Thursday, April 7, 2011

Penulis yakin Allahyarham tidak bunuh diri

Merujuk kepada penjelasan sahabat karibnya, jelas Allahyarham seorang yang berpegang teguh kepada ajaran Islam dan sentiasa merendah diri. Selain keluarga terdekat, buat kali keduanya seluruh rakyat dikejutkan dengan berita kematian Pegawai Kanan Kastam itu di pejabat SPRM. Ini adalah kes kedua jatuh dari bangunan SPRM selepas Teoh Beng HIck.

Tentu sesuatu yang pelik bila 2 kematian yang berlaku di bangunan SPRM melibatkan kes jatuh bangunan.

Dalam kes Beng Hock, keadaan mayat mendiang sewaktu ditemui amat meragukan sebagai kes jatuh bangunan. Sebab tiada kelihatan percikan darah di sekitarnya. Sila bandingkan photo mayat Teoh Beng Hock dengan mayat Tan Kian Hong yang jatuh dari tingkat 8 sebuah apartmen.


Dalam kes Allahyarham Sarbani, mengapa pihak SPRM tidak menyiarkan gambar mayat ketika ditemui di lokasi jatuhnya dari bangunan itu sebagaimana didakwa. Rakyat mahu lihat sendiri.

Jika dalam kes Teoh Beng Hock ada gambar disiarkan di mana mayatnya ditemui, tapi kenapa dalam kes ini tiada gambar mayat di lokasi jatuh disiarkan?

Pihak SPRM tidak boleh menyalahkan tanggapan umum yang meragui bahawa Allahyarham telah bertindak terjun dari bangunan (bunuh diri) sebab dalam kes Teoh Beng Hock sendiri banyak petunjuk membuktikan beliau didera dan dibelasah teruk semasa dalam siasatan. Kita boleh lihat sendiri keadaan mayatnya sebagaimana gambar di atas.

Kita tak menuduh mana-mana pihak tapi penjelasan yang dibuat oleh sahabat karib Allahyarham dan juga Kesatuan Kastam menggambarkan bahawa ini bukan kes bunuh diri.

Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Sarbani.

Al Fatihah.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger