Wednesday, January 5, 2011

Ini bukan lagi 'Law of the Jungle' tapi 'Law of the Devil'

Ketika perbicaraan Kes Liwat I dulu, begitu jelas segala dakwaan dan bukti yang sengaja direka termasuklah DNA palsu bagi memastikan DSAI ke penjara. Penghujungnya bila 'verdict' dibuat oleh si Augustine Paul laknat langsung tiada kaitan dengan dakwaan liwat, sebaliknya Anwar dihukum bersalah kerana menggunakan kuasanya sebagai TPM meminta pihak berkuasa menghentikan pengedaran buku fitnah '40 Dalil Kenapa Anwar Tak Boleh Jadi PM'. Walhal tindakan tersebut atas nasihat Peguam Negara dan KPN Rahim Noor ketika itu. Keputusan Hakim bukan berdasarkan hujah dan bukti yang dikemukakan, sebaliknya mengikut skrip sang penguasa zalim. Dan hari ini senario serupa berlaku tapi lebih 'gila' lagi. Penulis pinjam ungkapan kata Dato' Ismail Kamus "Ini bukan lagi gila babi namanya, babi gila pun tak buat macam ni."

Penghakiman terbuka : Teoh tak bunuh diri atau dibunuh

Koroner Azmil Muntapha Abas hari ini membuat penghakiman terbuka berhubung inkues Teoh Beng Hock, yang ditemui mati pada 16 Julai 2009.

Beliau memutuskan punca kematian Teoh bukan kerana bunuh diri mahupun dibunuh.

Menurutnya, masih ada isu-isu yang belum diselesaikan pada kes bunuh diri dan menegaskan bahawa untuk menentukannya secara telahan adalah tidak boleh diterima.

Berikutan itu, Azmil memutuskan kematian Teoh bukan kerana bunuh diri.

Azmil berkata, ada bukti yang mencukupi untuk menunjukkan bahawa kecederaan pada leher Teoh berlaku sebelum dia jatuh, tetapi tidak ada bukti untuk mengesahkan bahawa kecederaan itu menyumbang kepada kematiannya.

Azmil, yang mendengar inkues itu mulai 29 Julai, 2009, juga berkata tidak ada pihak ketiga yang terbabit dengan kematian tersebut.

Sebelum itu, Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini sesak dengan penyokong dan media bagi mendengar keputusan inkues berhubung kematian pembantu exco kerajaan negeri Selangor Teoh Beng Hock yang mati dua tahun lalu.

teoh lee lan in teoh beng hock inquest verdictMendiang Teoh dijumpai tidak bernyawa ketika disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) selepas terjatuh dari tingkat lima pejabat SPRM Shah Alam.

Kira-kira jam 2 petang, ibubapa dan adik perempuannya hadir di perkarangan mahkamah.

Sementara itu, penyokong-penyokongnya menaikkan kain rentang serta melaungkan 'Justice For Beng Hock'.

Tidak kurang juga yang memakai bunga kekwa putih di baju mereka.

Manakala peguam-peguam yang mewakilinya pelbagai pihak pula hadir kira-kira jam 2.30 petang.

Kelihatan juga di perkarangan jumlah anggota polis yang luar biasa ramainya dan sekatan jalan di beberapa jalan utama menuju ke mahkamah.

- malaysiakini

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger