Saturday, April 23, 2011

Anwar mesti di'bunuh'

Sejarah kezaliman raja dan pemerintah telah berlaku sejak zaman Nabi lagi. Dan ianya akan berterusan sehinggalah dunia ini kiamat. Sapa yang tak tahu tentang kezaliman Fira'un dan Namrud hingga Allah SWT menceritakan kezaliman mereka di dalam Al-Qur'an sebagai 'iktibar kepada seluruh umat manusia.

Merupakan satu hal mendukacitakan bila mana umat Islam akhir zaman masih mahu bersekongkol dengan golongan pemimpin dan pemerintah yang seangkatan mereka berdua. Jika Fira'un akan bertindak membunuh semua bayi lelaki yang baru dilahirkan manakala Namrud pula akan membunuh rakyatnya yang enggan mengakui dirinya tuhan, maka apa bezanya dengan pemimpin UMNO yang sedang menerahui negara ketika ini.

Bezanya pemimpin UMNO tidak pernah mengaku diri mereka sebagai tuhan, namun segala tindak-tanduk mereka selama ini jelas mempertuhankan diri sendiri. Bukan menuduh tapi banyak buktinya.

Antaranya, menafikan perlaksanaan Undang-undang Al-Qur'an dan lebih percaya pada sistem ciptaan manusia kafir (sistem sekular) sebagai perlembagaan negara. Dalam konteks ini, golongan pemimpin sebegini telah mengambil manusia (mencipta undang-undang toghut) sebagai tuhan mereka.

Dan begitulah juga dengan rakyat yang menjadi penyokong pemimpin sebegini. Mereka juga termasuk dalam golongan yang memberhalakan pemimpin. Sebab mereka terus memberi mandat kepada pemimpin yang menafikan Perlembagaan Al-Qur'an.

Anwar perlu di'bunuh'

Lihat saja betapa sesatnya UMNO walau zahirnya nampak Islam tapi hakikatnya lebih jahat dari golongan kafir sendiri. MUNAFIQ.

Kita sendiri tahu bagaimana Anwar Ibrahim difitnah, dianiayai dan dipenjara tanpa sebarang kesalahan. Seluruh institusi dan jentera kerajaan diperalatkan sepenuhnya untuk merealisasikan visi 'membunuh' Anwar dalam apa cara sekalipun. By hook or by crook.

Setelah terbongkar darihal fitnah pertama, ingatkan tidak muncul fitnah seterusnya terhadap Anwar. Rupanya golongan munafiq UMNO terus-menerus merancang untuk 'membunuh' karier politik Ketua Pembangkang itu melalui fitnah 2. Sekali lagi rakyat dihidangkan dengan drama yang memualkan. Akhirnya kebenaran muncul bila perbicaraan bermula. Satu-persatu tipu fitnah UMNO terbongkar dalam kes ini. Penghujungnya Hakim 'upahan' terpaksa menolak bukti DNA yang dicuri. Walau perbicaraan masih berjalan, namun UMNO sedar Fitnah Liwat 2 bakal menemui jalan buntu.

Justeru dilancarkan pula konspirasi ketiga, berupa fitnah dalam bentuk video lucah. Kali ini Najib dan UMNO cuba menyembunyikan keterlibatan mereka dalam kes ini bila Trio Datuk T tiba-tiba muncul sebagai 'hero negara' dengan mendedahkan video tersebut yang kononnya melibatkan Anwar.

Tak sampai seminggu, tembelang mereka pecah. Satu persatu individu tampil membuat pendedahan kerja jahat mereka bertiga. Akhirnya UMNO masuk jerangkap yang dipasang sendiri.

Yang celakanya ialah KPN Ismail Omar. Nampak sangat jadi talibarut UMNO laknat. Soalnya mengapa pihak Polis langsung tidak bertindak terhadap trio yang jelas melakukan jenayah memiliki bahan lucah dan menayangkan kepada umum. Malah video lucah itu dibiarkan saja tersebar dalam internet.

Dua hari lalu si Ismail Omar ni jatuh pengsan dalam satu majlis PDRM. Nasib baik tak mati. Bukannya apa, itu amaran awal dari Allah agar jangan bersekongkol dengan pemerintah jahat dan zalim. Ooops penulis terlupa. Orang macam Ismail Omar ni mana ingat lagi soal dosa pahala. Macam pemimpin UMNO juga. Kalau dah tubuh badan tu sebati dengan duit haram jadah, mana ada lagi hidayah untuknya. Sebab tulah sanggup menjadi alat rejim UMNO.

Lebih menyakitkan hati bila PRN Sarawak selesai dan BN berjaya menang 2/3, barulah pihak Polis mengesahkan bahawa lelaki dalam video tu bukan Anwar.

Soalnya kenapa UMNO begitu gerun dengan Anwar? Rasanya pembaca sendiri ada jawapannya. Sebagai Muslim, wajib kita hentikan segala bentuk kezaliman yang berlaku dengan menggulingkan kerajaan UMNO BN dalam PRU13 nanti.

Perlu diinsafi bahawa sesiapa saja di kalangan Muslim yang cenderung maupun condong kepada pihak yang zalim, nescaya akan dibakar api Neraka.

Penulis dengan rasa rendah hati, menyeru seluruh umat Islam bersegeralah meninggalkan UMNO BN demi menyelamatkan diri dari bala' di dunia dan siksaan Neraka di Akhirat.

salam4all.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger