Tuesday, April 19, 2011

Kelemahan sentuhan PAS punca kekalahan?

Ronnie Liu berucap dalam kempen di DUN Sadong Jaya

Tidak dinafikan sepanjang kempen pilihanraya Sarawak tempohari, ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat, masing-masing lebih menumpukan kawasan yang ditandingi. Terfikir juga kenapa tiada pimpinan PKR dan DAP datang berkempen di kawasan yang ditandingi oleh PAS. Apakah jentera PAS yang diamanahkan di kesemua lima DUN tidak mengundang pimpinan dari DAP dan PKR untuk berceramah dan bertemu pengundi? Satu persoalan yang harus dijawab.

Contonhnya di DUN Muara Tuang yang mempunyai 50% pengundi Cina dan Iban. Khabarnya tiada pimpinan DAP yang diundang berceramah di sana. Bagi penulis, ini satu kesilapan besar yang dilakukan oleh jentera PAS jika benar tidak mengundang penceramah seperti Lim Guan Eng dan lainnya.

Sebenarnya peluang PAS untuk memenangi kerusi Muara Tuang amat cerah kerana peratusan pengundi bukan Islam tinggi serta disookong oleh gelombang kebencian terhadap Taib Mahmud.

Mungkin pengundi Cina dan Iban di DUN Muara Tuang beranggapan seolah-olah PAS bukan rakan kepada DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat. Tanggapan sebegini tidak boleh diketepikan begitu saja bila dilihat tiada seorang pun di kalangan pimpinan DAP dan PKR turun berceramah bersama pimpinan PAS yang lain.

Dalam konteks ini, AJK PAS Pusat Dr Dzulkifly Ahmad sendiri mengakui bahawa seorang kawan adik iparnya yang bekerja di Sarawak, pro-pembangkang dalam pendirian politiknya berkata, beliau gagal mencari logo DAP atau PKR dalam kertas undi di kawasan PAS bertanding, maka beliau akhirnya memangkah dacing (Barisan Nasional).

Apa maksudnya?

Yaitu PAS gagal menampilkan dirinya sebagai parti yang sinonim dengan DAP dan PKR. Maknanya, PAS gagal memberi mesej yang jelas kepada pengundi bahawa sokongan terhadap PAS samalah dengan sokongan terhadap DAP dan PKR."

Mungkin jentera PAS terlepas pandang dalam soal ini. Penulis geleng kepala bila dapat tahu tiada pimpinan DAP yang diundang berceramah bersama pimpinan dan calon PAS di Muara Tuang. Peluang menang dah ada, cuma sentuhan tidak menepati sasaran.

Walhal DAP sendiri mengundang pimpinan PAS termasuk TGNA dan TGHH untuk berceramah di kawasan yang ditandingi mereka. Sambutan pengundi Cina terhadap kedua-dua pimpinan PAS itu amat hebat. Sewaktu TGNA naik ke pentas bersama salah seorang calon DAP di Kuching, beliau telah disambut dengan tepukan gemuruh oleh ribuan pengundi Cina. Selepas selesai berucap, mereka berpusu-pusu mahu bersalam dengan MB Kelantan itu, malah ada yang meminta autograf.

Pengalaman peribadi

Pengalaman penulis sendiri berucap di hadapan penduduk Kristian di salah sebuah kampung di Sabah dalam satu program PAS Kawasan Sepangar menyampaikan bantuan sebelum Krismas. Dalam ucapan ringkas itu, penulis bacakan sepotong ayat Al-Qur'an yang bermaksud "Tiada paksaan dalam agama...." Kemudian jelaskan kepada mereka "Walaupun PAS sebuah parti Islam, namun dalam kitab kami Al-Qur'an ada menyebut bahawa Islam melarang umatnya memaksa penganut agama lain untuk memeluk Islam. Islam menjamin hak penganut agama lain untuk mengamalkan kepercayaan mereka..."

Alhamdulillah, selepas lawatan kami itu, penulis dimaklumkan oleh Ketua Pemuda PAS Sepangar bahawa penduduk Krisitian di kampung itu ingin menjadi ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP). Malangnya, usaha untuk menubuhkan cawangan penaja DHPP itu tergendala disebabkan ugutan pihak tertentu.

Penulis yakin jika seluruh pimpinan, ahli dan jentera PAS terus mendekati masyarakat bukan Islam, nescaya satu hari nanti PAS juga boleh bertanding di kawasan majoriti pengundi bukan Islam di mana saja.

Musuh-musuh Islam di kalangan kafir harbi dan munafiq UMNO tidak akan berhenti daripada menakutkan masyarakat bukan Islam tentang PAS. Pelbagai fitnah dilemparkan sejak dulu, kini dan selamanya. Namun usaha jahat itu semakin gagal bila ribuan rakyat bukan Islam telah menyertai DHPP kerana yakin dengan keadilan Islam yang dibawa oleh PAS sebagai dasar parti.

Islam for all

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger