Friday, January 14, 2011

Wuyoo, si Khairy ajak Anwar berdebat?

Wa caya sama luuulah Khairy. Ini macamlah Ketua Pemuda. Lu memang berani hoo. Bukan macam itu ketua dulu, Hishamuddin. Pondan. Patut jadi Ketua Puteri UMNO. Azalina lagi brutal hoo. Tapi keberanian lu Najib tak pandang loo. Lu tahu ka semua orang kasi ketawa sama lu maa sebab cala lu itu tak kena. Semua olang kata lu bodoh maa. Mau tunjuk jantan tapi tak kena tempat. Patutnya lu cabarlah Ketua AMK yang sama ranking. Ini tak. Lu pegi cabar Anwar debat dengan lu. Lu sapa maa... Kalau mau bodek itu Najib haa, jangan ini macam maa. Lu ingat Najib suka ka? Bila lu buat ini macam haa, lu mau tunjuk hero sama sapa haa...

Hairan penulis tengok gelagat menantu Pak Lah ni. Nak kata bangang, dengornya belajar di Harvard. Salah sebuah universiti terbaik dunia. Tapi itulah hakikat yang perlu diakui oleh semua pihak bahawa tiada satu pun pemimpin berkualiti dalam UMNO.

Apa yang ada hari ini hanyalah segolongan manusia yang berebut menonjolkan diri masing-masing bagi kepentingan peribadi. Sebab jawatan dalam UMNO merupakan 'lubang duit' untuk mereka. Mana ada lagi perjuangan membela Melayu sebagaimana yang didakwa mereka. Hanya orang terbodoh di dunia saja yang masih percaya propaganda UMNO.

Satu lagi yang perlu kita fahami bahawa sejak zaman Mahathir lagi, hanya seorang 'pemain' saja dalam UMNO. Yaitu Presiden. Apa jua kata-kata dan arahan dari Presiden ibarat 'wahyu' yang tidak boleh disanggah oleh sesiapa pun. Sebab itu saya pernah sebut sebelum ini bahawa seluruh pimpinan dan ahli UMNO 'memberhalakan' Presiden mereka.

Berbalik kepada cabaran Khairy pada Anwar untuk berdebat, penulis melihat tindakan ini sebenarnya akan lebih menampakkan kedangkalan menantu Pak Lah itu. Tak tahulah samada Khairy sedar atau tidak yang tindakannya itu jelas menjengkelkan pada pandangan pemerhati politik dan profesional.

Takkan budak yang berkelulusan Harvard boleh jadi sebodoh itu hingga tak sedar tarafnya di mana. Kalau dia cabar Ketua AMK Pusat atau Ketua Pemuda PAS Pusat berdebat, barulah kena tempatnya.

Anwar sebagai Ketua Pembangkang dan wajarlah beliau mencabar Najib selaku PM untuk berdebat dalam isu ekonomi. Ketua Pembangkang vs Ketua Kerajaan.

Sebenarnya Khairy cuba menonjolkan dirinya sebagai satu-satunya Ketua Pemuda UMNO yang berani dengan harapan dapat 'perhatian' bosnya. Seharusnya dia sedar diri bahawa Najib tidak perlukan khidmatnya. Kita boleh faham bagaimana sakitnya hati Khairy bila tidak dilantik menganggotai kabinet walhal sebelum ini semua Ketua Pemuda UMNO pasti dilantik sebagai Menteri penuh.

Jika Khairy seorang 'fighter', UMNO bukan gelanggang buatnya.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger