Friday, April 29, 2011

Beranikah Najib penjarakan Anwar?

Esok si Eskay akan bersumpah laknat macam Saiful dulu. Tujuannya tak lain tak bukan adalah semata-mata mahu membenarkan fitnah yang ditujukan pada Anwar. Sebelum ni, pihak Polis dah mengesahkan lelaki dalam video lucah itu bukan Anwar tapi nampaknya Eskay masih belum mahu mengaku kalah. Langkah terakhir dengan bersumpah laknat.

Bukan saja Eskay tak ngaku kalah, malah si Ghani Patail sendiri turut menggunakan kuasanya sebagai Peguam Negara mengarahkan Polis menyiasat semula video lucah tu, juga mengarahkan Polis mengambil keterangan dari Anwar sendiri.

Taklah sesukar mana nak memahami konspirasi jahat dan terkeji ini. Najib, Rosmah, Ghani Patail dan seluruh pimpinan utama UMNO memang cukup takut dengan Anwar. Sebab segala pekong busuk mereka ada dalam kocek Anwar.

Bayangkan kalau Pakatan Rakyat berjaya memerintah negara dalam PRU13 nanti. Apa akan jadi pada puak-puak penyamun dan penjenayah itu semua?

Pastinya Najib dan Rosmah akan dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan atas kes pembunuhan Altantuya dan segala penyelwengan mereka. Bukan takat Najib saja, malah Pak Lah dan Mahathir turut kita hadapkan ke mahkamah rakyat. Begitu juga nasib Ghani Patail dan semua individu yang terlibat dalam konspirasi fitnah 1 dan 2.

Seluruh dunia kini sedang mengikuti perjalanan kes fitnah liwat 2 ini. Dan pada 16 Mei akan diketahui keputusannya. Samada Anwar terus bebas atau dihantar kembali ke Sungai Buloh.

Soalnya sekarang, beranikah Najib memenjarakan Anwar sekali lagi? Adakah Najib tidak belajar dari PRU10 1998 lalu selepas pemecatan Anwar? Atau tidak mahu ambil 'resipi' Pak Lah yang berjaya memukau rakyat dengan penampilan 'Mr Clean' di awal kariernya sebagai PM?

Kita masih ingat bagaimana Pak Lah mencuit hati rakyat sejak hari pertama beliau mengangkat sumpah sebagai PM. Langkah awalnya, memberi lampu hijau pada SPRM untuk menyiasat Menteri Tanah dan Kooperasi masa tu, Kasitah Gaddam dan kroni Mahathir, Eric Chia atas pertuduhan rasuah.

Sentuhan awal Pak Lah ni benar-benar menggembirakan rakyat. Inilah PM yang ditunggu mereka. Telus dan mahu memerangi rasuah habis-habisan. Beberapa bulan kemudian, Mahkamah Rayuan pula membebaskan Anwar tanpa syarat. Sekali lagi rakyat terpegun dan percaya bahawa sudah ada tanda-tanda pemulihan terhadap integriti sistem keadilan negara di bawah pemerintahan Pak Lah.

Keyakinan rakyat itu dijelmakan dalam PRU11 2008 bila UBN berjaya memenangi hampir 98% kerusi Parlimen. Belum pernah berlaku sebelum itu. Pak Lah berjaya menambat hati rakyat Malaysia dengan kejayaan cemerlang, gemilang dan terbilang itu.

Bagi penulis, ianya merupakan satu kesilapan besar jika Najib mahu meneruskan hasratnya untuk memenjarakan Anwar sekali lagi. Bukan setakat rakyat, malah sebahagian besar ahli UMNO sendiri tidak percaya dengan konspirasi fitnah liwat 2 itu. Begitu juga dalam kes video lucah.

Rakyat tidak pernah lupa dengan pengakuan Mahathir "Anwar memang tidak bersalah pun. Semuanya hanya rekaan semata-mata", merujuk pada kes fitnah liwat 1 1998.

Apakah Najib yakin dengan memenjarakan Anwar akan menyebabkan Pakatan Rakyat kalah teruk dalam PRU13? Jika inilah percaturannya, bermakna Najib sedang menggali kubur untuk dirinya, UMNO dan BN.

Seperkara lagi, adakah Timbalannya Muhyiddin Yassin akan berdiam diri begitu saja tanpa berbuat sesuatu bagi memastikan dirinya segera menaiki takhta No.1. Malah Muhyiddin sendiri dilihat kurang memberi kenyataan berhubung kes fitnah liwat 2 ini.

Waima apa pun, kita tunggu saja keputusan muktamad dari Yang Maha Esa.

Wassalam.

1 comment:

1Crony said...

Tak kan tak tahu lagi? Najib ialah PM yang paling banggang dan korupsi pernah dilahirkan oleh Ketuanan Melayu di abad ke 20, di negara ini. Semua kebathilan pemerintahan beliau sudah tidak mampu ditutup lagi oleh sehelai daun teh, malah oleh spesis daun sebesar negeri Perak sekalipun. Ini terjadi sebenarnya adalah merupakan pertunjuk dari Allah SNW untuk bangsa yang munafik.

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger