Wednesday, April 20, 2011

Dah masuk neraka, baru nak nyesal

Kejayaan DAP memenangi 12 dari 15 kerusi yang ditandinginya di PR Sarawak baru-baru ni memang telah dijangka oleh semua pihak. Kawasan majoriti pengundi Cina. Dan harus dipuji sikap pengundi Cina Sarawak yang berani melakukan perubahan itu. Yang menimbulkan seribu tanda-tanya hingga ke saat ini ialah sikap pengundi Melayu Islam yang masih berdegil dan terus-menerus memberi undi pada parti yang dipimpin oleh manusia korup dan zalim.

Jika diambil kira sudut sosio-ekonomi, orang Melayu jugalah yang hidup susah dan melarat. Negara ini dah merdeka lebih 50 tahun dan selama itulah Malaysia dan Sarawak mempunai PM dan KM berbangsa Melayu. Anehnya, yang hidup miskin dan susah ialah orang Melayu juga.

Ke mana perginya dakwaan dan propaganda UMNO dan PBB selama ini yang menyebut merekalah pembela bangsa Melayu???

Malangnya masyarakat Melayu yang majoritinya beragama Islam masih terpedaya dengan golongan munafiq yang mendakwa diri sebagai pembela bangsa sedangkan dah terbentang depan mata sendiri yang mereka hanya mengkayakan diri, keluarga dan kroni semata-mata.

Dalam konteks pemimpin jahat dan tidak beriman ini, Allah SWT telah memberitahu kita semua dalam Surah Muhammad (47) : ayat 22 yang bermaksud;

"(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan, jika kamu dapat memegang kuasa, kamu akan melakukan kerusakan di mukabumi, dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat?"

Dalam ayat ini, ulama' tafsir menghuraikan pemimpin yang tidak beriman (munafiq, perasuah dan zalim) ada 4 ciri utama. Yaitu;

- bertindak sesuka hati
- menahan orang tanpa bukti
- mengkayakan diri, keluarga dan kroni
- gila kuasa

Allah SWT menegaskan rakyat tidak selamat di bawah pemerintah yang jahat.

Malangnya mutakhir ini umat Islam dah semakin jauh daripada Islam itu sendiri. Al Qur'an sudah hilang dari jiwa mereka manakala Sunnah dianggap sudah tidak relevan lagi masakini. Apa yang tinggal hanyalah perkataan Islam di kad pengenalan.

Akibatnya, Allah SWT menurunkan bala' dengan membiarkan pemerintah jahat dan zalim terus berkuasa di negara ini ekoran kedegilan umat Islam sendiri.

Masalahnya, bukan setakat pemimpin yang jahat dan tidak beriman itu saja yang akan dihumban ke dalam Neraka, malah para pengikut dan penyokong mereka turut sama dilempar sama ke dalam Jahannam. Wana'uzubillah.

Firman Allah dalam Surah Al Ahzab (33) : ayat 66-68 yang bermaksud;

Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah. Dan mereka berkata lagi: "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. "Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!"

Kepada seluruh umat Islam, penulis menyeru segeralah meninggalkan UMNO dan BN sementara masih ada umur. Kembalilah kepada ajaran Al Qur'an dan Sunnah semuga hidup kita berbahagia di dunia dan lebih-lebih lagi di Akhirat kelak.

Wassalam

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger