Wednesday, April 6, 2011

Selepas Beng Hock, pegawai kanan Kastam pulak jatuh bangunan SPRM

Macam keras pulak bangunan SPRM ni. Entah-entah bangunan SPRM ni memang berpuaka kot, hingga dapat merasuk individu yang sedang disiasat agar bertindak terjun bangunan daripada menanggung malu kerana rasuah. Atau ada misteri lain yang tidak kita ketahui hingga pegawai kanan itu 'dipaksa mati' dengan cara hanpir sama dengan Teoh Beng Hock. Akhirnya mahkamah korner akan buat verdict bahawa pegawai itu tidak dibunuh dan bukan bunuh diri. Mati suka-suka je... He he he, dah macam kartun Malaysia ni di bawah kerajaan sial UMNO BN.

Mana tak sialnya kalau perasuah, pemfitnah, perogol dan pembunuh terus dipuja sebagai adiwira negara manakala musuh politiknya yang tak berdosa telah dituduh sebagai penjenayah.

Dalam kes kematian pegawai kanan Kastam ni, pasti mengundang seribu tanda-tanya, yaitu;

- apa perlunya dia bertindak terjun dari tingkat 3 sedangkan beliau telah dibebaskan dengan jaminan SPRM?

- kalau pun memang terlibat dengan rasuah, tunggulah saja perbicaraan di mahkamah hingga keputusan dibuat samada bersalah atau tidak.

- jika benar dia memiliki sejumlah wang yang besar hasil rasuah dan wang tersebut masih tersimpan, pulangkan saja kepada Kastam sebagai hasil negara. Kemudian, biar mahkamah buat verdict samada meringankan hukuman dengan membayar denda tanpa penjara atau apa saja yang munasabah.

- atau adakah pegawai kanan ini sekadar proksi pihak tertentu yang lebih tinggi pangkatnya?

- atau dia ada menyimpan banyak rahsia tentang segala segala pekong pegawai tinggi Kastam termasuk Ketua Pengarah sendiri yang lebih besar 'makannya'.

- atau segala rahsia rasuah pemimpin UMNO BN ada dalam rekodnya?

Semua ni ada kemungkinannya...

Kalau dalam kes Teoh Beng Hock, ianya memang kes politik. SPRM menjadi pecacai orang di Putrajaya dalam kes ini. Beng Hock dipaksa mengaku supaya ada kes yang boleh mensabitkan bosnya, anggota Exco Kerajaan Pakatan Selangor. Namun usaha itu gagal. Justeru, beliau dipukul dan dibelasah teruk semasa dalam siasatan. Malah pakar dari Thailand sendiri mengesahkan 80 peratus sebagai kes bunuh.

Berita selanjutnya di sini

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger