Saturday, April 2, 2011

SPRM tak usah berlakonlah... rakyat mual

Baru-baru ini SPRM bertindak 'agresif' menahan 62 pegawai Kastam dari pelbagai peringkat. Dalam operasi tersebut, beberapa akaun milik pegawai yang ditahan telah dibekukan. Jumlah keseluruhan wang yang disimpan dalam beberapa akaun tersebut dianggarkan RM1.7 juta.

Soalnya, mengapa aktiviti keji rasuah ini begitu popular dalam jabatan Kastam, Polis, Imigresen, JPJ, malahan telah merebak ke seluruh jabatan kerajaan termasuk SPRM sendiri. Begitu juga dalam angkatan tentera. Sebelum ini umum beranggapan rasuah hanya berlaku dalam agensi penguatkuasa saja.

UMNO Bapak Segala Paksi Kejahatan

Barah rasuah yang berlaku dalam negara semakin menjadi-jadi sejak zaman Bapak Pembohong, Mahathir. Di eranya mula berlaku amalan nepotisme dan kronisme.

Sebenarnya UMNO menjadi punca kepada wabak pemusnah negara ini semakin subur dan berkembang biak hingga tak boleh dikawal lagi sekarang. Kalau ada tangkapan dan pendakwaan yang dibuat oleh SPRM hanya sekadar 'melepas batuk di tangga'.

Jika Amerika digelar paksi segala kejahatan di dunia, manakala UMNO ialah bapak segala kejahatan di negara ini.

'Operasi 3b' itu dibuat bagi menyelamatkan agensi di bawah Kementerian Kewangan itu yang kehilangan hasil negara dianggarkan RM3 bilion.

Operasi menangkap 'ikan bilis' dalam Jabatan Kastam ini hanyalah 'gimik' sementara apatah lagi dalam keadaan negara ketiadaan wang.

SPRM tak usah sembang banyaklah dengan membuat kenyataan kononnya nak menyelamatkan Kastam yang kehilangan RM3 bilion akibat pelakuan rasuah pegawainya.

Kita nak tanya SPRM beberapa soalan;

- kenapa tak ditahan dan didakwa seluruh pimpinan utama UMNO BN yang memiliki harta dan wang tunai berjumlah ratusan juta, malah ada yang memilki harta berbilion ringgit.

- kenapa tak disiasat KM Sarawak yang terbukti memiliki kekayaan berbilion dollar Amerika.

- kenapa tak siasat Mahathir dan Paklah kerana di era mereka berdua negara mengalami kerugian RM100 bilion dan RM250 bilion.

- kalau betul telus, mengapa tak berani sentuh Najib walhal ada dokumen bukti penyelewengan yang dilakukan dalam skandal pembelian pesawat Sukhoi dan Scorpene?

- kenapa tak siasat seluruh pimpinan UMNO BN sedangkan beratus laporan Polis telah dibuat terhadap mereka bersama dokumen bukti penyelewengan dan rasuah yang dilakukan?

- bagaimana Teoh Beng Hock boleh mati semasa berada di pejabat SPRM?

- kenapa takut nak jumpa PI Bala di London berhubung skandal pembelian Scorpene hingga Altantuya Shaaribu mati dibunuh secara tragis?

Penulis tidak menyalahkan seluruh pegawai dan kakitangan SPRM kerana sebahagian besar mereka benar-benar mahu menjalankan tugas secara profesional. Malah ramai yang merungut bila ada kes yang melibatkan individu tertentu yang ada hubungan dengan pihak atasan, mereka dihalang daripada menjalankan tugas yang diamanahkan.

SPRM di bawah telunjuk UMNO

Penulis masih ingat dalam PRU11 lalu, satu perangkap telah dirancang oleh petugas PAS bila salah seorang calonnya telah 'berpura-pura' ingin menarik diri dari bertanding di DUN Pasir Raja setelah penamaan calon selesai. Ketika itu, calon pihak lawan ialah Datuk Halimah Saddiq dari UMNO BN.

Dalam perbualan melalui telefon, calon PAS telah menyatakan 'persetujuan' untuk menarik diri dari bertanding dengan syarat tertentu. Setelah kedua pihak berpuashati, akhirnya tarikh dan masa pertemuan telah ditetapkan. Tempatnya ialah di rumah calon PAS sendiri.

Pada hari sebagaimana yang dipersetujui, datanglah seorang lelaki (orang Halimah Saddiq) ke rumah calon PAS dengan membawa sebuah briefcase. Dengan 'gembira' calon PAS menyambutnya.

Mereka menyambung perbincangan secara empat mata hingglah wakil Halimah Saddiq berpuashati dan yakin calon PAS itu akan menarik diri dari bertanding dan akan memberi kemenangan percuma kepada Halimah Saddiq.

Semasa wakil Halimah mahu menyerahkan briefcase yang berisi sejumlah wang yang agak besar jumlahnya, di saat itulah petugas PAS menyerbu masuk ke dalam rumah hingga membuatkan wakil Halimah tercengang dan pucat lesi mukanya.

Pihak PAS telah menyoal-siasat wakil Halimah itu sementara menanti ketibaan pegawai SPRM. Dalam soal-siasat itu, dia mengaku memang Halimah memberi tugasan padanya untuk 'memujuk dan membeli' calon PAS.

Wakil Halimah ditahan di dalam rumah tersebut bersama briefcase (bukti) sementara menunggu pegawai SPRM tiba. Sebenarnya pegawai SPRM hanya dihubungi setelah perangkap yang dipasang mengena.

Yang hairannya, pegawai SPRM bertanya kenapa mereka tidak dimaklumkan lebih awal agar mereka sendiri yang buat tangkapan tersebut. Sebenarnya bukan PAS tak mahu maklumkan lebih awal tapi sudah hilang kepercayaan terhadap kredibiliti SPRM itu sendiri.

Setelah wakil Halimah itu diserahkan kepada SPRM, pendakwaan telah dibuat ke atasnya. Keluarlah berita tentang penahanannya pada keesokan hari dalam Harian Metro Selatan saja. Namun Halimah Saddiq langsung tidak diusik oleh SPRM walau ada bukti rakaman soal-siasat antara wakil PAS dengan wakilnya di rumah itu. Dan rakaman itu dilakukan secara rahsia.

Inilah antara kes yang membuktikan SPRM memang jadi barua UMNO laknatullah...

Minta maaf cakaplah. Selagi mana negara ini diperintah UMNO BN, maka selagi itulah rakyat tidak percaya dengan seluruh agensi penguatkuasa undang-undang seperti SPRM, Polis dan seumpamanya.

Masa Untuk Berubah.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger