Monday, January 17, 2011

Isteri dipilih calon, suami ditukar ke JB

Bila bersama dengan perjuangan Islam, bererti telah mempersiapkan diri untuk berhadapan dengan pelbagai ujian, rintangan, fitnah dan tribulasi yang mendatang. Baginda Rasulullah S.A.W sendiri berhadapan dengan ujian yang maha hebat termasuk difitnah, dimaki, dituduh gila hingga ke peringakat ancaman bunuh. Justeru para amilin dalam jamaah Islam seperti PAS turut tidak terlepas dari melalui proses tarbiyyah secara terus daripada Allah. Samada ujian berbentuk kesukaran maupun kesenangan.

Justeru atas dasar iman dan taqwa, maka Cikgu Normala Sudirman telah memilih PAS sebagai wadah perjuangan hidupnya. Atas restu dan sokongan suaminya, ibu tiga orang anak ini telah mengambil keputusan meletakkan jawatannya sebagai guru pada Disember lalu kerana mahu menumpukan sepenuh perhatian terhadap tugasnya sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Labis, Naib Ketua Dewan Muslimat Johor dan Exco Dewan Muslimat PAS Pusat.

Bukan satu perkara mudah untuk meninggalkan jawatan dengan gaji RM2,500 sebulan tapi Cikgu Normala yakin dengan janji Allah di dalam Al-Qur'an yang bermaksud "Jika kamu menjadi penolong agama Allah, nescaya Allah akan menolong kamu."

Semalam PAS telah mengumumkan beliau sebagai calon Pakatan Rakyat di DUN Tenang.

Suami Dipindahkan ke Johor Bahru

Setelah beliau meletakkan jawatan guru dan dipilih sebagai calon, suaminya pula dipindahkan ke Johor Bahru oleh Jabatan Pelajaran Johor. Juga seorang guru.

Inilah antara kerja jahat UMNO yang mengamalkan politik keji Yahudi Zionis. Siapa yang menyokong Pakatan Rakyat akan diugut dengan pelbagai cara termasuk ditukar tempat kerja.

UMNO mahu memaksa seluruh rakyat menyokongnya. Apa dia ingat selamanya rakyat negara ini boleh diperbudakkan? Minta maaflah... Hanya orang bodoh serta jauh daripada rahmat Allah saja yang masih percaya dengan parti sesat UMNO ini. Termasuklah Pengarah Jabatan Pelajaran Johor sendiri.

Jika rakyat bukan Islam sendiri mula yakin dengan keadilan pemerintahan Islam yang dibuktikan oleh PAS selama 20 tahun memerintah Kelantan, macamana orang Melayu yang mengaku Islam boleh menyokong UMNO yang menentang Hudud dan kerajaan Islam.

Sudah jelas di sini memang UMNO sebuah parti munafiq. Lebih sesat dan kufur daripada golongan kafir. Sebab itulah golongan munafiq ini akan dihumbankan ke dasar Neraka kelak dan kekal buat selamanya. Na'uzubillah.

Doa' penulis semuga Allah memberikan kemenangan kepada calon PAS / Pakatan Rakyat di DUN Tenang pada 30 Januari nanti. Juga mengurniakan kekuatan jasmani dan rohani kepada seisi keluarga Cikgu Normala, suaminya dan seluruh petugas PAS Pakatan Rakyat di sana.

Jazakallah

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger