Tuesday, January 11, 2011

Anwar kehilangan saat terbaik selepas kegagalan 16 September?

Agak zalim seandainya sejarah dinilai sekadar pada kayu ukur menang-kalah. Dari sudut ini, Anwar Ibrahim mungkin dinobatkan sebagai tokoh besar jikalau rancangan 16 September 2008 berjaya untuk menukar kerajaan persekutuan. Namun, apa yang berlaku sebaliknya, Anwar dituding jari apabila Barisan Nasional merampas kerajaan negeri Perak dari Pakatan Rakyat pada Februari 2009, dengan cara "lompat parti", sebagaimana yang diuar-uarkan Anwar sebelum ini.

Persepsi umum menganggap PR hilang asas moralnya (moral ground) untuk mengecam taktik BN kerana pendekatan "lompat parti" inilah yang disarankan Anwar sebelum ini. Malah, Pengerusi DAP Karpal Singh mendesak Anwar untuk berundur sebagai Ketua Pakatan Rakyat selepas rampasan kuasa berlaku di Perak.

Melihat kepada senario terkini, mungkin tidak kurang yang pesimis terhadap misi PR untuk menawan Putrajaya pada PRU ke-13. "Program 100 hari" yang dijanjikan Konvensyen PR pada 19 Disember 2010 - selepas siri kejadian negatif yang menimpa PR - tidak menerima sambutan memberangsangkan sebagaimana yang diharapkan.

Situasi terkini mencungkil beberapa persoalan, apakah Anwar telah kehilangan detik saat yang terbaik untuk menjatuhkan kerajaan persekutuan BN selepas 16 September 2008? Ia semestinya berbeza jikalau "Program 100 hari" diumumkan pada tahun 2008. Lantas ia mencungkil persoalan selanjutnya, mengapa tumpuan PR dialihkan kepada rampasan kuasa, sedangkan beberapa agenda terpenting seperti reformasi sistem pilihan raya, kehakiman, kebebasan media tidak diberi keutamaan yang setimpal pada ketika itu?

Malah, mungkin ramai yang masih meragui "30 kerusi" yang bakal berhijrah, seperti dakwaan Anwar Ibrahim ketika itu. Fenomena "keluar parti" selepas itu menambah kesangsian itu, apakah ia sekadar strategi Anwar untuk mengekalkan ahli parlimennya dalam PR - agar pakatan ini dimantapkan sementara meletakkan musuhnya dalam kedudukan bertahan?

Dalam satu wawancara bersama MerdekaReview pada 6 Januari 2011 di pejabatnya, Anwar tetap mempertahankan rancangan 16 September-nya ketika dihujani pelbagai soalan yang mempertikaikannya. Beliau mengakui dirinya tahu sebelum kejadian "keluar parti" berlaku, meskipun tidak menguasai maklumat sepenuhnya, tetapi menafikan bahawa rancangan 16 September dibuat berdasarkan perkiraan tersebut.

Baca seterusnya di sini

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger