Wednesday, January 26, 2011

'Gelombang Tunisia' merebak ke Mesir

Bermula dengan Revolusi Islam Iran pada 1979, diikuti kebangkitan rakyat Palestin bersama Hamas melancarkan Intifadhah pada 1986, juga kejayaan parti AKP Turki mengambil-alih tampuk pemerintahan negara sekaligus membebaskan rakyatnya dari cengkaman dan fahaman sekular sesat, disusuli kejayaan Hizbullah di Lubnan menghalau tentera Israel pada 2006, dan hari ini kita menyaksikan sendiri kebangkitan rakyat terus berlaku di mana saja. Yang terkini berlaku di Tunisia hingga tergulingnya pemerintahan 23 tahun rejim zalim Presiden Zine El Abidine Ben Ali. Tanpa diduga revolusi di Tunisia ini telah menular ke Timur Tengah dengan pantas.


Semalam, berlaku pula demonstrasi anti-kerajaan di Kahirah, Mesir. Ribuan rakyat dari seluruh pelusuk negara telah datang ke ibu negara itu untuk menyertai himpunan terbesar sejak 2005. Mereka berhimpun atas satu tujuan. Yaitu mahu menggulingkan Presiden Hosni Mubarak yang telah berkuasa lebih 3 dekad.

Dilaporkan demonstrasi luarbiasa ini adalah antara yang terbesar pernah berlaku di Mesir sejak himpunan rakyat 2003 menentang perang Iraq dan himpunan menuntut pilihanraya bebas dan reformasi masyarakat.

Dua orang awam dan seorang anggota polis terkorban bila berlaku pertempuran antara kedua belah pihak. Rakyat hilang sabar bila pihak polis bertindak ganas menembak mereka dengan gas pemedih mata, peluru getah dan meriam air.

Hari ini pemimpin liga Arab yang menjadi talibarut Washington mula bimbang dengan senario kebangkitan rakyat di Tunisia telah merebak pantas ke rantau Timur Tengah.

Penulis percaya gelombang kebangkitan rakyat ini akan berterusan dan merebak ke seluruh dunia Islam khususnya.

Persoalannya, adakah rakyat Malaysia masih rela diperbodohkan, dizalimi dan ditindas oleh kerajaan kurap UMNO BN yang telah berkuasa lebih setengah abad?

Jika rakyat Tunisia boleh melakukannya dan rakyat Mesir telah bangkit, mengapa kita tidak ?

Ayuhhh, kita gulingkan kerajaan kurap UMNO BN dalam PRU13.

2 comments:

Mewakafkan diri utk ISLAM said...

salam...ustz, mohon copy artikel ni...syukran...

Unknown said...

What are the best casinos to play in 2021?
Which worrione casinos offer slots? — Casino Sites. Best casino novcasino sites are those that allow players to casinosites.one try a game from communitykhabar anywhere. The most common https://tricktactoe.com/ online slots

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger