Friday, April 29, 2011

UMNO cuba 'meminang' lagi PAS

Sewaktu berucap di Terengganu hari ini, Najib sekali lagi meluahkan apa yang terbuku dalam hatinya untuk 'meminang' PAS setelah beberapa cubaan sebelum ini gagal. Walau hasrat peminangan itu tidak disuarakan secara terus, namun kita semua boleh memahaminya. Yang jelas UMNO kini begitu terdesak bagi menghadapi PRU13.

Katanya, "Kita lihat poster di sini (Terengganu) “PAS ganti Umno”, realitinya “DAP ganti PAS”, di Sarawak (pilihan raya negeri 16 April lepas), PAS berkempen berhempas pulas, akhirnya, yang untung, DAP."

"PAS, cukuplah dalam pakatan pembangkang, alihlah kepada yang lain, tak masuk BN pun tak apa, tetapi keluarlah dari pakatan pembangkang."

"Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam?"

"Hadi, cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP, masuk BN."

Apakah maksud yang tersirat daripada ucapan Najib itu?

Bagi yang cerdik dan celik mata hatinya, nescaya akan tertawa bila dengar ucapan Presiden UMNO ni.

Pertama, UMNO sendiri dah tak yakin dengan sokongan pengundi Melayu khususnya di 4 negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat. Logiknya, dengan segala jentera dan wang yang dimiliki serta pelbagai jenis penipuan dalam pilihanraya, apa perlunya UMNO gusar.

Kedua, UMNO akan gunakan sentimen perkauman dan agama bila semakin hilang sokongan.

Ketiga, UMNO cuba menggoncang hubungan baik PAS - DAP.

Keempat, UMNO takut kehilangan Terengganu dalam PRU13. Sebab itu Najib sebut "Kita lihat poster di sini (Terengganu) “PAS ganti Umno”, realitinya “DAP ganti PAS..." bagi menimbulkan kebimbangan orang Melayu di Terengganu jika PAS memerintah negeri itu, bermakna DAP yang untung.

Kelima, UMNO sedar tanpa sokongan pangundi Cina, bermakna BN dalam bahaya dan boleh hilang kuasa di Putrajaya. Akibatnya, Najib akan turun takhta dan akan berhadapan dengan pelbagai dakwaan di mahkamah, khsusunya kes pembunuhan Altantuya. Begitu juga nasib pak-pak Menteri UMNO yang lain.

Penulis yakin, Najib dan UMNO akan terus memainkan isu perkauman dan agama bagi meraih kembali simpati pengundi Melayu.

Sebagai Muslim, kita tidak seharusnya termakan dengan segala propaganda dan pembohongan UMNO selama ini. Sejarah membuktikan bahawa UMNO ialah musuh No.1 Islam. Peristiwa Berdarah Memali hingga Ustaz Ibrahim Libya dan 13 rakannya dibunuh secara kejam atas arahan UMNO. Mereka dibunuh kerana mengamal dan memperjuangkan Islam dalam kehidupan seharian serta tegas menentang kesesatan fahaman sekular UMNO. Bila ceramah Ustaz Ibrahim Libya atas pentas PAS dihadiri oleh ribuan umat Islam, UMNO rasa tergugat dan perlu buat sesuatu.

PAS adalah sebuah jamaah Islam yang syumul. Bukan berjuang atas dasar perkauman. Justeru PAS berkawan dengan DAP bukan sekadar atas dasar kesepakatan menentang kezaliman dan penyelewengan semata-mata, tapi lebih besar dari tu. Yaitu dakwah Islamiyyah.

Dan telah terbukti hari ini hasil dakwah PAS, kini DAP sudah mula memahami betapa adilnya Islam itu sendiri. Lebih membanggakan bila semakin ramai pemimpin DAP sudah mula berjinak-jinak membaca tafsir Al-Qur'an untuk disampaikan dalam ceramah mereka.

Kita harus sedar bahawa Rasulullah diutuskan oleh Allah untuk membawa rahmat pada seisi alam.

Insya'Allah, hasil dakwah PAS yang berterusan, penulis yakin akan ada di kalangan pimpinan maupun ahli DAP sendiri memilih Islam sebagai pegangan hidup mereka.

"Masa Untuk Berubah"

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger