seketika Tak Apa", memang aku bagi penampar sekali. Inilah bukti golongan Munafiq dalam UMNO.

Nampaknya semakin hari semakin terserlah kesesatan UMNO. Demi nak menggapai apa yang diingini, pemimpin UMNO sanggup melakukan apa saja hatta perkara yang boleh merosakkan 'Aqidah Islam mereka.

Persoalannya apa perlunya salah seorang petugas yang membahagikan tambang kepada pengundi DUN Manek Urai menyebut ayat tersebut. Sedarkah dia bahawa kata-katanya itu boleh menyebabkan dia terkeluar daripada Islam. Kejadian ini berlaku di salah sebuah rumah pemimpin UMNO di Kuala Lumpur.

Apa yang berlaku ini dengan sendirinya menjelaskan betapa UMNO rupanya selama ini menganut agama lain. Bukannya Islam. Kalau tak, kenapa petugas tersebut berkata demikian. UMNO sendiri tahu dan sedar bahawa PAS selama ini memang memperjuangkan Islam yang betul. Cumanya mereka tak mengakui secara terang-terang sebab takut nanti rakyat yang menyokong UMNO akan lari kepada PAS.

Persoalannya, apakah agama yang dianuti oleh UMNO selama ini ? Jika nak diambil kira dari sudut fahaman dan undang-undang yang dipegangnya selama ini, UMNO lebih mirip kepada Kristian. Bahasa mudahnya UMNO memang parti sesat lagi menyesatkan.

Aku bukan menuduh tetapi atas dasar fakta berikut ;

Fakta 1 - Almarhum Tunku sendiri mengesahkan UMNO adalah parti kebangsaan berfahaman sekular.

Fakta 2 - Ulama' Muktabar Dunia sendiri telah sepakat mengeluarkan fatwa bahawa Sekularisma ini adalah fahaman sesat yang boleh merosakkan 'Aqidah Islam.

Fakta 3 - Sekularisma ini adalah fahaman Kristian yang memisahkan agama dengan politik.

Fakta 4 - Syeikh Mustafa Sabri, seorang ulama' masyhur di zaman Pemerintahan Khalifah Uthmaniyyah pernah mengeluarkan fatwanya yang berbunyi ;

"Jalan mudah untuk menjadi KAFIR apabila memisahkan agama dengan politik".

Fakta 5 - Pemimpin UMNO dengan sengaja menolak Undang-Undang Allah (Al-Qur'an) walaupun sudah 51 tahun memerintah negara. Sehingga hari ini pemimpin UMNO masih mengekalkan Undang-Undang Kristian (Perlembagaan Malaysia) yang didraf oleh Suruhanjaya Reid atas kehendak Inggeris. Apakah pemimpin UMNO merasakan Undang-Undang Sekular ini lebih baik daripada Undang-Undang Islam (Al-Qur'an) ?

Dalam Surah Al An'am (6) : ayat 159 yang bermaksud ;

Bahawasanya orang-orang yang mencerai-beraikan agama mereka (dengan perselisihan-perselisihan yang berdasarkan hawa nafsu) dan mereka menjadi berpuak-puak, tiadalah engkau terkait sedikitpun dalam (perbuatan) mereka. Sesungguhnya perkara mereka hanya terserah kepada Allah. Kemudian Dia akan menerangkan kepada mereka (pada hari kiamat kelak), apa yang telah mereka lakukan (dan membalasnya).


Almarhum Prof Hamka menafsirkan ayat ni sebagai "Apabila ada keyakinan bahawa ada sistem lain yang lebih baik daripada sistem Islam, maka kafirlah orang itu walaupun masih sembahyang."

Selama ini bila aku menyebut UMNO sesat, ada yang emosi. Nah ! sekarang petugas UMNO sendiri menyebut "Tukar Agama Seketika Tak Apa"... Confirmlah, memang UMNO menganut agama lain.

Kalau ahli dan penyokong UMNO masih mahu mengaku Islam.... sila tinggalkan UMNO. Ini bukan persoalan berlainan parti tapi ianya melibatkan 'AQIDAH ISLAM. Jika pegangan 'Aqidah dah rosak, tak guna sembahyang sampai bocor sejadah. Pergi haji selalu pun tak guna. Buat penat je.

Macam orang kafir, walau berkoyan mereka buat baik namun tiada nilai di sisi Allah sebab pegangan 'Aqidah mereka sesat.

Fikirkanlah...

Sayonara.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger