Thursday, January 27, 2011

Sampai bila mahu diperbodohkan?

Sebagai rakyat Malaysia yang bermaruah, PRU13 adalah medan sebenar untuk kita ajar kerajaan kurap UMNO BN. Enough is enough. Telah lebih 52 tahun kita berada di bawah pemerintahan UMNO BN dan sepanjang tempoh itulah juga kita terus ditipu, ditindas dan dizalimi. Satu persatu hak kita dirampas. Kehidupan bukan semakin senang malah terus dihimpit dengan pelbagai bebanan kenaikan harga barangan, peningkatan kadar jenayah, keruntuhan akhlak, kebejatan gejala sosial, pengangguran, kemiskinan dan murtad.

Hari ini negara kita sedang dilanda krisis ekonomi yang serius ekoran hutang berjumlah RM 362.69 bilion. Bukan saja hutang, malah negara mengalami belanjawan defisit setiap tahun ekoran sikap boros dan ingin bermegah kerajaan UMNO BN melaksanakan projek mega yang tiada faedahnya.

Selain belanjawan defisit, sejumlah RM28 bilion wang rakyat lesap begitu saja ekoran penyelewengan dan rasuah pemimpin bangsat UMNO pada 2010. Di era Mahathir saja, RM100 bilion wang negara lesap. RM200 bilion di zaman Pak Lah. Dan tak taulah berapa ratus bilion pula di zaman Najib Rosmah laknatullah.

Baru-baru ini dilaporkan sejumlah RM888 bilion wang panas telah dibawa lari keluar dari Malaysia sepanjang tempoh 9 tahun. Dari 2000 hingga 2008.

Secara kasarnya, jumlah wang negara yang lesap ialah RM 1.188 trilion (RM 1,188,000,000,000)

Negara kita kaya dengan petroleum, sawit, getah dan pelbagai macam hasil bumi, tapi mengapa kita semua terus terbeban dengan kenaikan harga minyak dan barangan keperluan dalam keadaan pendapatan isi rumah statik malah ada yang menguncup.

Mengapa Arab Saudi yang hanya bergantung kepada hasil petroleum tapi masih mampu mengekalkan harga Petrol RON95 pada kadar 48 sen seliter dan 54 sen untuk RON97. Jumlah penduduk negara itu lebih kurang Malaysia juga. Sekitar 26 juta orang saja. Tiada cukai pendapatan, cukai kenderaan dan lain-lain.

Setelah segala kekayaan negara ini dirompak dan dibelanja semahunya oleh para pemimpin rakus UMNO BN hingga Malaysia terpaksa menanggung hutang beratus bilion, kemudian rakyat dipaksa menerima keputusan kerajaan menaikkan harga minyak setiap tahun.

Layakkah dipanggil pemimpin negara ni? Bagi penulis, pemimpin yang sedang menerajui negara hari ini bukan manusia tapi iblis yang bertopengkan manusia. Malah lebih jahat dari pemimpin Zionis Yahudi.

Di mana maruah kita sebagai rakyat?

Sampai bila kita nak jadi rakyat yang dungu hingga tak mampu berfikir secara rasional? Sampai bila kita mahu membiarkan diri ditakut-takutkan dengan ugutan seperti hilang kerja, kena pindah, hilang pencen, anak tak dapat biasiswa dan bermacam lagi ugutan yang dilakukan oleh rejim UMNO yang semakin takut kehilangan kuasa.

Sedarkah kita segala ugutan itu dibuat kerana pemimpin UMNO BN takut hilang kuasa ekoran segala dosa penyelewengan, rasuah dan jenayah yang dilakukan selama ini. Mereka takut didakwa.

Malangnya yang bodoh kita sendiri. Tak pasal-pasal kita boleh dihantui satu perasaan takut yang tak berasas. Sementelah pula UMNO dah buat MoU dengan iblis. Dan Iblis bersetuju untuk bekerjasama dengan mengarahkan tenteranya di kalangan jin dan syaitan mendatangkan was-was ke dalam dada rakyat yang dungu agar terus setia mengundi BN.

Macamana penulis tak kata bodoh sebab yang memilih mereka jadi pemimpin kita, lepas tu kita pulak takut dengan mereka. Patutnya pemimpin yang kena takut pada rakyat sebab kuasa rakyat boleh menjatuhkan mereka yang menyeleweng.

Sedihnya kat Malaysia ni pelik sikit sebab rakyatnya bebal politik, khususnya Melayu Bumiputera. Sebab itulah pemimpin UMNO bebas melakukan apa saja termasuk rasuah dan jenayah.

Tak tahulah bila agaknya golongan Melayu Bumiputera yang dok jadi ahli dan penyokong UMNO ni nak sedar? Mungkin ketika negara dah bankrap nanti?

Ayuh kita gulingkan BN dalam PRU nanti.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger