Wednesday, January 12, 2011

Wooo bestnya Malaysia akan muflis

Ini satu berita menggembirakan penulis sebab bukan senang bagi sebuah negara antara yang terkaya di dunia bakal jatuh muflis dan boleh diisytiharkan bankrap. Tak sangka betul, rupanya bijak sungguh pemimpin UMNO ni mengurus ekonomi negara kita. Padanlah orang Melayu UMNO cukup sayang pemimpin mereka.

Lagi cepat Malaysia jatuh muflis, lagi bagus. Jadi kepada seluruh penyokong setia UMNO BN, sila pastikan anda mengundi BN dalam PRU13 nanti. Terus beri kuasa pada BN memerintah sebab Najib Rosmah akan menyegerakan lagi proses membawa Malaysia ke gerbang muflis dan bankrap.

Seharusnya seluruh ahli dan penyokong UMNO berbangga dengan berita ini.

Apa akan berlaku bila Malaysia muflis dah jatuh bankrap?

Negara akan mencapai kepada satu tahap hilang kemampuan untuk menangani masalah hutang ekoran keruntuhan ekonomi secara menyeluruh. Pada ketika itu banyak syarikat akan menutup perniagaan dan mengakibatkan ramai rakyat hilang pekerjaan.

Kerajaan juga akan bertindak membekukan semua akaun penyimpan bank samada akaun persendirian maupun syarikat. Pemegang akaun hanya boleh mengeluarkan wang mereka mengikut had maksimum yang ditetapkan oleh Bank Negara. Samada pengeluaran harian atau mingguan.

Bila hutang Malaysia semakin bertambah di masa akan datang, percayalah, golongan kaya dan jutawan akan bertindak mengeluarkan semua simpanan mereka dari bank sebelum negara bankrap. Ini bagi mengelakkan nilai simpanan mereka susut ketika Ringgit jatuh terduduk bila negara diisytiharkan bankrap. Bila ini berlaku, secara tidak langsung bank-bank perdangangan turut menghadapi masalah kehilangan aliran tunai ekoran tindakan para pendeposit besar menutup akaun mereka. Yang tinggal hanyalah pemegang akaun biasa yang takde duit. Adalah kot baki antara RM10 hingga RM50 kot.

Bagi para pelabur yang sentiasa mengikuti perkembangan ekonomi negara dan pergerakan pasaran saham, sudah tentu mereka lebih awal bertindak sebelum terlambat. Mereka akan menjual semua syer dan saham untuk mendapatkan kembali wang tunai dalam jumlah yang besar. Senario ini menyebabkan sejumlah wang yang begitu besar di bawa keluar dan pastinya negara berhadapan dengan krisis kewangan yang kritikal.

Manifestasi dari krisis ini, akhirnya ekonomi negara jadi lumpuh secara total. Keadaan menjadi lebih teruk lagi bila mana takde satu pun intitusi kewangan di dunia yang sanggup memberikan pinjaman kepada Malaysia walaupun negara sanggup membayar setinggi mana sekalipun kadar faedahnya.

Kita semua tahu negara ini masih mengimpot sejumlah besar bahan makanan bagi keperluan rakyat melalui dagangan dua hala. Samada melalui pertukaran barangan ataupun yang dibeli secara tunai. Kalau penulis tak silap, nilai impot bahan makanan setahun berjumlah RM8 bilion.

Apabila negara dah bankrap, agak-agak adakah lagi negara luar yang masih sudi buat urusan dagangan dengan Malaysia. Paling tidak pun membekalkan makanan. Mungkin juga ada tetapi negara terpaksa membayar harga berlipat kali ganda untuk mengimpot bahan makanan dari luar. Ini berlaku kerana nilai matawang kita jatuh menjunam.

Hari ini nilai Ringgit berbanding Dollar pada nisbah USD1 = RM3.07. Bila muflis, mungkin nilai Ringgit akan jatuh menjunam hingga ke paras RM10.00 berbanding 1 Dollar Amerika. Jika sebelum ini kita membelanjakan RM8 bilion untuk impot makanan. Setelah Ringgit jatuh, negara terpaksa membayar RM 26 bilion.

Sudah tentu situasi ini mengakibatkan harga barang makanan melambung tinggi. Dan rakyat terpaksa menanggung penderitaan ini dalam keadaan kuasa membeli terhad. Tak payah tunggu negara muflis. Sekarang pun rakyat sudah dibebankan dengan kenaikan harga menggila kerana hutang negara hampir mencecah angka RM500 bilion.

Jangan tanya penulis kenapa hutang sebegitu banyak sedangkan negara ini kaya dengan petroleum dan hasil bumi. Tanya pada Mahathir, Pak Lah dan Najib Rosmah.

Bagaimana pula jika negara pembekal makanan sudah hilang kepercayaan pada Malaysia yang telah muflis? Lu fikirlah sendiri...

Selain berhadapan dengan masalah kekurangan bekalan dan catuan makanan, negara turut berhadapan dengan masalah peningkatan jenayah. Ini terjadi kerana tekanan hidup yang dihadapi oleh rakyat miskin dan terdesak. Mereka sanggup melakukan apa saja untuk hidup.

Jumlah rakyat yang kehilangan atau dibuang pekerjaan meningkat dan sudah pastinya kadar pengangguran turut meningkat. Kadar inflasi juga meningkat secara mendadak. Rakyat hilang kuasa membeli bila nilai ringgit jatuh menjunam macam matawang Rupiah.

Kesimpulannya, negara akan menjadi kucar-kacir dan rakyat menderita.

Syabas penulis ucapkan kepada seluruh pengundi UMNO BN yang selama ini menjadi penyumbang kepada kehancuran negara. Tahniahlah atas ketololan kamu kerana masih percaya kepada pemimpin jahat dan rasuah.

Salam pagi Rabu

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger